Coronavirus mendedahkan ketempangan sistem kapitalisme dalam menangani krisis!
Kebajikan Kelas Pekerja haruslah di bela!
Perkhidmatan Kesihatan Negara
- Tingkatkan peruntukkan dana perubatan, kecemasan dan kesihatan dengan segera.
- Bekalkan perlindungan yang mencukupi bagi semua pekerja barisan hadapan yang sedang berhadapan dengan tugas untuk membendung penyebaran wabak ini.
- Kerajaan harus mengambil alih infrastruktur dan kakitangan pusat perubatan swasta dan mana-mana kemudahan swasta bagi tujuan untuk menjaga, kuarantin dan menyediakan bekalan yang mencukupi untuk rakyat. Pemilik dan pemodal pusat-pusat kesihatan swasta yang telah menjana keuntungan bernilai berbilion-bilion ringgit dengan menjual kemudahan kesihatan haruslah mengorbankan sedikit keuntungan mereka demi keselamatan negara.
- Latihan yang mencukupi haruslah disediakan kepada setiap kakitangan kerajaan dalam menangani krisis covid-19.
- Sediakan sumber yang secukupnya untuk membuat ujian mengesan coronavirus kepada setiap orang yang ada simptom selsema dengan cepat. Beberapa negara seperti Korea Selatan telah mengimplimentasi langkah ini dengan kesan yang baik.
- Tingkatkan produksi untuk memenuhi kehendak utama pada masa ini seperti pengeluaran peralatan perlindungan seperti penutup hidung/mulut, cecair nyahkuman, bekalan perubatan, peralatan ujian virus dan sebagainya. Produksi haruslah ditukar mengikut keperluan dibawah kawalan demokratik kelas pekerja bagi menyesuaikan diri dengan krisis ini.
- Milik negara syarikat farmaseutikal besar bagi menjamin penyelidikan, pengeluaran dan pembekalan ubat-ubatan, vaksin dan rawatan bagi menangani pandemik seperti Covid-19.
- Mansuhkan sebarang jenis caj ubat atau khidmat bagi semua orang dalam pusat-pusat kesihatan, termasuk warga asing.
Pembayaran gaji dan faedah
- Kelas pekerja tidak boleh dibebankan dengan kos untuk memerangi wabak Covid-19. Semua pekerja yang terpaksa mengambil cuti dari kerja disebabkan oleh penutupan sekolah, arahan kawalan pergerakan dari kerajaan dan sebagainya haruslah diberikan gaji penuh tanpa pemotongan. Pekerja ini tidak boleh dipaksa untuk mengambil cuti tahunan, cuti tidak berbayar atau cuti sakit.
- Semua pekerja berhak untuk mendapat gaji penuh dari hari pertama perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan diumumkan.
- Pekerja-pekerja kontrak bebas, freelance, sub-kontraktor dan pekerja ekonomi gig yang terpaksa kuarantin diri di rumah, haruslah di bayar gaji minimum oleh kerajaan dan sebuah dana khas untuk pembayaran gaji pekerja harus disediakan dengan segera.
- Pekerja tidak boleh dimangsakan oleh pihak majikan hanya kerana mereka gagal untuk pergi ke kerja di sebabkan oleh kekangan yang berlaku akibat penyebaran wabak Covid-19 dan perintah kerajaan untuk mengawal pergerakan.
- Bagi mengelakkan pembuangan kerja yang banyak, industri-industri besar haruslah dimilik negara dan di letakkan di bawah kawalan dan pengurusan kelas pekerja yang bergerak secara demokratik.
Perkhidmatan awam dan perubatan
- Sediakan dana dan sumber untuk menghadapi kecemasan dan untuk melindungi pekerja, pesakit, pelajar dan rakyat biasa.
- Wujudkan majlis-majlis yang terdiri daripada perwakilan kelas pekerja seperti kesatuan sekerja dan organisasi masyarakat setempat untuk menyelaraskan segala bantuan dan respon kecemasan.
- Mansuhkan belanjawan yang sedia ada dan wujudkan majlis-majlis yang mengawal rizab negara dan mempunyai kuasa untuk memohon hutang bagi menyalurkan dana terhadap usaha menangani krisis Covid-19.
- Sediakan talian bantuan 24 jam untuk golongan terdedah dan warga tua yang terpaksa mengasingkan diri. Pertubuhan-pertubuhan komuniti dan kesatuan sekerja mengambil tanggung jawab untuk menguruskan pengagihan makanan, ubat-ubatan dan bekalan lain ke masyarakat.
- Beban kerja kelas pekerja haruslah di kurangkan dan aspek kesihatan harus diutamakan.
- Jika sekolah ditutup, semua kakitangan mesti menerima bayaran penuh. Kemudahan penjagaan kanak-kanak untuk keluarga yang terdedah dengan virus ini haruslah disediakan berserta kemudahan perlindungan yang mencukupi.
- Rakyat tidak boleh dibiarkan untuk kehilangan tempat tinggal mereka akibat krisis ini. Pembayaran gadai dan sewa rumah haruslah digantung sementara krisis Corvid-19 ini dapat diselesaikan. Dana yang secukupnya juga harus di sediakan kepada komuniti-komuniti setempat untuk menghadapi krisis ini.
- Segala pembayaran bil utiliti keperluan am seperti elektrik, air dan internet haruslah digantung untuk sementara waktu bagi memastikan kesinambungan kehidupan bagi semua rakyat.
- Dana yang secukupnya harus disediakan bagi memberikan tempat perlindungan untuk mangsa-mangsa keganasan domestik.
Kesatuan Sekerja dan Kelas Pekerja
- Kesatuan-kesatuan sekerja yang ada harus menubuhkan jawatankuasa kesihatan dan keselamatan di setiap tempat kerja untuk menyusun tindakan bersama yang amat diperlukan bagi menjamin keselamatan semua. Jawatankuasa ini harus menyusun aksi-aksi mogok untuk memperjuangkan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang mencukupi.
- Kesatuan sekerja harus mengawasi dan memantau segala langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dan swasta dalam usaha mengawal penyebaran wabak Covid-19.
- Kerajaan dan pihak swasta tidak boleh dibenarkan untuk mempergunakan kesempatan ini untuk menghakis sebarang hak dan kebajikan kelas pekerja, kesatuan sekerja dan ahli-ahlinya.
- Kedua-dua pemerintah PN dan pembangkang PH yang membawa agenda kapitalisme tidak boleh dipercayai untuk menangani krisis ini. Parti-parti pro-kapitalisme hanya mementingkan keuntungan kelas kapitalis kaya dan hanya akan mengambil langkah-langkah yang terhad untuk menangani kedua-dua krisis Covid-19 dan krisis ekonomi yang sedang parah untuk melindungi kepentingan kelas kapitalis.
- Bina sebuah parti politik yang berlandaskan kepada kelas pekerja dan rakyat massa yang boleh menyatukan semua perjuangan rakyat tertindas dengan sebuah program yang kukuh dan hala tuju yang jelas.
- Bawa agenda untuk mencukaikan kekayaan dan keuntungan yang melampau bagi kelas kapitalis dan orang kaya 1% bagi menjamin kebajikan 99% daripada rakyat biasa.
- Sistem pasaran kapitalis yang mengutamakan keuntungan dan berasaskan kepada persaingan di antara kelas kapitalis tidak akan mampu untuk menjaga keselamatan masyarakat. Kita memerlukan sistem ekonomi sosialis demokratik bagi merancang pengeluaran dan pengedaran barangan atau perkhidmatan yang akan memenuhi keperluan majoriti rakyat dalam masyarakat.
- Kita juga harus menjalinkan solidariti dengan perjuangan kelas pekerja dari negara lain dan mengorak langkah ke arah pembinaan sebuah gerakan sosialis antarabangsa.