Salah satu 'Food Bank' di Kuala Lumpur yang ditubuh untuk membantu rakyat yang tidak mampu untuk menampung keperluan kehidupan.
Salah satu ‘Food Bank’ di Kuala Lumpur yang dianjurkan melalui sumbangan komuniti setempat dan orang ramai yang prihatin untuk membantu mereka yang memerlukan

Krisis inflasi yang melanda dunia pada tahun ini sedang menimbulkan keresahan berkenaan dengan pemulihan ekonomi global selepas ditimpa pandemik yang berpanjangan selama 2 tahun. Kebanyakan daripada negara dunia sudahpun mula melonggarkan sekatan pergerakkan rakyat dan sedang cuba memulihkan ekonomi yang merudum selama ini. Tetapi malangnya, pemulihan ini tidak berjaya bergerak lancar akibat krisis inflasi yang sedang menghumban jutaan rakyat dunia ke dalam krisis ekonomi dan sosial. 

Negaranegara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Germany, France dan beberapa negara Eropah lain sedang melihat kadar kenaikan inflasi dalam 7 ke 10%. Ini merupakan kadar kenaikan yang paling teruk sejak awal 1980an bagi negaranegara tersebut dan rakyat sedang menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan hidup mereka dengan harga barangan yang melambung naik. 

Tambahan pula, kadar inflasi yang dilaporkan oleh kerajaan juga merupakan anggaran yang dibuat melalui kenaikan harga purata bagi semua komoditi secara pukal. Jika diteliti, kebanyakan negara ini melihat peningkatan harga barangan asas yang jauh lebih tinggi jika dibanding dengan jumlah keseluruhan barangan secara purata. Ini bermakna, kadar peningkatan inflasi sebenar ( real inflation rate ) adalah jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan. 

Walaupun kadar kenaikan inflasi yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah merupakan fenomena yang sedang membawa padah kepada jutaan rakyat miskin, keadaan di situ masih berada di bawah kawalan untuk masa ini. Tetapi jika situasi ini berterusan, ia akan mewujudkan krisis yang lebih mendalam dan akan berlaku kekurangan bekalan makanan dan barangan asas untuk memenuhi keperluan rakyat. 

Misalnya di negara negara yang kurang maju, kenaikan inflasi global sudahpun mencetuskan situasi kebuluran dan krisis sosial yang cemas. Sudan dan Sri Lanka misalnya melihat kebangkitan rakyat dalam skala massa untuk membantah kenaikan harga barangan asas yang tidak terkawal. Di beberapa negara lain seperti Turki dan Argentina, kadar peningkatan inflasi berada lebih daripada 50% untuk beberapa tahun kebelakangan ini. 

Buat masa ini kadar inflasi di Malaysia tahun ini masih terkawal dalam 2 ke 4%. Tetapi, kenaikan ini sudahpun memberi kesan kepada rakyat miskin yang sememangnya tidak mempunyai dana yang cukup untuk membiayai kehidupan harian mereka. Kebanyakan kelas pekerja yang tidak melihat sebarang peningkatan gaji, terpaksa menghadapi peningkatan harga makanan, barangan asas, perumahan, pengangkutan dan sebagainya setiap tahun. 

Ini merupakan situasi yang sedang dihadapi oleh kelas pekerja dan warga miskin dunia pada hari ini dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan mencetuskan krisiskrisis yang berbeza secara berterusan. 

Hujah kelas kapitalis

Para pendokong sistem kapitalisme tempatan dan antarabangsa berhujah bahawa punca peningkatan inflasi adalah kerana peningkatan gaji pekerja. Persatuan majikan seperti MEF dilihat membantah sebarang peningkatan dalam penetapan gaji minimum negara setiap kali ia di umum oleh kerajaan. Mereka akan cuba mewujudkan kerisauan di kalangan rakyat berkenaan dengan kenaikan inflasi yang kononnya akan menyusuli peningkatan gaji untuk para pekerja miskin. Ini bukan sahaja sebuah hujah yang tidak masuk akal dan tidak mencerminkan realiti, malah ini merupakan hujah yang mendedahkan sikap para kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan mereka. 

Kita boleh memberikan ribuan contoh dari seluruh dunia di mana peningkatan inflasi terus berlaku walaupun gaji pekerja tidak meningkat untuk bertahun tahun lamanya. Malah peningkatan inflasi yang sedang dirasai di seluruh dunia pada waktu ini juga tidak membuktikan dakwaan para kapitalis tersebut. Akibat pandemik yang berpanjangan, majoriti daripada kelas pekerja dunia tidak melihat peningkatan gaji. Malah kebanyakan mereka mengalami pemotongan gaji dan kehilangan punca pendapatan akibat sekatan pergerakkan yang dikenakan oleh kerajaan dan penguncupan ekonomi. Walaupun begitu, kadar inflasi masih meningkat.

Kegawatan ekonomi yang berlaku pada waktu ini juga bukanlah satu fenomena yang baru. Sememangnya, krisis kewangan dunia yang berlaku pada 2008 belum lagi di atasi oleh para kapitalis dan ini tercermin dengan kemerosotan dalam taraf kehidupan rakyat majoriti di seluruh dunia selama lebih satu dekad. Sebelum pandemik Covid berlaku, situasi ekonomi yang teruk telah mewujudkan gerakangerakan rakyat di pelbagai penjuru dunia yang bangkit menentang kerajaan yang sedang mempertahankan sistem ekonomi kapitalis yang menjadi punca kesengsaraan rakyat.  

Malangnya, krisis kesihatan yang melanda dunia akibat pandemik telah memberikan ruang kepada para kapitalis untuk menangguh krisis tersebut dengan mengosongkan rizab awam negara. Kerajaan Malaysia sahaja telah membelanjakan lebih 500 billion Ringgit dalam usaha untuk mengawal penyebaran Covid. Begitu juga dengan negara‐negara lain, terutamanya negara‐negara maju. Tetapi, kebanyakkan daripada dana tersebut telah disalurkan kepada para pemilik perniagaan, ahli korporat dan pemodal kaya. Rakyat biasa yang benarbenar memerlukan kebajikan pula diarah untuk menggunakan wang simpanan hari tua mereka sendiri untuk menampung beban kehidupan yang sedang semakin meningkat setiap hari. 

Punca sebenar inflasi

Inflasi yang melanda dunia pada waktu ini mempunyai beberapa faktor. Antaranya adalah peningkatan permintaan yang berlaku dengan tibatiba apabila aktiviti ekonomi seperti perniagaan mula pulih kembali selepas pandemik. Pada masa yang sama, juga terdapat kekurangan bekalan barangan akibat penutupan perniagaan yang berlaku sepanjang pandemik. 

Dalam situasi di mana permintaan yang tinggi dan bekalan yang rendah, para kapitalis dan pemilik perniagaan besar mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga barangan dan servis mereka yang terhad pada masa ini. Kononnya mereka hanya mengikut harga pasaran yang meningkat dan turun mengikut permintaan dan bekalan barangan yang wujud. Tetapi ini adalah tidak benar. Pada waktu permintaan turun disebabkan oleh bekalan barangan yang banyak, para kapitalis yang besar dan yang sudah berjaya monopoli sektorsektor tertentu, seringkali berpakat untuk menetapkan harga pasaran yang tinggi secara palsu. Tetapi hari ini, mereka sedang mengambil kesempatan untuk memaksimumkan keuntungan mereka dalam keadaan kekurangan bekalan komoditi, termasuk bekalan air, makanan dan bahan bakar. 

Ambil contoh peningkatan harga tenaga yang berlaku akibat peperangan di Ukraine hari ini. Harga tenaga seperti minyak, gas asli, arang dan bahan bakar lain sedang melambung tinggi akibat sekatan yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat dan Eropah ke atas expot Rusia yang mewujudkan situasi ‘kekurangan bekalan’. Seharusnya, hanya negaranegara yang bergantung dengan export daripada Rusia yang patut terkesan dan melihat peningkatan dalam harga bahan bakar. Tetapi realitinya, para kapitalis yang tidak terkesan dengan sekatan ekonomi ke atas Rusia juga mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga jualan komoditi mereka walaupun tiada peningkatan dalam kos pengeluaran. Hanya dengan alasan peningkatan ‘permintaan’ dan ‘harga pasaran’, para kapitalis ini sedang menggondol berbilionbilion Dolar Amerika, berkat inflasi.

Ini merupakan realiti di mana keseluruhan ekonomi berada di bawah kawalan segelintir kelas kapitalis elit yang sedang mengemudi ekonomi ini ke arah keuntungan maksimum bagi kelas mereka sendiri. Manakala, jutaan kelas pekerja, terutamanya warga miskin dari seluruh dunia, sedang menghadapi peningkatan kos kehidupan yang melampau tanpa sebarang tindakan daripada kerajaan. Pihak kerajaan negaranegara dunia yang mendukung sistem kapitalisme dilihat sebagai tidak berupaya untuk membawa sebarang jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi yang sedang dihadapi. 

