Keganasan Seksual Terhadap Wanita dan Kanak-kanak: Krisis sosial yang memerlukan penyelesaian sistemik

"Jadikan sekolah tempat selamat" harus menghubungkan perjuangan dengan solidariti kelas pekerja dan komuniti setempat seperti guru, para kaunselor dan ibu bapa. Bukan sekadar sokongan atas dasar simpatisan tetapi membina perjuangan bersama. Tuntutan agar kerajaan meringankan beban guru dengan menambah bilangan kakitangan yang bertauliah harus disatukan dalam tuntutan anti keganasan seksual terhadap pelajar.

Situasi krisis geopolitik yang menyebabkan perang sedang menyaksikan krisis pelarian, kemusnahan harta benda juga keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Peperangan di Palestin sedang mendedahkan kekejaman Israel mempergunakan tubuh badan wanita secara brutal seperti rogol sebagai alat untuk melemahkan penentangan dari rakyat Palestin. Ini termasuk pendedahan kes keganasan seksual terhadap wanita dan perempuan bawah umur di kalangan ahli politik elit di US, kes Jeffrey Epstein.
Krisis yang memangsakan wanita disebabkan krisis kapitalisme global juga akan memberikan kesan terhadap kesedaran hak wanita terutama anak muda, dan kanak-kanak perempuan yang terpaksa menerima realiti penindasan wanita dan keganasan wanita adalah kebiasaan atau takdir malang beberapa individu. Oleh itu kami menyeru keperluan utama bagi organisasi yang memperjuangkan hak wanita untuk membina program perjuangan yang menyeluruh bagi sebuah pembinaan masyarakat baru yang dipimpin secara demokratik oleh rakyat biasa dan kepimpinan kelas pekerja untuk menghapuskan keganasan seksual yang menjadi ciri dalam sistem masyarakat kapitalis.

5 Reports of Rape Every Day: What is to be done while Parliament laments low prosecution rate?

Demonstrators marched in Kuala Lumpur on International Women's Day 2020 protesting against sexual violence and rape, although anti-capitalist demands and working-class participation have not yet taken center stage. (Source: Malaysiakini)

Between 2015 and 2025, Malaysia witnessed a staggering 17,609 reported rape cases — an average of five rape reports every single day… Only 7,090 of these cases, or roughly 40%, resulted in charges being filed… in an earlier decade only about 16% of reported rape cases were taken to court and only about 2.7% resulted in convictions… formal figures greatly understate the reality because many victims never file reports at all… only around 10% of rape incidents ever reach law enforcement, consistent with about 8–11% globally… Most crucially, a study of 304 sexual assault survivors… found that a large majority (about 76%) of victims were from a low socio‑economic class… Lower‑income individuals often have fewer resources, less social support, weaker bargaining power within households, and reduced access to protective services or legal recourse — all of which materially condition their exposure to violence.

Hari Wanita Sedunia Malaysia 2025

Komrad Qira dari Sosialis Alternatif sedang menyampaikan ucapan mengenai peranan wanita revolusioner dalam perjuangan anti-kapitalisme kepada kira-kira 300 peserta semasa perhimpunan Hari Wanita Sedunia 2025.

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini, Sosialis Alternatif telah menyertai perhimpunan Hari Wanita Sedunia Malaysia yang diadakan di Taman Jaya, Kuala Lumpur. Perhimpunan yang telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa Hari Wanita Sedunia Malaysia yang terdiri dari anak muda dan aktivis akar umbi, telah dihadiri oleh hampir 300 peserta, serta kumpulan NGO hak wanita dan orang asli serta organisasi akar umbi. Antara 5 tuntutan bertema Hari Wanita Sedunia tahun ini, Sosialis Alternatif telah menjadi tetamu jemputan bagi menyahut tuntutan keadilan ekonomi dan anti-kapitalisme.

Gerakan Wanita Komunis: Wanita dan revolusi

Lebih daripada 100,000 wanita berarak melalui Petrograd pada 8 Mac 1917, tahun pertama Hari Wanita Antarabangsa diraikan dan beberapa bulan sebelum tercetusnya Revolusi Oktober di Rusia.

Legasi Gerakan Wanita Komunis sepanjang tiga tahun yang kritikal dari 1920–1922 tetap hidup, dan, dengan mengambil kira perbezaan sejarah, ia memberikan pandangan yang cukup menarik dan berguna terutama bagi mereka yang sedang berjuang hari ini untuk menghapuskan ketidaksamaan dan penindasan gender serta membebaskan wanita melalui transformasi demokratik sosialis

Hari Wanita Sedunia: Bina perjuangan kelas untuk mempertahankan hak rakyat tertindas!

Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun menandakan perjuangan wanita dalam mempertahankan hak dan kebajikan mereka yang bermula lebih 110 tahun dahulu dan masih berpanjangan sehingga ke hari ini. Walaupun golongan wanita zaman ini sedang menikmati hak-hak yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini, penindasan terhadap wanita masih lagi menjadi isu yang […]

Kenyataan Hari Wanita Sedunia 2020

Mantapkan hak wanita melalui pembinaan solidariti dan perjuangan kelas pekerja ! Lawan kapitalisme dan bina sosialisme untuk hak demokrasi, ekonomi dan sosial yang adil dan saksama ! Tahun 2020 sudah menampakkan titik suram dengan suasana politik dan ekonomi negara yang semakin pincang. Ketidaktentuan dalam ekonomi di peringkat global, dan wabak COVID 19 yang semakin merebak, […]

Perarakan Hari Wanita Sedunia 2018 di Kuala Lumpur

Gerakan Pembebasan Wanita ( kempen Sosialis Alternatif ) bersama dengan organisasi yang memperjuangkan hak wanita dan gerakan akar umbi yang lain telah menganjurkan beberapa aktiviti menjelang sambutan Hari Wanita Sedunia di Malaysia. Pada kemuncak aktiviti tersebut adalah perarakan Hari Wanita Sedunia anjuran Jawatankuasa Hari Wanita ( gabungan organisasi hak wanita ) yang telah berarak di […]

Hari Wanita Sedunia 2018: Kapitalisme Menindas Wanita – Berjuang Demi Sosialisme!

Menjelang abad ke-21, anak muda wanita terutamanya dari negara-negara maju telah diberitahu bahawa mereka tidak lagi memerlukan gerakan feminisme dan sistem ekonomi kapitalisme akan memenuhi aspirasi mereka untuk mencapai kesaksamaan. Tidak lagi perlu berjuang untuk hak-hak mereka kerana sistem kapitalisme menawarkan kesejahteraan bagi semua dan menjamin masa depan yang bahagia. Hari ini, jelas bahawa hujah-hujah […]

Perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik!’

Kenyataan Gerakan Pembebasan Wanita untuk perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’. Keadaan ekonomi dan sosial negara sedang menjadi semakin teruk dari hari ke hari. Kemelesetan ekonomi global yang bermula pada tahun 2008 sedang memberikan kesan yang besar dalam kehidupan harian kelas tertindas dan perkara ini sedang merosot kondisi sosial wanita bukan sahaja di Malaysia malah di […]

Hari Wanita Sedunia Kuala Lumpur 2017

Gerakan Pembebasan Wanita, sebuah kempen berciri anti kapitalisme dan perjuangan wanita, telah menganjurkan beberapa acara sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang ke 100 di Malaysia. Kami juga mengangkat rentang dan sepanduk di sekitar jalan raya di Kuala Lumpur pada 11 Mac dan mengundang sesiapa yang menyokong perjuangan wanita untuk menyertai kami. Seramai 40 orang anak […]

Selamat Hari Wanita Sedunia!

Perjuangan untuk menjamin hak dan kebajikan wanita adalah perjuangan melawan agenda kapitalisme! 8 Mac adalah hari penting yang menggambarkan perjuangan hak dan kebajikan wanita di seluruh dunia. Sehingga hari ini, wanita masih lagi ditindas berganda. Pertama, mereka berada dalam cengkaman kekuasaan kapitalis dan kedua, mereka ditindas di dalam masyarakat kerana status gender mereka. Dalam konteks […]

Amalan Poligami dalam Masyarakat Kelas Menindas Golongan Wanita!

Sebelum kita mengkaji poligami, kita haruslah memperhalusi asas kepada institusi keluarga. Marxist berhujah bahawa institusi keluarga wujud untuk menyokong sistem kelas. Institusi keluarga dalam apa bentuk sekalipun, berakar dalam patriaki dan mempunyai sejarah penindasan wanita. Intitusi ini membebankan wanita dari segi kerja domestik yang dilakukan secara percuma dan mewujudkan kebergantungan kepada lelaki yang menjadi punca […]

Revolusi Februari 1917: Apakah pengajaran bagi masa ini?

Seratus tahun lalu, kelas pekerja Rusia dipimpin oleh pekerja Petrograd ( kini dikenali sebagai St. Petersburg ), bangkit menggulingkan rejim diktator Tsar yang bermaharajalela selama lebih 1000 tahun. Kebangkitan pekerja ini telah memulakan sebuah proses revolusi dan kaunter-revolusi yang berpanjangan selama 9 bulan sehingga ke Oktober 1917. Oktober 1917 menandakan titik bersejarah di mana kelas […]

Asal-usul Penindasan Wanita

Sejak beribu-ribu tahun lalu, ketidaksamaan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai intrinsik atau sebahagian daripada sifat manusia. Banyak hujah berdasarkan biologi digunakan untuk mewajarkan penindasan wanita sebagai semula jadi dan sebagai satu bentuk pembahagian kerja. Banyak juga pergerakan feminis yang sentiasa memberi tumpuan kepada struktur biologi atau sosial dan teori mereka berkisar bahawa ketuanan lelaki […]

Gelombang Feminis Baru?

Dengan kemunculan sebuah generasi baru yang menginginkan jawapan untuk menentang seksisme, Laura Fitzgerald menunjukkan bagaimana sebuah gerakan feminis yang berorientasi sosialis dan anti-kapitalis adalah amat relevan. “Dan akhirnya, kepada semua wanita di mana jua kamu, saya bersamamu. Apabila kamu rasa sunyi, saya bersamamu. Apabila orang lain meragui kamu, saya bersamamu. Saya berjuang setiap hari untukmu. […]

Keganasan Seksual Tidak Boleh Dijadikan Bahan Jenaka

Setiap tahun, di Malaysia sahaja, seramai 3000 wanita sedang menjadi mangsa rogol. Dikatakan setiap 35 minit, seorang gadis dirogol dan sejumlah besarnya adalah dari golongan 16 tahun ke bawah. Kesan-kesan emosi dan psikologi mangsa rogol ini sudahpun didokumen dengan teliti oleh masyarakat moden dan diketahui umum. Tetapi kesan ini tidak sahaja terpalit pada mangsa individu, […]

Hari Wanita: Berjuang Demi Hak Wanita dan Sosialisme

Pada tiap-tiap 8 Mac, Hari Wanita Sedunia diraikan sebagai titik tolak kepada permulaan wanita untuk berorganisasi, bergerak dan bangkit berjuang untuk hak-hak mereka. Bahkan, seluruh perjuangan yang dilakukan oleh wanita-wanita terdahulu, meskipun sudah berpuluh-puluh tahun yang lalu, masih relevan dengan situasi wanita di dunia pada hari ini. Walaupun Hari Wanita Sedunia berawal di negara-negara lain, […]