Kenaikan Harga Tol
Kerakusan Kapitalis Untuk Keuntungan Dalam Kesengsaraan Rakyat Ketika rakyat sedang mengharungi peningkatan kos hidup, persetujuan kenaikan kadar tol di antara 20 sen hingga RM4.70 oleh kerajaan kepada Syarikat-syarikat pengoperasi tol, adalah satu lagi tamparan hebat kepada warga pekerja dan rakyat biasa yang merupakan pengguna terbesar lebuhraya-lebuhraya di Lembah Kelang. Manakala PLUS pula dijangka membuat peningkatan […]
Satu Lagi Krisis Ekonomi Dalam Pembikinan
Sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, pembangunan ekonomi Malaysia tidak mampu kembali semula ke zaman kegemilangan ‘Ekonomi Harimau’ atau ‘ Harimau Asia’ 1990-an di mana ketika itu pertumbuhan KDNK pesat di antara 7 hingga 10 peratus. Krisis kewangan tersebut yang kemudiannya memberikan kesan mendalam kepada aktiviti ekonomi telah menghancurkan harapan ‘negara membangun’ kepada kelas […]
TPPA: Sebuah Agenda Neoliberal
Amerika dan 11 buah negara lain termasuk Malaysia yang terlibat dalam sebuah rundingan untuk perjanjian dagangan pasaran bebas TPPA selama hampir 1 tahun sudah sampai ke penyudahannya. Pelbagai negara dari 3 buah benua yang merangkumi 40% ekonomi dunia sudahpun menandatangani perjanjian ini. Kemerosotan ekonomi Amerika merupakan punca utama kepada usaha membuat perjanjian ini. Ekonomi Amerika […]
Kepimpinan dan Aksi Kolektif Pekerja Kilang Ais Membawa Satu Lagi Kejayaan
Seramai 55 pekerja kilang ATLAS cawangan Nilai telah berjaya menuntut majikan untuk membuat caruman KWSP untuk bayaran komisen selepas mengetahui salahlaku di pihak majikan yang selama ini telah menyembunyikan hak pekerja tersebut. Majikan kilang ais ATLAS hanya mencarum untuk gaji pokok tetapi tidak membuat caruman KWSP untuk komisen seperti yang diwajibkan oleh undang-undang. Para pekerja […]
Tahun 2015: Hak Rakyat Biasa Terus Dipinggirkan!
Tahun 2015 sudah sampai ke penghujungnya. Tahun ini banyak mencatatkan peristiwa penting yang memberi impak langsung kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, khasnya rakyat kelas pekerja. Apa yang dapat dirasakan adalah, tahun ini merupakan tahun yang mencekik rakyat Malaysia disebabkan oleh keadaan ekonomi yang semakin merudum baik di peringkat global mahupun tempatan. Perkara itu diterukkan lagi dengan […]
Isu Bauksit: Pencemaran Alam Semakin Berleluasa
Akhir-akhir ini, masalah pencemaran alam yang berpunca daripada aktiviti penerokaan hasil alam dengan tidak terkawal semakin berleluasa. Kemusnahan tempat tadahan air semulajadi di hutan-hutan simpanan akibat penebangan hutan yang terlampau telah menyebabkan banjir-banjir luar biasa di timur dan utara semenanjung Malaysia dalam beberapa tahun ini. Beratus ribu rakyat telah hilang tempat tinggal dan terpaksa bergantung […]
Kapitalis Ada Dua Parti – Rakyat Biasa Perlukan Parti Sendiri
‘Gajah sama Gajah berjuang, Pelanduk mati di tengah-tengah’, inilah situasi politik sistem dua parti dan akibatnya kepada rakyat biasa di negara ini. Sejak PRU-12, persaingan untuk kuasa pemerintahan antara BN dan Pakatan semakin sengit. Di tengah-tengah pertarungan kuasa ini, rakyat biasa terus dipinggirkan daripada manfaat pembangunan negara, dan ditindas dengan serangan demi serangan terhadap hak […]