Sosialis Alternatif
Workers: the power for change
Archive

Reading

News, analysis and theory for the struggles of workers and young people.

Sosialis AlternatifBahasa Melayu

Protect Aerofoam Workers: No Retaliation, No Deportation, Temporary Documentation Now

Around 120 workers, the majority from Bangladesh, have raised collective grievances concerning unpaid wages, employment conditions, passports, recruitment-related debts, welfare, and immigration insecurity. Workers reported that they had not received wages for three months, while around 35 workers were affected by concerns over visa or PLKS renewal.

Sosialis AlternatifBahasa Melayu

Mogok di Aerofoam Manufacturing: Pekerja migran terus berjuang melawan penindasan!

Kes Aerofoam tidak boleh dilihat sebagai sebuah kes yang terpencil, tetapi sebagai amaran tentang bentuk-bentuk penindasan yang bakal semakin mencengkam kelas pekerja dalam tempoh mendatang. Krisis kapitalisme yang semakin meruncing akan terus mendorong majikan untuk menekan kos buruh, mencuri upah, dan mengorbankan kebajikan pekerja demi mempertahankan keuntungan mereka.

Kelvin LaiBahasa Melayu

Perjanjian Kolektif CSB HSBC–NUBE ke-6 Termeterai: Kemenangan separa, ke arah mana seterusnya?

Rundingan sememangnya boleh menghasilkan kemenangan dan perlindungan, namun terhad jika dijadikan strategi tunggal. Tanpa tekanan industri dari akar umbi pekerja, ia akan tergendala dan seringkali ditunggang oleh bos dan menteri. Maka aksi industri dan mobilisasi bebas daripada majikan dan kerajaan kekal sebagai alat perjuangan utama buat kelas pekerja.

CA CSB ke-6 adalah satu kemenangan sebenar. Ia meningkatkan gaji, memperluaskan perlindungan sosial, dan menyerlahkan kekuatan organisasi pekerja.
Namun ia juga mendedahkan had strategi dan taktik perjuangan sedia ada di bawah sistem kapitalisme. Kerajaan selalu akan berpihak kepada para pemodal. Konsesi hanya akan diperoleh susulan tekanan yang berlarutan.
Oleh itu, perjuangan ke hadapan tidak boleh berhenti di meja rundingan semata-mata. Kita harus memperkukuh organisasi akar umbi pekerja yang mampu merintis jalan perjuangan yang lebih mandiri dan militan.

Yuva BalanBahasa Melayu

Hari Pekerja 2026 dan Krisis Kapitalisme

Dalam suasana sambutan Hari Pekerja tahun ini, kelas pekerja sedunia sedang berhadapan dengan krisis kapitalisme yang semakin mendalam serta ketegangan geopolitik dunia yang semakin meruncing. Peperangan dan konflik bersenjata terus merebak dari Palestin, Sudan, Republik Demokratik Congo hingga Myanmar, sementara ancaman perang dunia semakin nyata melalui peperangan di Timur Tengah dan Ukraine. Jutaan rakyat pekerja dan golongan miskin menjadi mangsa perang, pemindahan paksa, kebuluran serta kemiskinan yang semakin parah. Dalam masa yang sama, krisis kos sara hidup, serangan terhadap hak pekerja, pengangguran, krisis hutang serta dasar penjimatan ekonomi terus menekan kehidupan rakyat di hampir semua negara hari ini.

Sosialis AlternatifBahasa Melayu

Solidariti buat PPPMEU, EIEUNR, NUTEAIW dan EIEUSR

Pembinaan kesatuan di setiap tempat kerja adalah sebuah hak asas bagi setiap kelas pekerja di negara kita. Ia merupakan wadah perjuangan kelas pekerja bagi menuntut hak pekerjaan yang bermaruah, dan bagi kelas pekerja untuk berjuang membantah tekanan hidup yang melarat. Persoalan seperti kenaikan gaji, bonus tahunan, elaun kesihatan, pengangkutan dan seumpamanya dapat dirunding bersama majikan melalui perjanjian kolektif – dimeterai secara sah melalui suara kesatuan dan jaminan keadaan pekerjaan yang baik.

Sosialis AlternatifBahasa Melayu

Lebih Kurang 190 Pekerja Migran Bangladesh Mediceram Dipecat Kerana Menuntut Hak Pekerjaan yang Adil

Kami, Jaringan Solidariti Pekerja, Sosialis Alternatif dan AKSI mengecam tindakan majikan yang tamak dan tidak berperikemanusiaan, serta kelemahan kerajaan dalam melindungi pekerja. Perjuangan pekerja Mediceram adalah sebahagian daripada perjuangan kelas menentang penindasan kapitalisme. Hanya perpaduan pekerja tanpa mengira negara, kaum atau agama dapat membina kekuatan sejati menuju ke arah sistem sosialis yang adil.

Sosialis AlternatifBahasa Melayu

“Suara yang Dibisukan”: Lebih 1,000 pekerja bank dan ahli kesatuan NUBE berhimpun di Putrajaya menuntut keadilan sempena Hari Pekerja

Tema yang dibawa dalam perhimpunan bukan sekadar simbolik, tetapi satu ekspresi yang menunjukkan penindasan majikan menggunakan taktik kotor untuk membisukan suara pekerja yang menuntut dan melampaui batas hak berkesatuan. Ini turut mendedahkan bahawa kelas majikan gelisah jika perjuangan pekerja tersebar lebih luas.

ZBahasa Melayu

Kelas Pekerja Terkapai Dalam Lautan Krisis: MTUC lumpuh, MEF mengganas

Pada 4 Februari 2025, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa MTUC kini dipimpin oleh Presiden Memangku, Datuk Dauzkaply Nor Ghazali dan Setiausaha Agung, Kamarul Bahrain. Mereka telah memecat bekas Presiden Effendy Abdul Ghani, serta melarang beliau daripada mewakili MTUC dalam sebarang kapasiti perwakilan atau bertanding jawatan. Namun, tindakan ini mencetuskan dakwaan balas oleh Effendy yang mendakwa pemecatan tersebut tidak sah, serta beliau masih Presiden sah MTUC. Pertikaian ini hanyalah satu episod terkini dalam sejarah panjang kecelaruan kepimpinan MTUC.