Lima Tahun setelah “Arab Spring”

Lima tahun yang lepas, golongan hartawan, raja-raja, para sheikh dan para diktator di kawasan Timur Tengah dan Maghreb bersama sekutu antarabangsa mereka telah mendapati diri mereka dalam keadaan yang tidak menentu apabila jutaan rakyat biasa bangkit dan turun ke jalan raya, dari Tunis ke Sanaa, dari Manama ke Cairo. Kebangkitan itu dicetuskan oleh Mohamed Bouazizi, […]

Pendekatan anak muda dalam menentang pemerintah zalim dan korup

Krisis politik yang sedang menjadi semakin kusut dalam arena politik arus perdana sedang mewujudkan sebuah lapisan anak muda yang mula tidak mempercayai mana-mana parti arus perdana. Sebuah perasaan anti-parti sedang menakluk pemikiran anak muda yang kecewa dengan hala tuju parti-parti politik yang pernah menjadi pemimpin mereka. Apabila PKR dan DAP bersetuju untuk bersekongkol dengan kuasa-kuasa […]

Perancis: Kelas Pekerja dan Anak Muda Bantah Undang-Undang Anti-Pekerja

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Perancis sedang menghadapi tekanan ekonomi dan sosial akibat kemerosotan dalam sektor industri yang mengakibatkan pemotongan perbelanjaan awam dari kerajaan. Pemotongan bajet sedang bertambah dan posisi kerajaan PS ( Parti Socialiste ) yang jelas menyebelahi kelas pemerintah kapitalis semakin terdedah setiap hari. Pada 9 April 2015, sebahagian daripada kelas pekerja yang […]

Hari Wanita: Berjuang Demi Hak Wanita dan Sosialisme

Pada tiap-tiap 8 Mac, Hari Wanita Sedunia diraikan sebagai titik tolak kepada permulaan wanita untuk berorganisasi, bergerak dan bangkit berjuang untuk hak-hak mereka. Bahkan, seluruh perjuangan yang dilakukan oleh wanita-wanita terdahulu, meskipun sudah berpuluh-puluh tahun yang lalu, masih relevan dengan situasi wanita di dunia pada hari ini. Walaupun Hari Wanita Sedunia berawal di negara-negara lain, […]

Ketua Polis Mengharamkan Perbincangan Akademik Mengenai Marxisme

Marxisme untuk Menentang Kezaliman dan Penindasan, Bukan untuk Mempromosi Keganasan Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar telah mengejutkan ramai pihak dengan ‘tweet’ terbarunya yang menuduh acara Kursus Marxisme sebagai percubaan oleh PSM untuk menghidupkan balik fahaman komunis di Malaysia. Ini merupakan sebuah tuduhan yang tidak berasaskan mana-mana fakta yang bernas dan percubaan untuk memburukkan […]

Moraliti Marxisme

Di terjemah dari tulisan Phil Gasper dari International Socialist Review ( CLICK untuk membaca artikel asal ) Kebanyakan orang menjadi sosialis atau Marxis bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk menentang elemen-elemen masyarakat yang dianggap sebagai tidak bermoral seperti ancaman rasisme, seksisme, perang imperialis yang membunuh jutaan manusia dan sistem yang memusnahkan kehidupan orang ramai […]

Kemerosotan Sains dan Teknologi di bawah Kapitalisme

Walaupun perkembangan masyarakat kelas bermula kira-kira 10 ribu tahun lalu dan kemudian kemunculan kapitalisme telah mendorong perkembangan sains secara mendadak, kita dapat lihat hari ini bahawa kuasa-kuasa yang sama yang sebelum ini membawa kepada kemajuan kini telah menjadi halangan besar kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan kuasa-kuasa produktif secara umum. Khususnya, dibawah sistem kapitalisme yang berasaskan […]

Leon Trotsky

Idea Sosialis Revolusioner Masih Releven Untuk Perjuangan Masa Kini Tujuh puluh lima tahun yang lalu, pada 21 Ogos 1940, revolusioner hebat yang masih hidup pada waktu itu, Leon Trotsky, telah dibunuh oleh Ramon Mercader, orang suruhan Josef Stalin. Sebelum ini sudah terdapat banyak percubaan untuk membunuh Trotsky. Walau bagaimanapun, kali ini cubaan mereka berjaya memusnahkan nadi kelas pekerja dan simbol kelantangan penentangan terhadap […]

Peranan Intelektual dalam Gerakan Anak Muda

Secara tradisi, golongan intelektual mengambil peranan untuk menyediakan pelbagai pertahanan ideologi dan hujah-hujah bagi pergerakan rakyat dan pada masa yang sama memberikan interpretasi sejarah yang lebih dalam dan menyeluruh bagi kegunaan pejuang di masa hadapan. Dalam sejarah, kebanyakan tokoh yang telah melakarkan dan membawa idea-idea revolusi ke hadapan adalah terdiri daripada golongan intelektual. Karl Marx, […]

Puisi Pekerja

Pekerja Bangun awal sebelum senja, Mandi-manda bergegas ke kerja, Akur menurut arahan majikan, Rajin memikul beban yang disediakan, Mengumpul harta bagi yang berada, Walaupun maksudnya merompak yang tiada, Keperitan hidup tidak dihiraukan, Asal ada kuli walaupun yang disederhanakan, Kepenatan petang dirasa di badan, Kepenatan pagi dirasa di hati, Satu-satunya risau pekerja, Dapatkah suap anak dan […]