Sumbang kepada dana perjuangan kami.

Kami tidak menerima sebarang derma daripada kelas kapitalis dan pemodal.
Setiap ringgit datang daripada ahli parti dan penyokong seperti anda.

Mei 1 yang menjadi simbol pengorbanan dan perjuangan kelas pekerja di seluruh dunia kali ini jatuh cuma 8 hari sebelum Pilihan Raya Umum berlangsung. Oleh itu, sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak menjadi tumpuan ramai yang sedang menantikan PRU ke 14 yang dianggap akan mencetuskan persaingan yang sengit diantara pemerintah BN dan pembangkang PH. Kebanyakkan NGO dan organisasi lain juga lebih tertumpu dengan persiapan menjelang PRU 14 dan tidak menganjurkan sebarang perarakan besarbesaran di pusat bandar Kuala Lumpur seperti tahuntahun sebelum ini.

Cuma pihak MTUC bersama dengan beberapa Kesatuan Sekerja telah menganjurkan acara Hari Pekerja di perkarangan Wisma MTUC dan telah melakukan perarakan di sekitar kawasan tersebut. Acara ini berjaya membawa para pekerja dari sektorsektor berbeza dari pelbagai negeri termasuk organisasi pekerja migran dan pekerja domestik untuk berhimpun dan menghayati perjuangan kelas pekerja. Walaupun beratus ratus pekerja telah turun dengan penuh semangat, acara ini tidak berjaya membawa anak muda, kelas pekerja dan rakyat biasa yang berada di luar lingkungan Kesatuan Sekerja untuk bersama meningkatkan kesedaran perjuangan. Walaubagaimanapun, Sosialis Alternatif telah turun ke perhimpunan ini dengan kain rentang dan akhbar kami dan telah mendekati para pekerja bagi tujuan untuk menaikkan kesedaran mereka.

Selepas acara itu, kami telah menyertai beberapa kumpulan anak muda yang bersamasama kami telah menganjurkan sebuah perarakan dan kempen pekerja di pusat bandar Kuala Lumpur sempena Hari Pekerja 2018. Kami telah berarak dari bangunan Sogo ke Dataran Bandaraya sambil mengibarkan kain rentang yang berbunyi “ Pekerja Kuasa Perubahan” dan dengan melaungkan sloganslogan perjuangan pekerja. Kami juga telah menyenaraikan beberapa tuntutan dari kelas pekerja yang merujuk kepada kondisi kehidupan rakyat yang sedang semakin merosot akibat pengagihan kekayaan yang berat sebelah dalam sistem kapitalisme ini.

Perarakan yang sepenuhnya diusahakan oleh tenaga anak muda dan kelas pekerja tertindas ini tidak menerima sebarang dana atau sokongan daripada manamana pertubuhan atau parti politik arus perdana. Kami menolak perspektif yang mengharapkan sebuah perubahan hanya melalui PRU yang didominasi oleh pihak elit kaya. Kami mengangkat perspektif bahawa kelas pekerja dan rakyat biasa merupakan kuasa perubahan yang benarbenar mampu membawa aspirasi rakyat tertindas ke hadapan. Bagi mencapai perubahan yang bermakna, kita harus menyusun gerakangerakan rakyat akar umbi dalam perjuangan massa melalui program yang jelas. Kelas pekerja dan rakyat biasa harus menuntut perubahan tersebut secara tersusun dan mencabar kuasakuasa kapitalis yang sedang mengongkong perubahan.

Walaupun tidak ramai, perarakan ini telah membawa persoalanpersoalan yang penting mengenai peranan anak muda dan kelas pekerja dalam menentukan hala tuju politik dan ekonomi sesuatu masyarakat. Ia juga membawa tuntutantuntutan yang akan bergema dikalangan kelas pekerja dan berhujah untuk pembinaan organisasi kelas pekerja yang bebas daripada pengaruh kapitalis dan berteraskan kepada perpaduan di kalangan rakyat tertindas. Sebuah kempen berbentuk teater yang dilakonkan oleh beberapa anak muda yang menghuraikan perhubungan di antara kelas majikan dan kelas pekerja juga telah berjaya merentasi garis bahasa dan telah membawa ramai pekerja migran untuk turut menonton lakonan tersebut. Disamping itu, kami juga mengedarkan risalah dan berbincang dengan rakyat umum bagi membawa kesedaran mereka menjangkaui politik elit yang dikawal oleh kelas majikan yang rakus.  

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *