Menuntut Keadilan untuk Zara Qairina melalui Solidariti Pekerja

Himpunan solidariti untuk Zara Qairina dilaporkan berlaku di beberapa tempat di Sabah — Tawau, Sipitang, dan Labuan. Jumlah peserta secara keseluruhan kira-kira 10,000.


Kes Zara Qairina telah mendedahkan masalah sistemik yang wujud dalam sistem pendidikan negara. Isu kemiskinan, sosial, sementara korupsi dan rasuah menjadi perkara biasa di Sabah seperti pelantikan individu korup — Musa Aman, Bung Mokhtar dan lain-lain, menjadi antara faktor ribuan rakyat, turun berhimpun menyatakan simpati terhadap keluarga dan mangsa. Juga realiti bahawa sistem pendidikan negara yang telah sekian lama tidak memandang isu buli di sekolah dan institusi pendidikan tinggi sehingga mengorbankan pelajar seperti Zara bukan kes pertama dan mendedahkan krisis sosial yang semakin mendalam di Sabah dan sistem pendidikan negara itu sendiri.

Kami dari Solidariti Pekerja dan Sosialis Alternatif ingin turut menyatakan solidariti kepada rakyat dan kelas pekerja di Sabah, serta kepimpinan akar umbi anak muda yang sedang menyusun dan berdemonstrasi menuntut keadilan yang setimpal bagi kes Zara Qairina. Kami juga menyeru agar gerakan tidak terhenti atas tuntutan hanya untuk menyelesaikan kes Zara, tetapi terus menuntut agar buli di kalangan pelajar di mana-mana institusi pengajian dan sekolah tidak berulang lagi. Ini memerlukan — bukan saja melucutkan jawatan satu dua individu di sekolah dan institusi pengajian, ataupun melaksanakan beberapa penggubalan akta dalam sistem pendidikan — kerana hakikat kes buli merupakan isu sosial yang turut terkait dengan institusi keluarga dan sokongan sosial untuk remaja dan anak muda. Ruang-ruang awam seperti perpustakaan, tempat beriadah dan bersukan, pusat kemahiran, juga pusat kaunseling adalah antara hak asas yang perlu dibina untuk membentuk generasi yang lebih prihatin dan saling menghargai antara sama lain.

Seringkali faktor sosio-ekonomi juga turut memainkan peranan dalam menentukan institusi keluarga stabil dan aman. Faktor ekonomi yang menyebabkan ibu bapa terpaksa mengorbankan masa untuk anak-anak, seringkali menyebabkan anak-anak terjebak ke aktiviti tidak berfaedah dan anti-sosial. Di sini sekolah, institusi pengajian, dan ruang-ruang awam boleh memainkan peranan untuk mengisi peranan institusi keluarga untuk menjaga, mendidik dan memantau. Apapun, kami dari Solidariti Pekerja ingin menyeru kepada semua kepimpinan akar umbi dan anak muda agar turut menyertakan tuntutan untuk menghubungkan gerakan pada susunan kelas pekerja dalam gerakan menuntut keadilan untuk Zara Qairina. Kerajaan perpaduan dibawah pimpinan Anwar telah terbukti gagal bukan saja dalam menunaikan janji apabila menjadi kerajaan, tetapi juga gagal untuk menghapuskan korupsi seperti yang dijanjikan — justeru isu buli yang memerlukan perubahan sistemik pasti akan tergantung pada solusi atas permukaan.

Kelas pekerja yang tersusun merupakan kuasa yang mampu membawa tuntutan ke arah perubahan yang lebih luas. Terutama apabila kelas pekerja mengambil pendirian untuk melakukan aksi industri seperti mogok — ini menghentikan sistem kapitalisme yang berasaskan keuntungan dan menjadi hala tuju kerajaan pada waktu ini. Penambahbaikkan infrastruktur sekolah dan institusi pengajian, meningkatkan jumlah mengikut kapasiti penduduk, menghapuskan beban guru, meningkatkan jumlah warden, termasuk meningkatkan sokongan sosial bagi pelajar dan anak muda merupakan antara tuntutan yang memerlukan kos. Dan kerajaan kapitalis pada waktu ini tidak mempunyai kemahuan politik untuk melaksanakannya.

Hanya politik kelas pekerja yang mampu membawa tuntutan perubahan yang bermakna untuk isu-isu di kalangan remaja dan anak muda. Sistem pendidikan negara juga harus memperluaskan tadbir dengan kepimpinan pekerja yang dipilih secara demokratik oleh kelas pekerja bersama-sama sokongan ibu bapa. Bukannya pentadbiran birokratik oleh satu dua menteri elit seperti Fadhlina Sidek dan Zambry Abdul Kadir.

Kami menyeru agar kepimpinan anak muda, kelas pekerja, Kesatuan Sekerja dan organisasi akar umbi untuk menyokong tuntutan kami Solidariti Pekerja dalam membina sebuah gerakan bersama-sama solidariti perjuangan kelas pekerja.