Cetusan gerakan rakyat

Akibat kegagalan kerajaankerajaan kapitalis dunia untuk mengawal kenaikan harga barangan, beberapa negara sedang menyaksikan cetusan protesprotes besar dan gerakan massa mula terbentuk di kalangan rakyat. Majoriti rakyat Sri Lanka misalnya sedang menuntut supaya Presiden Gothabaya dan ahli keluarganya yang lain di lucutkan dari jawatan kerajaan dengan serta merta. Rakyat yang baru memilih Presiden ini pada 2019 sebelum pandemik, sudah tidak yakin bahawa kerajaan ini mempunyai sebarang solusi untuk krisis yang sedang dihadapi. 

Di negaranegara lain juga, rakyat sedang mula bergerak untuk mempertahankan hak dan kebajikan mereka. Amerika Syarikat misalnya sedang melihat gelombang gerakan kelas pekerja yang sedang menyusun diri dalam organisasi seperti Kesatuan Sekerja untuk mempertahankan hak mereka daripada dicabul oleh para majikan kaya. Perniagaan besar yang mengambil jutaan pekerja seperti Amazon dan Starbucks sedang melihat pekerja mereka menubuhkan Kesatuan Sekerja walaupun dengan menerima penindasan dan sekatan yang kejam daripada pemilik syarikat tersebut. 

Persoalannya, jika ekonomi dunia terus merosot akibat krisis inflasi yang berterusan ataupun akibat krisiskrisis lain, adakah akan wujud cetusan gerakangerakan massa di setiap pelosok dunia? Melihat balik kepada sejarah perjuangan kelas pekerja dan rakyat, dan dengan mengambil kira tandatanda awal cetusan protes massa di beberapa negara, kita boleh menganggarkan bahawa kemerosotan ekonomi yang berterusan akan pastinya mencetuskan reaksi daripada majoriti rakyat tertindas. Ini juga tidak mustahil untuk berlaku di Malaysia yang juga tidak mempunyai kekukuhan ekonomi dan sedang menanggung hutang negara yang tinggi.

Berjuang menentang sistem kapitalisme

Kelas kapitalis Malaysia sudahpun mula merungut apabila kerajaan mengumumkan peningkatan gaji minimum baru sebanyak RM1500. Walaupun gaji minimum baru masih tidak cukup untuk menjamin kehidupan yang selesa untuk kelas pekerja dan sebahagian besar daripada tenaga kerja akan dikecualikan daripada menikmati peningkatan ini, kelas majikan kaya sudah mula menyebarkan propaganda palsu bahawa ini akan meningkatkan kadar inflasi negara. Walaupun pada waktu ini, sebelum peningkatan gaji minimum sekalipun, kadar inflasi masih sedang meningkat dan keduadua pihak kerajaan dan para kapitalis sedang hanya mendiamkan diri. 

Kelas pekerja dan rakyat biasa harus bersedia dengan serangan dari kelas kapitalis pada masamasa yang akan datang dengan menyusun diri mereka dalam organisasi ataupun kesatuan sekerja dan membentuk kepimpinan bagi mengatur perjuangan massa. Aksi seperti mogok umum akan mendedahkan kelemahan kelas kapitalis dan meningkatkan keyakinan kelas pekerja untuk menuntut kuasa ekonomi dan politik. Hanya dengan perjuangan dan tekanan daripada kuasa kelas pekerja yang bersatu, rakyat biasa akan berjaya melihat perubahan yang bermakna bagi diri mereka. 

Pada masa yang sama, perjuangan kelas pekerja tidak boleh terhenti dengan hanya meraih beberapa konsesi daripada kelas kapitalis dan pemerintah kerajaan. Segala kemenangan ekonomi oleh kelas pekerja hanya boleh dijamin dengan perubahan keseluruhan dalam sistem ekonomi dan politik negara. Kepimpinan politik kapitalis yang mempertahankan sistem ini tidak boleh dibiarkan untuk memegang kuasa politik dan haruslah di cabar oleh pertubuhan politik kelas pekerja yang bersatu, disusun secara demokratik dan membawa aspirasi rakyat tertindas. 

Hanya kerajaan yang dipegang oleh kelas pekerja dan rakyat secara demokratik akan mampu mengalahkan agenda kapitalis dan mengemudi ekonomi untuk menunaikan keperluan rakyat biasa. Oleh itu, perjuangan rakyat harus di bina melalui program sosialis yang popular dan perspektif politik untuk menggantikan sistem kapitalisme dengan sistem yang demokratik dan memberi kuasa kepada kelas pekerja yang sememangnya bertanggung jawab ke atas perkembangan ekonomi dunia.  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *