Sumbang kepada dana perjuangan kami.

Kami tidak menerima sebarang derma daripada kelas kapitalis dan pemodal.
Setiap ringgit datang daripada ahli parti dan penyokong seperti anda.

Hentikan penindasan terhadap rakyat Papua Barat !

Mengikut kejadian semasa di Jogja kelmarin Jumaat 15 Julai sehingga Sabtu 16 Julai 2016, kami dari Sosialis Alternatif Malaysia ingin berdiri bersolidariti bersama masyarakat Papua, terutamanya mahasiswa Papua Barat di Jogja. Dalam bulan-bulan kebelakangan ini, pihak berkuasa Indonesia telah mengepung dan mengurung mahasiswa yang ingin mengadakan perarakan untuk menyedarkan rakyat Indonesia mengenai penderitaan di Papua Barat. Pengepungan oleh pihak polis dan kumpulan paramiliter tempatan terhadap mahasiswa Papua ini merupakan tindakan yang kejam, tidak demokratik dan bertujuan untuk mencantas perjuangan pembebasan rakyat Papua Barat . Tindakan ini harus dikecam bertentangan dengan hak asas kemanusiaan dan harus dikecam dan ditentang oleh organisasi kelas pekerja dan anak muda kiri dari seluruh dunia.

PRPPB ( Persatuan Rakyat untuk Pembebasan Papua Barat ) yang terdiri daripada mahasiswa telah mengumumkan hasrat mereka untuk berarak sempena perjumpaan MSG (Melanesian Spearhead Group) bagi menuntut keahlian penuh yang boleh menjurus ke arah pembebasan Papua Barat. Ekoran pengumuman oleh mahasiswa tersebut, pengepungan terhadap mereka dilancarkan oleh beberapa pihak.

Kami mengecam penindasan oleh pihak penguasa Indonesia, sama ada dari institusi negara ataupun kumpulan paramiliter, ke atas asrama mahasiswa Papua di mana seramai lebih kurang 150 mahasiswa Papua dihalang daripada menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka dan akses kepada keperluan harian, makan dan minum dipotong. Kami turut membantah penguasaan tentera Indonesia ke atas masyarakat dan aktivis di Papua.

Kami mengecam dan membantah tindakan kerajaan Indonesia yang menindas perjuangan kebebasan Papua Barat. Rakyat Papua Barat sudah berdekad-dekad berada dalam penguasaan politik dan ekonomi kapitalis besar dari Indonesia. Beribu-ribu mahasiswa Papua Barat yang sedang terlibat dalam perjuangan pembebasan sedang dipukul dan ditahan oleh askar Indonesia pada masa ini.

Oleh itu, kami dari Sosialis Alternatif menyeru kepada semua organisasi kelas pekerja, pertubuhan NGO progresif, kumpulan-kumpulan anak muda dan organisasi berhaluan kiri untuk mengangkat isu masyarakat Papua Barat dan membantah tindakan kelas pemerintah kapitalis Indonesia. Kami juga menuntut supaya :

-Berikan hak penuh bagi mahasiswa yang ingin berarak di Jogjakarta bagi memperjuangkan hak kebebasan kenegaraan Papua Barat.

-Kebenaran penyertaan penuh Papua Barat, dalam Melanesian Spearhead Group untuk mewakili suara Papua secara demokratik.

-Sokong pembebasan Papua untuk mentadbir secara berdikari di bawah kuasa dan kawalan rakyat dan pekerja.

-Tarik balik kuasa tentera yang ditempatkan di Papua Barat bagi menindas rakyat dan mencantas sebarang gerakan progresif dari kelas pekerja atau aktivis sosial.

-Imbau masyarakat terutamanya Jogja untuk tidak terhasut dalam isu rasisme, perkauman mahupun agama serta bersolidariti dengan mana-mana masyarakat awam, mahasiswa, dan aktivis terutamanya dari Papua.

-Bagi sebuah alternatif sosialis untuk rakyat Papua supaya dapat membebaskan diri daripada belenggu kapitalisme yang menindas.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *