Sumbang kepada dana perjuangan kami.

Kami tidak menerima sebarang derma daripada kelas kapitalis dan pemodal.
Setiap ringgit datang daripada ahli parti dan penyokong seperti anda.

Sosialis Alternatif membantah tindakan kerajaan yang telah menindas sekumpulan anak muda yang melancarkan protes aman untuk mendedahkan situasi kecemasan yang sedang melanda penduduk di Tawau selepas di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Penghuni Tawau yang sebahagian besar bergantung dengan gaji harian telah kehilangan punca pendapatan mereka apabila pihak kerajaan mengumumkan PKPD di tempat tersebut yang berpanjangan sejak 2 April lalu. Mereka sedang tersepit dan tidak mempunyai sebarang cara lain untuk mencari jalan untuk menampung keperluan mereka dan keluarga mereka. Oleh itu, sekumpulan anak muda yang prihatin dengan kesengsaraan penghuni di kampung-kampung di Tawau telah berkumpul di jalan masuk utama dan melancarkan sebuah protes aman dengan memegang sepanduk. 

Berikutan, pihak polis yang berhadapan dengan anak muda tersebut telah berkelakuan kasar dan bertindak untuk menahan 7 orang yang terlibat dalam protes tersebut. Anak muda ini ditahan selama 2 hari sebelum dihadapkan ke mahkamah pada pagi Isnin. Walaupun pihak polis masih ingin melanjutkan reman terhadap anak-anak muda ini dan ingin terus menahan mereka, mahkamah telah memutuskan untuk membebaskan mereka.

Kumpulan anak muda yang membuat protes ini telah hanya cuba untuk membawa isu-isu yang dihadapi oleh penduduk di kawasan seperti Tawau ke perhatian kerajaan. Apabila nafkah harian mereka terputus akibat PKPD, apakah pilihan mereka selain untuk menuntut kepada pihak kerajaan untuk menguruskan keperluan harian mereka sehingga sekatan pergerakan di longgarkan kembali. Tetapi, pihak kerajaan hanya memberi perintah, menyekat jalan keluar masuk ke kawasan tersebut dan tidak mengendahkan keadaan rakyat miskin yang sedang menghadapi kesukaran untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka. 

Pihak kerajaan negeri dan pusat haruslah malu dengan diri mereka sendiri yang sedang menzalimi anak muda yang hanya cuba untuk membela nasib penduduk miskin. Bukan sekadar gagal untuk memenuhi keperluan rakyat, malah kerajaan juga sanggup menghukum mana-mana pihak yang mendedahkan kerakusan mereka. Alasan pandemik Covid dan darurat dipergunakan sebagai alat untuk menutup mata dan mulut rakyat yang prihatin dan tidak bersetuju dengan tindakan ini. 

Kami menuntut supaya semua kes terhadap tujuh orang anak muda yang di tahan di Tawau atas tuduhan melanggar penetapan PKPD digugurkan dengan serta merta. Kami juga menuntut supaya pihak kerajaan menyediakan bekalan makanan dan keperluan harian yang mencukupi bagi rakyat yang terpaksa berkurung di dalam kawasan tempat tinggal mereka akibat perintah kawalan pergerakan. 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *