Sumbang kepada dana perjuangan kami.

Kami tidak menerima sebarang derma daripada kelas kapitalis dan pemodal.
Setiap ringgit datang daripada ahli parti dan penyokong seperti anda.

Pertahankan Komuniti Imigran!


Donald Trump sedang bergerak pantas untuk menunaikan beberapa janji kempen pilihanraya yang menindas golongan minoriti, terutamanya golongan migran dan Muslim. Pada hari kelima selaku Presiden AS, Donald Trump sudahpun memberikan ‘lampu hijau’ untuk memulakan kerja-kerja pembinaan sebuah tembok di sempadan negara Mexico. Bersama itu, dana untuk penguatkuasa imigresen ditambah dengan 5000 peronda sempadan dan tiga kali ganda pegawai imigresen dan kastam. Pegawai-pegawai imigresen akan diberikan kuasa untuk deportasi jutaan pekerja migran yang menduduki AS pada masa ini. Tambahan pula, Trump juga ingin menggubal undang-undang untuk menyekat kelulusan visa daripada 6 negara majoriti beragama Islam. Program perlindungan bagi pelarian perang juga akan dikurangkan dan dihadkan secara drastik.


Trump sedang menghantar sebuah isyarat yang mengancam terhadap para imigran dan minoriti Muslim dari seluruh dunia. Dia sudahpun menjanjikan untuk menghantar pulang 3 juta imigran dalam beberapa bulan sahaja walaupun Obama sudahpun deportasi berjuta juta imigran dalam 8 tahun sebelum ini. Segala jenis alasan yang remeh akan dipergunakan untuk melaksanakan program deportasi gergasi tersebut dan pelbagai propaganda berbentuk perkauman akan diwujudkan.

Melihat pada suasana yang sedang berkembang, pendekatan Trump boleh mencetuskan penentangan massa terutamanya di negeri-negeri New York, Chicago dan Los Angeles. Serangan terhadap imigran sebelum ini oleh pemimpin-pemimpin lain telah ditemui dengan bantahan massa daripada rakyat. Pada hari pekerja ( 1 May ) 2006, sebuah protes gergasi telah di lancarkan di jalan-jalan raya di seluruh Amerika bagi mempertahankan golongan migran dari undang-undang yang menindas. Malangnya, kepimpinan Kesatuan Sekerja di AS pada waktu itu tidak mengambil sebuah pendirian yang jelas dan gerakan itu tidak membuahkan hasil.

Ahli politik Parti Demokrat telah cuba untuk mempergunakan situasi tersebut untuk memenangi beberapa faedah untuk mereka dengan menaburkan janji-janji manis seperti reformasi undang-undang imigresen. Tetapi apabila Obama mengambil tampuk kepimpinan bagi Parti Demokrat, sebaliknya, berjuta-juta para imigran telah di deportasi dan Trump kini sedang cuba untuk menjangkaui rekod Obama.

Berjuang Demi Masa Depan

Manakala Trump sedang cuba untuk melaksanakan polisi-polisinya dengan tergesa-gesa, ramai yang terlepas pandang bahawa Amerika Syarikat sudah mengalami sebuah perkembangan dan radikalisasi terutamanya di kalangan anak muda dalam sedekad ini. Sebuah generasi baru yang memperoleh pengalaman melalui mobilisasi dan perjuangan massa dalam gerakan Occupy, gerakan Black Lives Matter, gerakan menuntut gaji minimum 15 dollar dan baru-baru ini dengan kemenangan bagi perjuangan membantah pembinaan paip bawah tanah di Dakota. Sokongan yang diperoleh oleh Bernie Sanders dalam kempen menentang kelas jutawan 1% juga mencerminkan aspirasi sebenar rakyat Amerika Syarikat.

Agenda Trump memang mampu ditewaskan, tetapi ini memerlukan lebih daripada protes dan demonstrasi massa. Pekerja tempatan harus bersolidariti dan bergabung tenaga dengan pekerja asing untuk membina sebuah bantahan yang berkesan. Pihak kepimpinan Kesatuan Sekerja juga mempunyai peranan yang penting dalam perjuangan ini. Perjumpaan massa harus dianjurkan oleh wakil-wakil pekerja untuk membincangkan hala tuju mereka dengan demokratik dan jelas. Aksi-aksi mogok juga harus dirancang dengan rapi dan sebuah pertahanan yang mantap harus di bina menanti serangan-serangan daripada polisi-polisi anti-pekerja Trump yang bakal menimpa semua.

Click untuk baca artikel dari organisasi Socialist Alternative USA. ( DURING THE NEXT 100 DAYS: BUILD THE RESISTANCE TO TRUMP’S AGENDA! )

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *