Trump Mengancam Komuniti Imigran
Pertahankan Komuniti Imigran! Donald Trump sedang bergerak pantas untuk menunaikan beberapa janji kempen pilihanraya yang menindas golongan minoriti, terutamanya golongan migran dan Muslim. Pada hari kelima selaku Presiden AS, Donald Trump sudahpun memberikan ‘lampu hijau’ untuk memulakan kerja-kerja pembinaan sebuah tembok di sempadan negara Mexico. Bersama itu, dana untuk penguatkuasa imigresen ditambah dengan 5000 peronda […]
Sosialis Alternatif bersolidariti bersama Orang Asli untuk menuntut hak tanah mereka!
Orang Asli bangkit menentang kerakusan syarikat pembalakan! Sejak hujung September tahun ini, lebih kurang 200 orang asli telah membina dua sekatan di antara Pos Tohoi dan Pos Gob bagi menghalang balak-balak yang ditebang di bawa keluar dari kawasan pembalakan di dalam Hutan Simpan Balah. Hutan simpan ini merangkumi sebanyak 239 dan 404 hektar. Kemudian sekatan […]
Hentikan Serangan Terhadap Perhimpunan Aman!
Kebangkitan bersejarah oleh kumpulan mahasiswa dan belia di Tamil Nadu yang menentang pengharaman ‘Jallikattu’ (tradisi petani Tamil yang menandakan musim menuai) oleh kerajaan pusat India sedang ditindas dengan teruk oleh pihak penguasa. Kebangkitan rakyat Tamil Nadu ini mencerminkan aspirasi rakyat biasa yang enggan ditekan oleh kuasa-kuasa besar dan tidak tunduk pada penindasan dari kerajaan pusat […]
Bantah Agenda Rasisme Trump!
Hari pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat merupakan hari yang sedih dan sebuah berita buruk bagi bukan sahaja rakyat AS, malah untuk seluruh dunia. Seorang wakil kelas jutawan yang taksub telah menjadi pemegang jawatan tertinggi di negara yang paling berkuasa di dunia. Akan tetapi, hari penabalan Trump akan di balas dengan protes besar-besaran dari […]
Ulang Tahun 100 Revolusi Rusia
Diterjemah dari Sidang Pengarang majalah Socialism Today edisi Dec/Jan dari Socialist Party UK. Tahun 2017 menandakan ulang tahun ke-100 revolusi Rusia. Revolusi 1917 menonjol sebagai peristiwa yang paling penting dalam sejarah – setakat ini – walaupun kepentingannya telah pasti tercalar disebabkan oleh kemerosotan Kesatuan Soviet yang menjadi birokrasi kejam dan ditambah oleh fitnah-fitnah palsu daripada […]
Felda Menganaktirikan Peneroka
Sekali lagi, isu ketidaktelusan pengurusan FELDA muncul apabila FGV, syarikat swasta di bawah naungan FELDA membeli saham sebanyak 37 peratus kepunyaan satu syarikat perladangan di Indonesia bernama EHP yang kini sedang mengalami kerugian, dengan harga 3 kali ganda daripada harga pasaran. Pada awalnya, FGV juga rugi besar dalam pelaburan pengilangan bijirin menjurus kepada penutupan kilang […]
Ringgit Semakin Lemah… Ekonomi Negara Terdedah Kepada Krisis!
Media-media utama kapitalis seperti ‘The Economist’, ‘The Wall Street Journal’, ‘Financial Times’ dan lain-lain secara terang-terangan mendesak Najib meletakkan jawatan bukan kerana mereka sangat prihatin dengan rakyat Malaysia akibat penindasan, skandal rasuah 1MDB dan kehancuran hak rakyat oleh kerajaan autokratik di Malaysia, tetapi disebabkan oleh kemerosotan keyakinan kapitalis terhadap keadaan ekonomi negara. Walaupun pertumbuhan ekonomi […]
Hutang Isi Rumah Meningkat!
Bank Negara telah mengumumkan bahawa hutang isi rumah di Malaysia sudah mencapai 89.9 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) atau bernilai lebih 1 trillion ringgit. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai hutang isi rumah yang tertinggi bukan sahaja di rantau Asia malah di seluruh dunia. Peratusan hutang isi rumah ini didapati telah berganda sejak tahun […]
Fidel Castro, Pemimpin Revolusi Cuba 1959 Meninggal Pada Usia 90
Kematian Fidel Castro, berumur 90 tahun, telah diumumkan oleh adiknya Raul, di televisyen negara Cuba hampir seminggu lalu. Berjuta-juta pekerja di Cuba dan di seluruh dunia akan meratapi pemergian pemimpin revolusi Cuba 1959 bersama dengan Che Guevara. Pada masa yang sama, kuasa-kuasa reaksi kapitalisme akan mempergunakan waktu ini untuk cuba dan memulihkan sistem ekonomi pasaran […]
Tragedi Kebakaran di Hospital Meningkat
Baru-baru ini, seluruh Malaysia tergempar dengan berita kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang telah meragut 6 nyawa dan 11 orang lain termasuk anggota hospital telah tercedera. Walaupun tragedi sebegini pernah berlaku sebelum ini di hospital kerajaan lain mahupun di hospital swasta, kejadian ini untuk pertama kali telah menyebabkan kehilangan nyawa dan justeru telah […]