Kos Pengangkutan Awam Tidak Mencerminkan Keadaan Kewangan Rakyat
Bermula pada pertengahan tahun 2015, hampir semua tambang pengangkutan awam ditingkatkan melebihi 20 peratus. Salah satu alasan yang digunakan sebagai hujah adalah bahawa tambang yang dinaikkan adalah lebih rendah daripada perjanjian konsesi yang telah ditetapkan. Ditambah lagi dengan servis yang kadangkala tidak mencapai tahap keberkesanannya, rakyat secara umum telah mulai merasa kesusahan yang telah melanda. […]
Perjuangan Pekerja Kilang Ais Atlas
Perjuangan dan Solidariti Pekerja Atlas Ais di Kepong dan Batu Caves Berjaya Menuntut caruman KWSP ke atas komisen Pada bulan Ogos yang lalu, pihak KWSP telah memaklumkan kepada Jawatankuasa Pekerja Atlas Ais Kepong dan Batu Caves bahawa majikan Atlas Ais telah didapati bersalah akibat tidak mencarum KWSP untuk komisen, dan dengan itu KWSP akan menuntut […]
Skandal 1MDB: Gerakan Massa untuk Lawan Korupsi
Pada bulan Julai yang lalu, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan penyelewengan besar-besaran dalam dana 1MDB yang melibatkan ‘Pegawai Rasmi Malaysia No. 1’ dan beberapa ahli perniagaan seperti Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Najib Razak, ahli perniagaan Jho Low, serta pegawai kerajaan Abu Dhabi. DOJ mendakwa berbilion-bilion ringgit daripada dana IMDB yang sepatutnya diperuntukkan […]
Merakyatkan Seni… Hapuskan Agenda Perkauman!
Keputusan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia) dan PFM (Persatuan Penerbit Filem Malaysia) untuk tidak mencalonkan filem Ola Bola dan Jagat untuk kategori filem terbaik dalam Pesta Filem Malaysia yang ke-28 pada tahun ini telah menerima bantahan daripada peminat dan juga aktivis seni tanahair. Finas dan PFM memberikan alasan bahawa kandungan kedua-dua filem tersebut tidak berlandaskan […]
Jutaan Ringgit KWSP Lesap, Pekerja Tuntut Keadilan
Pada Khamis, 2 Jun yang lepas, lebih 80 pekerja Atlas Edible Ice Sdn Bhd, cawangan Kepong dan Batu Caves turun untuk membantah komplot majikan dan pihak KWSP. Dengan berbekalkan sepanduk, kain rentang seperti “Lebih 20 Tahun Majikan Tipu Pekerja”, “Jutaan Ringgit Dari Akaun KWSP Pekerja Lesap “ dan sebagainya, para pekerja turun membantah komplot dan […]
Pembuangan Pekerja Semakin Meningkat!
Sehingga suku tahun pertama tahun ini, dilaporkan seramai 6500 orang pekerja sektor kewangan seperti pekerja bank dan insurans telah kehilangan kerja. Tambahan pula dengan 200 pekerja kilang rokok BAT, 350 pekerja Megasteel di Banting adalah mangsa terkini pemberhentian kerja di mana mereka diberikan notis 24 jam pada 31 Mac lalu oleh majikan dengan alasan masalah […]
38,000 Pekerja Dihentikan Pada 2015!
Mengorganisasi Pekerja untuk Kukuhkan Kesatuan Sekerja Pada tahun lalu, 38000 pekerja diberhentikan kerja dalam berbagai-bagai sektor. Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak tentu, lebih ramai pekerja dijangka akan diberhentikan kerja pada tahun ini. Penindasan dan penganiyaan terhadap hak dan kebajikan pekerja juga dijangka meningkat. Bagaimana pekerja mampu memperkuatkan hak dan perjuangan mereka ? Wujudnya kesatuan […]
1,000 Pekerja MAB Bakal Kehilangan Kerja
Satu lagi berita buruk menimpa pekerja MAB ( Malaysian Airlines Berhad ) apabila dikatakan 1000 pekerja kontrak akan kehilangan kerja pada hujung bulan ini. Selepas melepaskan lebih 3000 pekerja pada September tahun lepas, MAB melihat untuk mengurangkan kos operasi mereka dengan memotong lebih ramai tenaga kerja daripada syarikat tersebut. Walaupun hampir semua 3000 bekas kakitangan […]
PH Kecundang, BN Menang Besar
Keputusan penuh Pilihanraya Negeri Sarawak 2016 pada 7 Mei lepas meyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Keputusan ini juga menunjukkan BN menguasai lebih 2 per 3 majoriti yang diperlukan bagi memudahkan sebarang usul baru diluluskan di Dewan Undangan Negeri . Parti komponen BN seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) menang […]
Hari 1 Mei: Pekerja Kuasa Perubahan
Dalam dua tahun terakhir, hari pekerja sedunia (Hari 1 Mei) di Kuala Lumpur telah diperingati dengan demonstrasi menolak GST. Beribu-ribu rakyat yang tidak berpuas hati turun ke jalan membantah dasar kerajaan yang mencekik rakyat. Walaupun bantahan tersebut dan pelbagai usaha lain tidak berjaya memaksa kerajaan memansuhkan GST, tetapi rakyat Malaysia boleh mendapatkan beberapa pengajaran berharga. […]