Kelas Pekerja Terkapai Dalam Lautan Krisis: MTUC lumpuh, MEF mengganas

MTUC seharusnya menjadi platform bagi perjuangan rakyat. Kelas pekerja harus bangkit membina alternatif yang demokratik dan berprinsipkan hak pekerja.

Pada 4 Februari 2025, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa MTUC kini dipimpin oleh Presiden Memangku, Datuk Dauzkaply Nor Ghazali dan Setiausaha Agung, Kamarul Bahrain. Mereka telah memecat bekas Presiden Effendy Abdul Ghani, serta melarang beliau daripada mewakili MTUC dalam sebarang kapasiti perwakilan atau bertanding jawatan. Namun, tindakan ini mencetuskan dakwaan balas oleh Effendy yang mendakwa pemecatan tersebut tidak sah, serta beliau masih Presiden sah MTUC. Pertikaian ini hanyalah satu episod terkini dalam sejarah panjang kecelaruan kepimpinan MTUC.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ): Bak kata pepatah ‘beri betis hendak peha’

Antara hal yang dibincangkan antara PM Anwar Ibrahim dan PM Lawrence Wong di Putrajaya pada 7hb Januari ialah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), di mana kerajaan Malaysia akan menubuhkan dana untuk menyokong pembangunan infrastruktur, manakala kerajaan Singapura akan merancang sokongan kewangan bagi memudahkan pengembangan syarikat Singapura di zon ekonomi ini.

JS-SEZ adalah cermin ketamakan sistem kapitalis yang mengorbankan manusia dan alam demi keuntungan. Namun, sejarah membuktikan kelas pekerja mampu mengubah nasib—jika bersatu dan berani. Di Johor, masa depan bukan milik Anwar Ibrahim atau Sultan, tetapi milik pekerja yang membina infrastruktur, menggerakkan ekonomi, dan berjuang untuk dunia tanpa eksploitasi.