Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang

Salam perjuangan aktivis dan kepimpinan akar umbi Sekolah Alternatif,


Kami daripada Sosialis Alternatif ingin memanjangkan kata solidariti kepada inisiatif anak muda dan mahasiswa dalam mewujudkan Sekolah Alternatif bagi kanak-kanak tidak berwarganegara di Sabah. Sememangnya ia merupakan usaha murni daripada anak muda yang prihatin terhadap isu rakyat. Dan inisiatif ini sememangnya bukan sekadar harus diangkat pada tahap puji-pujian, tetapi perhatian juga harus diberikan pada isu yang didedahkan melalui inisiatif ini. Iaitu isu akses pendidikan, kewarganegaraan dan penempatan yang merupakan sebahagian besar isu yang melatari inisiatif ini.

Baru-baru ini kami mendapat berita bahawa Sekolah Alternatif di Teluk Layang sedang berhadapan dengan risiko untuk dimusnahkan. Tentunya ini merupakan berita yang cukup mendukacitakan dan mesti diuarkan-uarkan. Kami menyokong perjuangan aktivis Sekolah Alternatif yang berusaha untuk mempertahankan sekolah yang dibina di kawasan tersebut, dan bagi kami, ini apalagi kalau bukan disebabkan kaedah pembangunan dalam negara yang tidak dirancang mengikut keperluan rakyat dan penduduk, malah kelas pemerintah samaada kerajaan pusat mahupun negeri realitinya lebih mengikut telunjuk dan kehendak para pemaju dan kroni kapitalis.  

Ini dapat dilihat melalui perjuangan anak muda menuntut hak air di Sabah yang dipimpin oleh kesatuan mahasiswa di UMS baru-baru ini. Mereka mendapat tentangan daripada pihak berkuasa dengan menggunakan akta-akta birokratik seperti akta hasutan untuk menakutkan kebangkitan anak muda yang berjuang. Bagi kami isu ini mirip dengan isu pengusiran paksa yang berlaku terhadap orang asli di Kampung Temiar Gua Musang negeri Kelantan, terhadap petani di Kanthan Perak, dan beberapa lagi kampung dan kawasan yang tidak sempat kami sebut disini. Dan meskipun dari segi kompleksiti latar belakang identiti populasi dan cabaran adalah berbeza berbanding situasi bagi penduduk di kampung Teluk Layang, namun penindas adalah dari kelas yang sama, atas motif yang sama iaitu untuk kepentingan segelintir elit dan dilegitimasi melalui sistem perundangan yang berasaskan keuntungan yang lebih mengutamakan kelas kapitalis.  

Dan bagi kami isu pengusiran paksa yang dihadapi oleh Sekolah Alternatif di Teluk Layang tidak akan berakhir di kampung itu dan akan terus disukarkan dengan menggunakan akta dan undang-undang untuk mengesahkan tindakan pengusiran paksa dan penutupan inisiatif Sekolah Alternatif itu sendiri. Ini termasuk menggunakan isu kewarganegaraan yang memungkinkan sentimen rasisme di kalangan penduduk dengan menyalahkan mereka yang tidak berwarganegara sebagai pesalah dalam isu kemudahan air misalnya. Perjuangan Sekolah Alternatif harus dipertahankan dengan bergerak senada dengan perjuangan rakyat biasa yang juga sedang bergelut dengan isu penempatan dan isu perumahan serta pendidikan yang semakin ketara berada dalam krisis samaada dari peringkat awal kanak-kanak sehingga peringkat pendidikan tinggi.

Sosialis Alternatif turut membantah tindakan pihak kerajaan untuk menggesa keluar penduduk kampung Teluk Layang dan penindasan terhadap inisiatif anak muda dan mahasiswa Sekolah Alternatif yang membantu untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak terpinggir di Sabah. Kelas pemerintah seharusnya malu kerana mereka yang sepatutnya memberikan kemudahan pendidikan ini kepada semua anak-anak, tetapi anak muda yang telah secara mandiri, berkorban masa dan memberi jasa pula ditindas. 

Maju terus anak muda dalam mendedahkan sifat sebenar kelas pemerintah kapitalis yang hanya mendengar desakan kelas pemodal dan kroni. Terus mengorak langkah dengan mandiri bersama-sama rakyat yang ditindas. 

Solidariti!

Kongsi Artikel Ini

Tinggalkan Komen Anda

Artikel Berkaitan

Keganasan Seksual Terhadap Wanita dan Kanak-kanak: Krisis sosial yang memerlukan penyelesaian sistemik
2026 03 08 hari wanita antarabangsa kenyataan sosialis alternatif Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang Sosialis Alternatif
Situasi krisis geopolitik yang menyebabkan perang sedang menyaksikan krisis pelarian, kemusnahan harta benda juga keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Peperangan di Palestin sedang mendedahkan kekejaman Israel mempergunakan tubuh...
BACA
5 Reports of Rape Every Day: What is to be done while Parliament laments low prosecution rate?
2026 03 03 womens march 2020 against rape sexual violence sosialis alternatif Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang Sosialis Alternatif
Between 2015 and 2025, Malaysia witnessed a staggering 17,609 reported rape cases — an average of five rape reports every single day… Only 7,090 of these cases, or roughly 40%, resulted in charges being filed… in an earlier decade only...
BACA
Mesyuarat Nasional Sosialis Alternatif (SA) Malaysia 2026, Berlangsung Dengan Jayanya
2026 02 21 mesyuarat nasional 2026 sosialis alternatif Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang Sosialis Alternatif
Sosialis Alternatif (SA) Malaysia, CWI di Malaysia, telah diadakan dari 16 hingga 18 Januari 2026 di Pulau Pangkor, di luar pesisir Perak di Selat Melaka. Perbincangan melibatkan beberapa anak muda yang baru serta sebagai ahli dan menandakan...
BACA

Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *