Penerbitan Solidariti Pekerja

pengenalan…

Every ringgit received from sales go into our party and the workers’ movement to take power.

Pesan melalui borang di sebelah/bawah [url]. Selamat melayari!

AKHBAR

PRATINJAU

#SP31 || Solidariti Pekerja

Isu #31 (Okt–Dis 2024)

Harga: RM3 / RM5 (solidariti)

PENGENALAN

Tidakkah ia mengecewakan anda bahawa saluran berita arus perdana melaporkan fakta tetapi tanpa sedikit pun analisis? Apa yang dipanggil “kewartawanan tidak berat sebelah” sebenarnya adalah mitos yang dipalsukan oleh kelas kapitalis untuk menyerang fakulti kritikal kita untuk pemikiran dan alasan.

ISU DAHULU

Isu #30 (XXX-XXX 202X)

Harga: RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: English, 华语

Isu #29 (XXX-XXX 202X)

Harga: RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: English, 华语

Isu #28 (XXX-XXX 202X)

Harga: RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: English, 华语

Bukan sekadar berita, tetapi analisa kritikal berdasarkan perspektif kelas.

Isi Kandungan

oleh Z

Pada 10 Jun 2024, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim melalui Pakatan Harapan (PH) telah melancarkan satu program penyasaran subsidi diesel dimansuhkan dan harga berkuatkuasa mengikut harga pasaran bermula harga RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia, sementara di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal RM2.15 seliter. Kesan dari polisi kerajaan ini jelas akan meningkatkan kos bahan kehidupan rakyat terutamanya perbelanjaan isi rumahtangga. Dari barangan niaga harian hinggalah ke kos pengangkutan barangan tersebut akan dilemparkan beban tanggungnya kepada rakyat oleh peniaga-peniaga dengan menaikkan harga…

oleh Yuva Balan

Kerajaan Anwar di bawah naungan Anwar Ibrahim yang digelar sebagai pejuang reformasi masih belum berjaya membawa sebarang reformasi yang nyata dalam lebih setahun setengah pemerintahan. Sepertimana yang dilihat di dalam pilihanraya kecil Sg Bakap, koalisi pemerintah PH-BN belum lagi berjaya mengukuhkan sokongan mereka di kalangan rakyat. Para pengundi daripada etnik India dan Cina terutamanya telah memilih untuk menghukum PH dengan tidak keluar mengundi dan memberikan PN kemenangan dengan majoriti yang besar…

oleh Hayatul Salleh

Pada 6 Julai yang lepas, sebuah pilihanraya kecil telah diadakan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Pilihanraya kecil ini diadakan susulan kematian Yang Dipertua PAS Nor Zamri Latif pada 24 Mei yang lepas. Bekas ADUN PAS ini telah menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Ros pada pilihanraya negeri 2023 dengan jumlah majoriti sebanyak 1,563 undi. Untuk PRK yang baru ini, kita telah menyaksikan kemenangan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail yang telah berjaya mengekalkan kerusi yang disandang oleh arwah Nor Zamri Latif…

oleh Hayatul Salleh

Tarikh 15 Julai 2023 menjadi titik permulaan bagi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan juga Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk bekerjasama di dalam pilihanraya. Berikutan daripada hal ini juga, usaha dan juga inisiatif untuk membina ‘kuasa ketiga’ sebagai sebuah politik alternatif terhadap pilihan-pilihan koalisi sedia ada mulai dibincangkan dan dilaksanakan. Kita dapat lihat bagaimana kedua-dua parti ini membuat keputusan bersama dalam hal politik—sepertimana penentangan bersama oleh kedua-dua parti terhadap Akta Hasutan dan juga keputusan bersama di dalam persoalan pengagihan kawasan di dalam pilihanraya. Tindakan kerjasama ini juga telah menjurus kepada tindakan pengukuhan ideologi, terutamanya untuk MUDA yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengangkat ideologi Demokrasi Sosial sebagai asas perjuangan parti tersebut…

oleh Ameena

BRICS, akronim untuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, pada asalnya dilancarkan sebagai BRIC pada 2009 dan berkembang menjadi BRICS pada tahun 2010 apabila Afrika Selatan menyertainya. Berbeza dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), BRICS beroperasi tanpa piagam rasmi ataupun sekretariat dan berfungsi lebih sebagai sebuah gabungan tidak formal bagi mencabar perintah dunia yang dikuasai oleh Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya. Pada Januari 2024, BRICS mengembangkan keahliannya untuk merangkumi lebih banyak negara seperti Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan kemungkinan penyertaan dari negara-negara yang lain pada masa hadapan. Secara kolektif, negara-negara ini mewakili kira-kira 45 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia…

oleh Hayatul Salleh

Pada 15 Mac yang lepas syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Khazanah telah membentuk sebuah konsortium yang bernama Gateway Development Alliance (GDA). Penubuhan konsortium ini bertujuan untuk menswastakan syarikat pengurusan lapangan terbang Malaysian Airports Holding Berhad. Terdapat dua syarikat luar yang turut terlibat di dalam konsortium ini, iaitu syarikat Global Infrastructure Partners dan syarikat pelaburan dari Abu Dhabi (ADIA). Astro Awani melaporkan penswastaan MAHB adalah untuk menambah baik infrastruktur lapangan terbang negara, memastikan pertumbuhan mampan dalam jangka panjang dan juga perkhidmatan yang lebih baik untuk para penumpang dan syarikat penerbangan. MAHB merupakan syarikat yang telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1991 setelah Parlimen Malaysia meluluskan sebuah akta yang memisahkan Jabatan Penerbangan Awam kepada dua entiti yang berbeza, di mana MAHB bertanggungjawab untuk melakukan servis penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang di keseluruhan negara. MAHB merupakan salah satu aset negara paling baru yang ingin diswastakan oleh pihak kerajaan dan merangkumi seramai 10,000 pekerja…

oleh Shaqirah Shauqi

Setelah penantian lebih 10 tahun, gaji penjawat awam telah diumumkan peningkatan kira-kira 7% ke 15%. Tetapi persolan yang membelenggu rakyat biasa dan kelas pekerja adalah mengapa penjawat awam sahaja? Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja swasta dan pekerja tidak formal yang turut menjadi nadi dan tulang belakang ekonomi negara? Adakah sumbangan mereka tidak sebaik penjawat awam? Bagi kami Solidariti Pekerja, ini merupakan “kemampuan” yang wujud dalam sistem kapitalisme kerana persoalan peningkatan gaji ini ditentukan oleh kerajaan yang dikongkong segelintir elit kapitalis, dan mereka sebenarnya taat kepada kuasa pasaran bebas…

oleh Ramlah Long

Hakikat menjaga kanak-kanak bukan hanya memerlukan susu dan lampin, tetapi tempat tinggal dan kawasan perumahan yang selamat, makanan yang berzat, pendidikan yang berkualiti, dan individu dewasa seperti ibu bapa dan guru sebagai pendidik, pendorong, dan tempat bergantung emosi. Bukan semua kanak-kanak dapat menikmati keperluan asas ini. Realiti kehidupan dalam masyarakat yang bergantung dengan pasaran bebas untuk mendapatkan keperluan menyebabkan kebanyakan kanak-kanak dari latar belakang ekonomi sosial yang lebih rendah tidak mempunyai akses atau kemampuan ekonomi untuk mendapatkan keperluan seperti pendidikan berkualiti…

oleh Liam dan Fajar

Bajau Laut, juga dikenail sebagai sea gypsies, adalah kumpulan etnik pribumi di Sabah, Malaysia, yang mengalami peminggiran dan tidak mempunyai kewarganegaraan. Jumlahnya mencecah ratusan ribu (jumlah penduduk sebenar tidak diketahui kerana kekurangan data banci), jiwa-jiwa yang kuat ini dinafikan kewarganegaraan Malaysia, menjerumuskan mereka ke dalam bayang-bayang kemiskinan tegar dan rampasan hak asasi manusia yang tidak dapat dielakkan. Di sini kita meneroka isu birokrasi yang dihadapi oleh Bajau Laut, meneliti konteks politik dan sejarah mereka, pengecualian sosial dan ekonomi, dan keperluan mendesak untuk advokasi dan perpaduan…

oleh Shaqirah Shauqi

Persidangan parlimen Mac yang lepas, ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah memberitahu Dewan Rakyat bahawa masalah air di Sabah berada pada tahap “kritikal” dan menggesa kerajaan persekutuan supaya memastikan projek untuk penyelesaian air itu diselesaikan segera. Ini tentu satu kelancangan bagi rakyat Sabah yang semestinya tahu bagaimana sumber alam dan kekayaan semula jadi seperti minyak dan gas telah diambil selama ini tanpa sebarang pembangunan yang benar-benar bermakna. Yang tinggal hanyalah janji-janji kosong dan sehingga kini masih kekal manjadi antara negeri yang termiskin dalam negara walaupun Sabah merupakan negeri keenam terbesar dari segi sumbangan KDNK…

oleh Shaqirah Shauqi

Naratif dalam konflik Israel-Palestin yang mengatakan ia berpunca dari kebencian antara Yahudi dan Islam sudah tidak relevan pada lagi tahap ini. Protes massa di seluruh dunia sejak konflik pada 7 Oktober lepas telah mencatatkan protes besar-besaran yang cukup bersejarah, termasuklah di Malaysia. Luapan kebencian terhadap perang yang tidak berkesudahan ini telah mendedahkan bahawa konflik jauh sekali untuk kepentingan mana-mana agama, tetapi merupakan sebuah konflik yang didanai oleh negara kapitalis terbesar iaitu AS untuk merebut kuasa politik di Timur Tengah dan sumber kekayaan alam gas asli di Gaza…

RISALAH / BUKU

Segar dari ketuhar

SINOPSIS

Sinopsis buku “55 Tahun Selepas Peristiwa 13 Mei”

#R001 || 55 Tahun Selepas Peristiwa 13 Mei

oleh Yuva Balan (2024)

Harga: RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: English, 华语

oleh Parti Sosialis (UK)


Sinopsis

Harga: RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: English, 华语

oleh Parti Sosialis (UK)


Sinopsis

Harga: RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: English, 华语

oleh Parti Sosialis (UK)


Sinopsis

Harga: RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: English, 华语

oleh Leon Trotsky


Sinopsis

Harga: RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: English, 华语

Risalah terjemahan

Tidakkah ia mengecewakan anda bahawa saluran berita arus perdana melaporkan fakta tetapi tanpa sedikit pun analisis? Apa yang dipanggil “kewartawanan tidak berat sebelah” sebenarnya adalah mitos yang dipalsukan oleh kelas kapitalis untuk menyerang fakulti kritikal kita untuk pemikiran dan alasan.

MAJALAH
Asia Tenggara

#AT24 || Regional Perspective 2024: Southeast Asia in the Crossfire

oleh Sosialis Alternatif

Harga: RM3 / RM5 (solidariti)
Bahasa: English

Perspektif Asia Tenggara

PENGENALAN

dikemaskini setiap tahun

versi BM akan datang…

Internasional

Kompilasi Esei: Perang Israel-Palestine

PENGENALAN

versi BM akan datang…

#KOD || Title

oleh CWI (Committee for a Workers' International)

Harga: RM3 / RM5 (solidariti)
Bahasa: English

Lain-lain

NOTE

  • for example we can feature SP’s magazines
  • any old material?