Acara & Aksi Terkini
Sosialis Alternatif kerap menganjurkan pelbagai acara bersama pekerja dan anak muda seperti perbincangan awam, forum dan pameran, serta menyertai tindakan industri dan memberikan perspektif sosialis revolusioner kepada kesatuan dan pergerakan pekerja. Ikuti kami melalui media sosial supaya anda tidak terlepas acara dan aksi terkini.
Perbincangan Awam
PENGENALAN
Persoalan politik kuasa ketiga di Malaysia tidak dapat dielakkan lagi. Penukaran kerajaan daripada UMNO kepada kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Anuar Ibrahim dilihat tidak ada perbezaan berbanding kerajaan sebelum. Retorik anti perkauman dan parti berbilang kaum yang digunakan oleh PH ketika pembangkang untuk memenangi pilihanraya kini setelah menjadi kerajaan, melihatkan isu rasisme dalam politik kelas pemerintah masih wujud dan terus mempengaruhi rakyat biasa.
Idea politik kuasa ketiga sememangnya semakin diketahui dan diterima terutama dikalangan anak muda dan pekerja disebabkan krisis ekonomi dan politik serta krisis alam sekitar yang semakin membimbangkan. Sementara pihak kerajaan tidak mempunyai solusi terhadap krisis walaupun silih berganti kepimpinan.
Apakah strategi yang harus diambil bagi anak muda dan sosialis untuk membina kuasa ketiga di Malaysia? Sertai perbincangan bersama kami pada hari Ahad ini untuk mengupas persoalan mencapai kesimpulan untuk mengantikan sistem kapitalisme yg menjadi asas kepada penindasan dan kehancuran kepada perubahan masyarakat yang lebih adil iaitu demokratik sosialisme.
Jumpa Ahad nanti!
Perbincangan Dahulu
20 Oktober 2024
Powered By EmbedPress