Kecoh di Pameran Kerja Bekasi Indonesia: Ketidakpastian Kerja di Bawah Kapitalisme

Pameran kerja Pasti Kerja 2025, Bekasi, bertempat di President University Convention Center, Jababeka, porak peranda kerana gagal menampung peserta.

Lebih dari sebulan yang lalu, tepatnya tanggal 27 Mei 2025 Pemerintahan Kabupaten Bekasi melaksanakan acara bursa kerja yang bernama β€œJob Fair Bekasi Pasti Kerja”. Bursa kerja yang dilaksanakan di President University Convention Center, Jababeka, Cikarang ini dihadiri oleh 25.000 peserta. Padahal, lowongan pekerjaan yang tersedia pada bursa tersebut hanya mencapai 2500 lowongan, yang disediakan oleh 64 perusahaan yang terpisah. Meski venue tempat pelaksanaan bursa kerja dapat terbilang luas, convention center yang dimiliki oleh Universitas Presiden (President University) ini tidak mampu menampung total peserta yang hadir. Alhasil, suasana ricuh pun tak terelakkan. Beberapa diantara peserta yang ikut dalam acara ini sampai ada yang pingsan akibat berdesak-desakan dengan banyak peserta lainnya.

Gempa Bumi Terkuat dalam Sejarah Melanda Myanmar Ketika Negara dalam Perang Saudara

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang terperangkap di sebalik runtuhan bangunan akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda pada 28hb Mac, antara yang terkuat dalam sejarah Myanmar, yang menggegarkan negara yang sedang dilanda perang saudara.

Musibah bencana alam dalam situasi konflik bersenjata, kemiskinan dan masa depan yang tidak menentu adalah kondisi yang tidak layak untuk mana-mana individu. Terutama rakyat miskin dan kelas pekerja yang tidak mempunyai akses untuk membebaskan diri dari kondisi yang melarat. Oleh itu tidak ada cara lain bagi rakyat di Myanmar melainkan sebuah perjuangan politik dan ekonomi yang berasaskan prinsip yang merentasi identiti bangsa dan agama. Momentum dari protes menentang kudeta pada Februari 2021 yang lalu harus dilanjutkan dengan kesedaran bahawa perubahan yang benar-benar bermakna hanya wujud ditangan rakyat biasa dan kelas pekerja. Bukannya individu elit seperti Aung San Suu Kyi, atau mana-mana perwakilan NUG, mahupun kumpulan etnik bersenjata yang tidak mampu membawa sebarang alternatif terhadap situasi di Myanmar.

Gerakan Rakyat Myanmar Menentang Kudeta Ketenteraan Menghadapi Saat Kritikal

Di Myanmar, seruan mogok umum pada 8hb Mac yang lepas telah berhadapan dengan tindakan yang kejam oleh pihak tentera. Berdasarkan laporan sedia ada, sekurang-kurangnya dua orang awam telah ditembak mati oleh pihak tentera – yang turut melakukan serbuan yang dilakukan pada waktu malam, bagi menangkap para aktivis dan pemimpin kesatuan. Namun, tindakan menindas ini tidak […]

Papua Barat: Bina Perpaduan Pekerja Untuk Memperjuangkan Hak Rakyat Papua Bagi Menguruskan Ekonomi dan Politik Mereka Secara Demokratik.

Kerajaan Indonesia telah menghantar lebih 1000 orang askar dan memotong bekalan internet di Papua berikutan sebuah demonstrasi massa yang berpanjangan selama lebih satu minggu di rantau tersebut. Demonstrasi ini tercetus pada minggu lalu apabila pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan beberapa organisasi sayap kanan telah menganiaya beberapa mahasiswa Papua di Surabaya ( Java Timur ) […]

Protes Warga Rohingya di Kuala Lumpur Terhadap Keganasan Kerajaan Burma

Berikutan serangan ganas ke atas komuniti Rohingya di daerah Arakan oleh tentera dengan sokongan kerajaan Burma yang dikongkong oleh junta tentera dengan kepimpinan parti Aung Sang Su Kyi, beberapa NGO di Malaysia telah memanggil sebuah protes di hadapan kedutaan Burma pada 30 Ogos. Seramai 1000 orang warga Rohingya telah turut menyertai protes ini dan telah […]

Buruh Paksa Landasan Kereta Api Maut Siam-Burma 1942-1945

Orang Tamil di Malaya β€” golongan paling tertindas dan dieksploitasi β€” dipaksa Empayar Jepun menjadi buruh paksa membina landasan ini, korban kekejaman imperialis terhadap kelas pekerja dalam perang penaklukan.

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak kesan politik, ekonomi dan sosial. Salah satu kesan yang sentiasa menjadi ingatan pahit adalah tentang buruh kereta api maut Siam-Burma yang telah melibatkan ramai orang tanpa mengira bangsa. Setelah tentera Jepun berjaya menakluk Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, dibawah Jeneral Yamashita mereka juga telah berhasil menakluk Tanah Melayu pada tahun 1942. Rentetan itu, rancangan peluasan penaklukan ke India melalui Burma pula telah dilancarkan. Ia ada kaitannya dengan pembinaan landasan kereta api dari Siam ke Burma. Bahkan, ia juga kerana kepentingan ekonomi dalam aspek pengangkutan dan perdagangan.