  1. Menuntut penyiasatan yang demokratik ke atas kes Zara Qairina dengan melibatkan pertubuhan-pertubuhan yang mandiri seperti Kesatuan Guru dan Pekerja Pendidikan Sabah — pembinaan kesatuan secara demokratik, berasaskan program yang dapat menyatukan pekerja seperti menghapuskan beban di tempat kerja, dan meningkatkan gaji serta elaun pekerja mampu menjadi platform perjuangan yang penting dalam menghadapi isu dalam sistem pendidikan serta isu-isu sosial dan rakyat yang lain.
  2. Menggantikan dan menambah jumlah bilangan guru, warden, dan kaunselor serta pekerja di sekolah SMKA Tun Mustapha kepada yang bertauliah untuk membimbing, mendidik dan memantau aktiviti pelajar.
  3. Menambah baik infrastruktur sekolah seperti CCTV untuk memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan cukup ruang untuk melakukan aktiviti yang berfaedah seperti belajar, bersukan dan beriadah, mahupun menguruskan diri seperti membasuh pakaian.
  4. Menuntut agar beban guru di keseluruhan sekolah di Malaysia dihapuskan dengan meningkatkan jumlah pekerja di sekolah serta meningkatkan elaun guru. Faktor ekonomi yang semakin menekan kos sara hidup turut menyebabkan prestasi dan kualiti pekerja menurun.
  5. Menuntut rombakan semula pentadbiran kerajaan dalam sistem pendidikan dan menggantikannya dengan sistem pentadbiran yang dilantik dan diuruskan oleh kepimpinan kelas pekerja sendiri.
  6. Menuntut agar struktur pentadbiran pendidikan yang lebih luas untuk menjalankan peranannya dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Ini harus dikawal selia oleh barisan kepimpinan kelas pekerja itu sendiri seperti para guru, warden dan kaunselor.
  7. Menuntut agar kerajaan meningkatkan cukai terhadap institusi pendidikan dan sekolah-sekolah swasta, termasuklah individu dan syarikat terkaya untuk menampung kos penambahbaikan sistem persekolahan, juga kos pembinaan dan operasi ruang-ruang awam seperti perpustakaan, tempat bersukan dan beriadah.
  8. Pengurusan cukai dan hal ehwal ekonomi harus dikawal selia oleh kepimpinan kelas pekerja secara demokratik agar hasil negara dapat disalurkan untuk kegunaan rakyat seperti menambah baik sistem pendidikan negara dan bukan memperkaya segelintir ahli politik elit dan CEO GLC selain memastikan isu korupsi dan ketirisan wang negara dapat dihapuskan.
  9. Menuntut kerajaan menunaikan janji untuk memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan hutang pendidikan PTPTN.
  10. Menuntut penghapusan undang-undang dan akta yang mengehadkan gerakan sosial dan susunan kelas pekerja dan anak muda seperti AUKU dan Akta Berkesatuan 1959.
  11. Menyeru kepada kelas pekerja dan anak muda untuk sebuah pembinaan Parti Pekerja Massa sebagai platform perjuangan untuk menyatukan semua masyarakat berasaskan perjuangan kelas menentang kuasa kerajaan kapitalis yang tidak mampu membawa sebarang solusi kepada masyarakat sama ada dalam isu sistem pendidikan, sistem politik, mahupun ekonomi yang semakin tenat.

 

2025 08 13 keadilan untuk zara qairina kenyataan solidariti pekerja foto 1 sosialis alternatif Menuntut Keadilan untuk Zara Qairina melalui Solidariti Pekerja Sosialis Alternatif

Kongsi Artikel Ini

Tinggalkan Komen Anda

Artikel Berkaitan

Keganasan Seksual Terhadap Wanita dan Kanak-kanak: Krisis sosial yang memerlukan penyelesaian sistemik
2026 03 08 hari wanita antarabangsa kenyataan sosialis alternatif Menuntut Keadilan untuk Zara Qairina melalui Solidariti Pekerja Sosialis Alternatif
Situasi krisis geopolitik yang menyebabkan perang sedang menyaksikan krisis pelarian, kemusnahan harta benda juga keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Peperangan di Palestin sedang mendedahkan kekejaman Israel mempergunakan tubuh...
BACA
5 Reports of Rape Every Day: What is to be done while Parliament laments low prosecution rate?
2026 03 03 womens march 2020 against rape sexual violence sosialis alternatif Menuntut Keadilan untuk Zara Qairina melalui Solidariti Pekerja Sosialis Alternatif
Between 2015 and 2025, Malaysia witnessed a staggering 17,609 reported rape cases — an average of five rape reports every single day… Only 7,090 of these cases, or roughly 40%, resulted in charges being filed… in an earlier decade only...
BACA
Mesyuarat Nasional Sosialis Alternatif (SA) Malaysia 2026, Berlangsung Dengan Jayanya
2026 02 21 mesyuarat nasional 2026 sosialis alternatif Menuntut Keadilan untuk Zara Qairina melalui Solidariti Pekerja Sosialis Alternatif
Sosialis Alternatif (SA) Malaysia, CWI di Malaysia, telah diadakan dari 16 hingga 18 Januari 2026 di Pulau Pangkor, di luar pesisir Perak di Selat Melaka. Perbincangan melibatkan beberapa anak muda yang baru serta sebagai ahli dan menandakan...
BACA

Menuntut Keadilan untuk Zara Qairina melalui Solidariti Pekerja

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *