Perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik!’
Kenyataan Gerakan Pembebasan Wanita untuk perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’. Keadaan ekonomi dan sosial negara sedang menjadi semakin teruk dari hari ke hari. Kemelesetan ekonomi global yang bermula pada tahun 2008 sedang memberikan kesan yang besar dalam kehidupan harian kelas tertindas dan perkara ini sedang merosot kondisi sosial wanita bukan sahaja di Malaysia malah di […]
Obituari: Erick Nicholas Mujah (1987β2017)
ERICK NICHOLAS MUJAH (25 Jun 1987- 16 Ogos 2017) Erick meninggal dunia pada 16 Ogos yang lalu selepas bertarung nyawa selama 10 hari di hospital Kajang akibat komplikasi paru-paru berair, dan kegagalan multi-organ. Dia baru mencapai usia 30 pada tahun. Erick menyertai Sosialis Alternatif pada tahun 2010, dan merupakan antara komrad yang memainkan peranan penting […]
20 Tahun Selepas Krisis Ekonomi Asia
ADAKAH EKONOMI MALAYSIA SEMAKIN KUKUH SELEPAS 20 TAHUN KRISIS KEWANGAN ASIA? 20 tahun yang lalu, krisis kewangan Asia yang bermula di Thailand pada 2 Julai 1997, merebak ke kebanyakan negara-negara di Asia termasuk Malaysia. Akibat krisis ini, ribuan pekerja kehilangan pendapatan apabila syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan gulung tikar, sekaligus meranapkan kehidupan rakyat biasa. Seramai 10400 […]
Ketidaktentuan Ekonomi Global dan Kesannya kepada Malaysia
Krisis sistem kapitalisme menghasilkan jurang kekayaan yang ekstrem. Manifestasi krisis ini terlihat jelas dari lensa global dan negara Malaysia juga tidak terkecuali, menjadi sebahagian daripada jaringan masalah realiti kehidupan kita secara umum. Majalah Forbes pada bulan Mac tahun ini, mengeluarkan artikel mengenai kekayaan para jutawan Malaysia yang semakin meningkat. Robert Kuok misalnya, menduduki tangga tertinggi […]
Anwar, Mahathir dan Posisi Kiri
Kebelakangan ini wujud ketidakpastian atau kekeliruan di kalangan beberapa golongan Kiri sama ada patut menyertai dan memberikan sokongan atau berkerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam PRU14 kerana kini Pakatan berkerjasama dengan Mahathir, yang telah bersifat diktator ketika menjadi perdana menteri. Manakala segolongan Kiri yang lain termasuk beberapa individu yang dianggap Kiri dalam PKR, […]
Kongres Anak Muda Malaysia 2017
Kongres Anak Muda Malaysia 2017 yang dianjurkan oleh gabungan anak muda dan aktivis seperti Demi Malaysia telah berlangsung dengan berjaya pada 13 dan 14 Mei lepas. Bermula pada hari yang signifikan bagi Malaysia (ulang tahun peristiwa Mei 13 1969), kongres ini telah berjaya membawa anak muda dari pelbagai negeri dan latar belakang dalam bilangan yang […]
Peringatan Hari Pekerja dan 100 Tahun Revolusi Rusia
Sambutan hari pekerja 1 Mei di seluruh dunia pada tahun ini bersamaan dengan peringatan seratus tahun Revolusi Rusia. Revolusi yang mencapai puncaknya pada bulan Oktober tahun 1917 di sebuah negara paling miskin di Eropah pada waktu itu tercatat dalam sejarah sebagai sebuah revolusi yang berjaya menjatuhkan kuasa raja zalim berdasarkan kepada kekuatan golongan miskin yang […]
Hari Wanita Sedunia Kuala Lumpur 2017
Gerakan Pembebasan Wanita, sebuah kempen berciri anti kapitalisme dan perjuangan wanita, telah menganjurkan beberapa acara sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang ke 100 di Malaysia. Kami juga mengangkat rentang dan sepanduk di sekitar jalan raya di Kuala Lumpur pada 11 Mac dan mengundang sesiapa yang menyokong perjuangan wanita untuk menyertai kami. Seramai 40 orang anak […]
Selamat Hari Wanita Sedunia!
Perjuangan untuk menjamin hak dan kebajikan wanita adalah perjuangan melawan agenda kapitalisme! 8 Mac adalah hari penting yang menggambarkan perjuangan hak dan kebajikan wanita di seluruh dunia. Sehingga hari ini, wanita masih lagi ditindas berganda. Pertama, mereka berada dalam cengkaman kekuasaan kapitalis dan kedua, mereka ditindas di dalam masyarakat kerana status gender mereka. Dalam konteks […]
Amalan Poligami dalam Masyarakat Kelas Menindas Golongan Wanita!
Sebelum kita mengkaji poligami, kita haruslah memperhalusi asas kepada institusi keluarga. Marxist berhujah bahawa institusi keluarga wujud untuk menyokong sistem kelas. Institusi keluarga dalam apa bentuk sekalipun, berakar dalam patriaki dan mempunyai sejarah penindasan wanita. Intitusi ini membebankan wanita dari segi kerja domestik yang dilakukan secara percuma dan mewujudkan kebergantungan kepada lelaki yang menjadi punca […]