Selamat Hari Wanita Sedunia!
Perjuangan untuk menjamin hak dan kebajikan wanita adalah perjuangan melawan agenda kapitalisme! 8 Mac adalah hari penting yang menggambarkan perjuangan hak dan kebajikan wanita di seluruh dunia. Sehingga hari ini, wanita masih lagi ditindas berganda. Pertama, mereka berada dalam cengkaman kekuasaan kapitalis dan kedua, mereka ditindas di dalam masyarakat kerana status gender mereka. Dalam konteks […]
Amalan Poligami dalam Masyarakat Kelas Menindas Golongan Wanita!
Sebelum kita mengkaji poligami, kita haruslah memperhalusi asas kepada institusi keluarga. Marxist berhujah bahawa institusi keluarga wujud untuk menyokong sistem kelas. Institusi keluarga dalam apa bentuk sekalipun, berakar dalam patriaki dan mempunyai sejarah penindasan wanita. Intitusi ini membebankan wanita dari segi kerja domestik yang dilakukan secara percuma dan mewujudkan kebergantungan kepada lelaki yang menjadi punca […]
Revolusi Februari 1917: Apakah pengajaran bagi masa ini?
Seratus tahun lalu, kelas pekerja Rusia dipimpin oleh pekerja Petrograd ( kini dikenali sebagai St. Petersburg ), bangkit menggulingkan rejim diktator Tsar yang bermaharajalela selama lebih 1000 tahun. Kebangkitan pekerja ini telah memulakan sebuah proses revolusi dan kaunter-revolusi yang berpanjangan selama 9 bulan sehingga ke Oktober 1917. Oktober 1917 menandakan titik bersejarah di mana kelas […]
Asal-usul Penindasan Wanita
Sejak beribu-ribu tahun lalu, ketidaksamaan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai intrinsik atau sebahagian daripada sifat manusia. Banyak hujah berdasarkan biologi digunakan untuk mewajarkan penindasan wanita sebagai semula jadi dan sebagai satu bentuk pembahagian kerja. Banyak juga pergerakan feminis yang sentiasa memberi tumpuan kepada struktur biologi atau sosial dan teori mereka berkisar bahawa ketuanan lelaki […]
Gelombang Feminis Baru?
Dengan kemunculan sebuah generasi baru yang menginginkan jawapan untuk menentang seksisme, Laura Fitzgerald menunjukkan bagaimana sebuah gerakan feminis yang berorientasi sosialis dan anti-kapitalis adalah amat relevan. “Dan akhirnya, kepada semua wanita di mana jua kamu, saya bersamamu. Apabila kamu rasa sunyi, saya bersamamu. Apabila orang lain meragui kamu, saya bersamamu. Saya berjuang setiap hari untukmu. […]
Populisme, Rasisme dan Nasionalisme untuk Menyelamatkan Kapitalisme
BINA PARTI MASSA PEKERJA UNTUK SELAMATKAN RAKYAT! Semenjak 2008, keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan taraf hidup rakyat yang semakin merosot telah mengucar-kacirkan keadaan politik negara. Seperti PRU 12 dan PRU 13 yang lalu, agenda populisme, rasisme dan nasionalisme sekali lagi akan menjadi landasan propaganda kepada parti pemerintah dan parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya […]
Bantah Agenda Rasisme Trump!
Hari pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat merupakan hari yang sedih dan sebuah berita buruk bagi bukan sahaja rakyat AS, malah untuk seluruh dunia. Seorang wakil kelas jutawan yang taksub telah menjadi pemegang jawatan tertinggi di negara yang paling berkuasa di dunia. Akan tetapi, hari penabalan Trump akan di balas dengan protes besar-besaran dari […]
Ulang Tahun 100 Revolusi Rusia
Diterjemah dari Sidang Pengarang majalah Socialism Today edisi Dec/Jan dari Socialist Party UK. Tahun 2017 menandakan ulang tahun ke-100 revolusi Rusia. Revolusi 1917 menonjol sebagai peristiwa yang paling penting dalam sejarah – setakat ini – walaupun kepentingannya telah pasti tercalar disebabkan oleh kemerosotan Kesatuan Soviet yang menjadi birokrasi kejam dan ditambah oleh fitnah-fitnah palsu daripada […]
Bina Kuasa Pekerja dan Anak Muda!
Solidariti Pekerja menyokong tuntutan BERSIH 5.0 seperti ‘Pilihanraya Bersih’, ‘Kerajaan Bersih’, ‘Perkukuh Demokrasi Parlimen’ dan ‘Hak Membantah’ yang disuarakan semenjak tahun 2007 lagi. Sudah lama hak-hak yang diperjuangkan oleh BERSIH dicabuli untuk kepentingan kuasa elit dan parti pemerintah. Rakyat daripada berbagai lapisan, kaum dan agama telah melibatkan diri dalam BERSIH dengan harapan untuk melihat satu […]
Sepanyol: Mogok umum pelajar yang bersejarah
Dibawah kami menerbitkan terjemahan kenyataan pertama dari Kesatuan Pelajar Sepanyol ( Sindicato de Estudiantes ) berkenaan mogok pelajar yang bersejarah pada 26 Oktober. CWI dan Sosialis Alternatif menyokong penuh aksi mogok ini dan telah menganjurkan aksi solidariti di lebih 20 negara. Sebuah mogok umum yang dipanggil oleh Kesatuan Pelajar (Sindicato de Estudiantes) di Sepanyol pada […]