Inflasi global dan tempatan meningkat. Apa nasib rakyat miskin?
Selepas terbelenggu selama hampir 2 tahun akibat pandemik Covid-19, pihak kerajaan telah mula membuka balik kebanyakan sektor industri dan sedang cuba untuk memulihkan ekonomi negara. Tetapi, kenaikan inflasi dan harga barangan pada tahun ini sedang mewujudkan persoalan mengenai pemulihan ekonomi yang diajukan oleh pihak kerajaan. Harga barangan yang naik bukan sahaja meningkatkan beban terhadap rakyat […]
Simpanan KWSP Berkurangan, Pekerja Semakin Miskin. Bina Kepimpinan Kelas untuk Mempertahankan Kebajikan Rakyat!
Berikutan pandemik Covid-19 yang telah menghancurkan ekonomi dunia selama hampir 2 tahun, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada para pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang simpanan mereka bagi menampung beban kehidupan yang meningkat akibat pandemik ini. Para pekerja yang kehilangan kerja, kehilangan elaun-elaun tertentu dan mengalami pemotongan gaji di sepanjang pendemik ini telah terpaksa mengorbankan wang simpanan […]
Petani di India menang menentang kerajaan Modi
Pada 19hb November yang lepas Perdana Menteri India, Narendra Modi memansuhkan tiga rang undang-undang penternakan yang pernah diluluskan pada tahun lepas. Ini adalah kemenangan yang bersejarah buat kelas petani di India dan juga rakyat massa yang menentang rejim autoritarian BJP (Bharatiya Janata Party). September tahun lepas, kerajaan telah menggubal tiga undang-undang iaitu Perjanjian Jaminan Harga […]
PRN Melaka: Krisis Politik Kapitalisme Berterusan
Melaka secara tradisinya merupakan kubu kuat Barisan Nasional yang hanya jatuh pada PRU-14 lepas apabila Pakatan Harapan telah berjaya menang di 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri. Tetapi selepas langkah ‘Sheraton’ yang melihat kuasa kerajaan pusat bertukar tangan, kerajaan Melaka juga jatuh pada Mei tahun lepas apabila beberapa ADUN dari PH lompat ke kem […]
Pilihan Raya Negeri Melaka: Apa Pilihan Untuk Rakyat?
Dalam kemelut politik negara yang berpanjangan, Pilihan Raya Negeri Melaka yang bakal diadakan pada 20 November ini merupakan episod terbaru. Pada 4 Oktober lalu, speaker DUN Melaka telah membubarkan Dewan tersebut setelah 4 orang ahli DUN telah menarik balik sokongan mereka kepada Idris Haron yang merupakan Ketua Menteri Melaka pada waktu itu. Pada Mac tahun […]
Parti Kuasa Rakyat: Wajah berbeza tetapi agenda sama dengan parti-parti arus perdana yang rakus
Pada awal Oktober ini, satu lagi parti politik baru yang bernama Parti Kuasa Rakyat telah membuat pengumuman untuk melancarkan parti mereka yang dijangka sedang bersiap sedia menghadapi PRU ke 15 yang bakal berlangsung. Berita ini telah menjadi sensasi apabila beberapa akhbar utama melaporkan bahawa Presiden parti baru ini merupakan abang kandung kepada Perdana Menteri ke […]
Pekerja Yang Enggan Di Vaksin Ditindas Kerajaan!
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, M.Saravanan telah menyatakan bahawa para pekerja yang belum lengkap dengan vaksin Covid-19 boleh dikenakan tindakan. Menurutnya, para pekerja yang menolak vaksin Covid-19 sebenarnya tidak melanggar undang-undang kerana pihak kerajaan tidak mewajibkan rakyat untuk menerima vaksin tersebut. Tetapi mengikut Menteri M.Saravanan, para pekerja yang menolak vaksin akan mengakibatkan suasana tempat kerja […]
Mampukah Perdana Menteri baru membawa penyelesaian kepada krisis kesihatan dan ekonomi?
Menjelang hampir 2 tahun bertarung dengan pandemik Covid-19, keadaan ekonomi rakyat Malaysia sedang bertambah teruk seiring dengan ekonomi negara dan global. Semakin ramai kelas pekerja sedang menjadi penganggur dan para majikan kaya pula sedang menikmati pelbagai bantuan dana daripada kerajaan. Wang bernilai berbilion-bilion ringgit sudahpun dilesapkan daripada rizab awam bagi membantu perniagaan yang tersungkur. Rakyat […]
Penyahwartaan hutan simpan negeri – Logik pembangunan kapitalisme di bawah Kerajaan Selangor
Isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara telah menjadi isu kontroversi sehinggakan pihak monarki, ahli politik dan juga beberapa organisasi alam sekitar turut mengeluarkan kenyataan dan kritikan terhadap hal ini. Penyahwartaan itu dibuat setelah keputusan dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan membabitkan kawasan seluas 536.70 hektar. Ini pada awalnya membabitkan kawasan seluas 991.90 […]
Malaysia: Government loses majority, but same coalition maintains power
On Friday 20 August, Ismail Sabri was chosen by Malaysia’s king to be prime minister – the country’s third in three years. The 17 month-old government of the ‘National Coalition’ (PN – Perikatan Nasional) under Prime Minister Muhyiddin Yassin collapsed when 15 MPs from UMNO (United Malays National Organisation), which was part of this coalition, […]