HUBUNGI KAMI UNTUK PERTANYAAN
Sertai Perjuangan Kami Hari Ini !
Gerakan Pembebasan Wanita merupakan sebuah gerakan yang wujud untuk memperjuangkan hak wanita yang ditindas. Kami berhujah bahawa punca kepada semua penindasan samaada terhadap golongan wanita mahupun golongan minoriti, adalah disebabkan struktrur sosial masyarakat.
Keadaan tidak selalunya begini, masyarakat manusia pernah menjalani hidup mereka tanpa perbezaan status dan kelas. Setiap individu mempunyai peranan dalam masyarakat masing-masing. Baik lelaki mahupun perempuan. Namun dalam masyarakat yang serba maju dari segi teknologi dan penemuan-penemuan saintifik, masih lagi golongan wanita dianggap sebagai kelas kedua.
Misalnya, tidak wujud sebarang undang-undang bagi jenayah rogol dalam perkahwinan, dan keganasan domestik dalam keluarga, namun didiamkan. Begitu juga dalam perbezaan gaji. Golongan wanita dalam sektor pendidikan misalnya, meskipun, golongan wanita memenuhi lebih dari separuh dalam sektor ini, namun lelaki memperoleh gaji 30% lebih tinggi berbanding pekerja wanita.
Tetapi sejarah juga pernah membuktikan, kelas pekerja dan golongan wanita, bergabung tenaga untuk memperjuangkan hak wanita, misalnya pengiktirafan jenayah rogol, dan cuti bersalin untuk wanita. Peristiwa seperti ini merupakan peristiwa bersejarah, kerana bukan sahaja perjuangan wanita ini disertai oleh satu gender iaitu wanita sahaja, tetapi juga golongan kapitalis pemerintah tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kelebihan kepada kelas pekerja melainkan kelas pekerja harus berjuang untuk mendapatkannya.
Jadi bagi kami, Gerakan Pembebasan Wanita, berprinsip untuk tidak mengetepikan dan mengkhususkan mana-mana gender dalam gerakan ini. Kerana kami percaya, perubahan struktur sosial memerlukan keterlibatan setiap individu dalam memperjuangkan pembebasan wanita. Malah bukankah struktur sosial ini memberikan kesan kepada setiap individu yang hidup didalamnya.
Disini, selain mendedahkan kepincangan sistem, iaitu kapitalisme, gerakan ini menawarkan alternatif sosialisme kepada pembebasan golongan wanita. Sosialisme, sebagai sebuah sistem yang demokratik dan berasaskan keperluan, bukan keuntungan, adalah satu-satunya jalan untuk menamatkan penindasan terhadap golongan wanita. Termasuklah peperangan, dan krisis alam semulajadi.
Namun seperti yang kami sebutkan tadi, kami tidak berdaya sendirian, kami perlukan tenaga dan idea anda semua dalam mendedah dan mengubah struktur sosial sistem kapitalisme. Jadi sertai diskusi dan kempen kami, dan hubungi kami ketika anda memerlukan, kerana kami akan tetap berjuang tanpa putus asa selagi wujud penindasan.
TUNTUTAN KAMI
- Tidak kepada diskriminasi berdasarkan kaum, jantina, keupayaan, seksualiti, umur, dan semua bentuk prasangka lain.
- Untuk membina kempen besar-besaran terhadap gangguan seksual, keganasan dan semua bentuk diskriminasi seksual.
- Untuk penubuhan Kesatuan Sekerja yang berjuang dan dikawal secara demokratik oleh ahlinya.
Bagi pembinaan parti massa kelas pekerja dengan program sosialis, termasuk perjuangan untuk kesaksamaan gender. - Perjuangankan gaji yang saksama sebagai sebahagian daripada perjuangan untuk gaji kehidupan dan masa kerja yang lebih pendek tanpa kehilangan upah.
- Hentikan semua pemotongan dana perkhidmatan awam. Pekerjaan yang cukup, munasabah dan perumahan mampu milik untuk semua. Untuk perkembangan perkhidmatan awam secara besar-besaran.
- Faedah bersalin dan kebajikan kanak-kanak yang mencerminkan kos sebenar bagi membesarkan anak.
- Hak untuk cuti berbayar yang mencukupi bagi ibu yang baru melahirkan anak.
- Penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti tinggi dan percuma untuk setiap kanak-kanak.
- Mempertahankan hak reproduktif bagi wanita.
- Pemilikan awam bagi industri farmaseutikal.
- Bawa syarikat dan bank utama ke dalam pemilikan awam di bawah kawalan dan pengurusan demokratik pekerja.
- Merancang pengeluaran sosialis demokratik berdasarkan kepentingan majoriti rakyat, dilaksanakan dengan cara yang melindungi alam sekitar dan meletakkan asas untuk mewujudkan kesaksamaan untuk semua di dunia tanpa pembahagian kelas dan peperangan.
PENDIRIAN KAMI
display none
Pendidikan
- Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.
- Menuntut autonomi sepenuhnya kepada universiti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kreatif untuk pembangunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.
- Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiayaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.
- Menyokong hak pekerja awam di bidang pendidikan, guru dan pensyarah untuk mempertahankan hak mereka dan autonomi pendidikan.
- Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.
- Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat – sistem pendidikan sosialis.
Pekerjaan dan Kebajikan
- Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.
- Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.
- Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau penghambaan pekerja, dengan mewujudkan gaji minimum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.
- Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kontrak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.
- Peluang latihan yang adil untuk anakanak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.
- Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang mengancam penutupan, di bawah kawalan demokratik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.
- Majikan harus memperuntukkan elaun perumahan, pengangkutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.
- Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau campurtangan majikan.
- Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kerajaan dengan faedah yang rendah harus diperluaskan kepada warga pekerja di sektor swasta.
- Membina tempat-tempat rekreasi awam percuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.
Hak Demokrasi
- Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi.Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.
- Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa. • Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan semua bentuk diskriminasi.
- Pertahankan hak dan budaya semua minoriti termasuk orang asal.
- Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .
- Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.
- Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan di setiap daerah.
- Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.
- Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.
- Hentikan GST, TPPA, pemotongan subsidi dan mula merancang ekonomi berlandaskan keperluan rakyat, bukan keuntungan maksimum
Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme
- Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.
- Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.
- Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.
- Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hormati hak pembentukan negara Palestin.
- Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memusnahkan alam.
Solidariti dengan perjuangan untuk menentukan nasib sendiri warga Papua Barat di Indonesia.
- Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka – untuk hak bagi semua rakyat untuk menentukan nasib sendiri.
- Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengeluaran yang tidak akan memusnahkan planet ini.
- Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam dipergunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.