Sumbang kepada dana perjuangan kami.

Kami tidak menerima sebarang derma daripada kelas kapitalis dan pemodal.
Setiap ringgit datang daripada ahli parti dan penyokong seperti anda.

Sistem Ekonomi Menyumbang Kepada Pemanasan Global

Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan keadaan iklim setempat yang lebih panas daripada biasa, mengakibatkan keadaan yang tidak selesa serta pelbagai musibah yang lain seperti masalah kesihatan dan sebagainya. Ini adalah disebabkan tiadanya perancangan dalam menggunakan bahan bakar oleh para pengusaha dan pemodal kaya. Berdasarkan Penilaian Iklim Kebangsaan di Amerika Syarikat, aktiviti manusia adalah penyebab […]

Hari 1 Mei : Pekerja Kuasa Perubahan

Dalam dua tahun terakhir, hari pekerja sedunia (Hari 1 Mei) di Kuala Lumpur telah diperingati dengan demonstrasi menolak GST. Beribu-ribu rakyat yang tidak berpuas hati turun ke jalan membantah dasar kerajaan yang mencekik rakyat. Walaupun bantahan tersebut dan pelbagai usaha lain tidak berjaya memaksa kerajaan memansuhkan GST, tetapi rakyat Malaysia boleh mendapatkan beberapa pengajaran berharga. […]

Lima tahun setelah “Arab Spring”

Lima tahun yang lepas, golongan hartawan, raja-raja, para sheikh dan para diktator di kawasan Timur Tengah dan Maghreb bersama sekutu antarabangsa mereka telah mendapati diri mereka dalam keadaan yang tidak menentu apabila jutaan rakyat biasa bangkit dan turun ke jalan raya, dari Tunis ke Sanaa, dari Manama ke Cairo. Kebangkitan itu dicetuskan oleh Mohamed Bouazizi, […]

Revolusi Politik di Amerika Syarikat

Kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat mencerminkan sebuah titik perubahan dalam perjuangan kelas pekerja, kelas menengah, mahasiswa/i dan  rakyat biasa yang dieksploitasi oleh kapitalisme. Masyarakat AS diselubungi dengan idea-idea radikal yang menolak kedua-dua parti utama mereka, Demokrat dan Republikan. Hampir separuh daripada pengundi yang berdaftar di Amerika adalah penyokong calon bebas yang tidak yakin dengan […]

Ola Bola : Ulasan Filem

Filem Ola Bola yang mula ditayangkan pada 28 Januari mendapat sambutan daripada berbagai kaum, satu perkara yang jarang berlaku dalam industri perfileman negara. Ola Bola diilhamkan dari zaman kegemilangan bolasepak negara pada awal 1980an di mana Malaysia layak untuk bertanding di Sukan Olimpik Moscow apabila berjaya mengalahkan Korea Selatan dalam pertandingan akhir kelayakan. Tetapi pasukan […]

Pendekatan anak muda dalam menentang pemerintah zalim dan korup

Krisis politik yang sedang menjadi semakin kusut dalam arena politik arus perdana sedang mewujudkan sebuah lapisan anak muda yang mula tidak mempercayai mana-mana parti arus perdana. Sebuah perasaan anti-parti sedang menakluk pemikiran anak muda yang kecewa dengan hala tuju parti-parti politik yang pernah menjadi pemimpin mereka. Apabila PKR dan DAP bersetuju untuk bersekongkol dengan kuasa-kuasa […]

Kertas Panama : Bina Alternatif Politik untuk Membendung Penipuan Cukai

Kira-kira setahun lalu, sebanyak 11.5 juta fail perbankan daripada firma guaman Mossack Fonseca dari Panama telah dibocorkan ke Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa ( ICIJ ) oleh sebuah sumber yang tidak diketahui. Mossack Fonseca merupakan sebuah firma undang-undang Panama yang pakar dalam penubuhan syarikat-syarikat kosong ( shell companies ) yang boleh di isi dengan jutaan dolar […]

Projek Lebuhraya di Selangor Membawa Musibah

Sekali lagi kerajaan Selangor mendapat perhatian dalam isu mengendalikan pembinaan lebuhraya yang akan memakan belanja berbilion-bilion ringgit dengan kos yang berat bagi alam persekitaran yang bakal dihancurkan. Kerajaan negeri bertekad untuk meneruskan dua buah projek lebuhraya yang diberikan kepada syarikat pemaju Prolintas, Lebuhraya SUKE ( Sungai Besi-Ulu Kelang Expressway ) dan DASH ( Damansara – […]

Perancis : Kelas Pekerja dan Anak Muda Bantah Undang-Undang Anti-Pekerja

france strike

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Perancis sedang menghadapi tekanan ekonomi dan sosial akibat kemerosotan dalam sektor industri yang mengakibatkan pemotongan perbelanjaan awam dari kerajaan. Pemotongan bajet sedang bertambah dan posisi kerajaan PS ( Parti Socialiste ) yang jelas menyebelahi kelas pemerintah kapitalis semakin terdedah setiap hari. Pada 9 April 2015, sebahagian daripada kelas pekerja yang […]

Pengeboman pengganas di Brussels

mangsa bom Brussels

Berjuang menentang terrorisme, keganasan, peperangan dan kemiskinan ! Berpuluh-puluh orang mati atau tercedera dan rakyat Belgium berada dalam kejutan berikutan serangan pengganas di lapangan terbang Zaventem dan stesen metro Maelbeek di Brussels pada 22 Mac lalu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan rakan-rakan mereka. Mangsa, sekali lagi, adalah dari kalangan orang-orang biasa. Keganasan kejam […]