Perjuangan Pendidikan Percuma Harus Diteruskan

Tuntutan untuk pendidikan percuma jelas atas sepanduk waktu demonstrasi Mansuhkan PTPTN pada 2012.

Pendidikan, sebagai hak asasi manusia yang fundamental, telah lama dianggap sebagai pemangkin kesamarataan. Namun, di Malaysia, janji pendidikan sebagai laluan kepada mobiliti sosial dan jaminan ekonomi telah digugat oleh komodifikasi pembelajaran yang semakin keterlaluan. Pengenalan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) membuka ruang kepada syarikat swasta untuk meraih keuntungan daripada pendidikan. Hari ini, peralihan ke arah neoliberalisme telah menambah beban keluarga dengan kos pendidikan yang melampau, mengikat graduan dalam kitaran hutang, dan mengukuhkan ketidaksamarataan.

Gaji Minimum untuk Semua Pekerja, dan Pelatih Industri (Intern) Juga Pekerja!

Aktivis bergambar dengan sepanduk bertulis "Pelatih Industri (Intern) Bukan Buruh Bercuma".

Isu pelatih industri yang tidak dibayar gaji atau dibayar rendah di Malaysia bukan sekadar kegagalan etika; ia merupakan masalah sistemik yang mendedahkan kezaliman eksploitasi sistem kapitalisme. Pelatih industri adalah pekerja — sama seperti pekerja sepenuh masa di dalam syarikat, pelatih industri juga tertakluk di bawah ketetapan polisi dan undang-undang syarikat seperti jam bekerja dan skop pekerjaan syarikat. Oleh itu, mereka berhak menerima gaji dan perlindungan yang setimpal seperti pekerja sepenuh masa yang lain. Namun, ketiadaan perlindungan undang-undang bagi pelatih industri di Malaysia mencerminkan operasi pasaran buruh yang menganggap pekerja boleh ‘dipakai-buang’, sambil mengekalkan kitaran eksploitasi terhadap pelatih industri di bawah topeng ‘peluang’ dan ‘latihan’. Kitaran ini amat menguntungkan syarikat terutama CEO dan pihak majikan.