Pilihanraya Kampus Universiti Awam dan Gerakan Mahasiswa

Mahasiswa, yang juga tergolong dalam golongan anak muda tidak akan kekal menjadi mahasiswa, dalam tempoh yang singkat, mereka juga akan masuk ke alam pekerjaan dan menyumbang tenaga lebur mereka untuk pulangan gaji lalu mengejar kebahagiaan dan maksud masing-masing dalam hidup. Oleh itu, fasa mahasiswa ialah pra-fasa seorang pekerja. Namun, mahasiswa kini dalam dillema apabila ilmu-ilmu […]

Zimbabwe: Mugabe Telah Jatuh Tetapi Rejimnya Kekal Berkuasa!

Selepas 37 tahun memegang kuasa sebagai pemerintah Zimbabwe dan dikenali sebagai diktator kuku besi, Robert Mugabe (93) telah digulingkan dalam sebuah rampasan kuasa tentera yang dirancang oleh ahli partinya sendiri. Percubaan Mugabe untuk meletakkan isterinya Grace Mugabe sebagai penggantinya tidak diterima baik daripada kepimpinan parti Zanu PF. Dalam proses itu, Mugabe juga telah melucutkan kawan […]

Anak Muda dan Pilihanraya Umum

Menjelang Pilihanraya Umum ke 14, rakyat Malaysia, terutamanya anak muda sedang semakin terasing daripada proses pemilihan yang tidak memberikan sebarang suara kepada mereka. Mengikut laporan rasmi dari SPRM, didapati sekitar 4 juta anak muda belum lagi mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya yang akan datang dan ramai lagi yang tidak menunjukkan sebarang minat dalam arena politik. […]

Bajet 2018: Kaya makin Kaya, Miskin makin Tertekan !

Sebanyak RM280 bilion telah diperuntukkan dalam bajet 2018 yang dilaungkan oleh kerajaan Barisan sebagai ‘Ibu Segala Bajet’. Persoalannya adakah kekayaan negara yang dicerminkan dalam peruntukan bajet yang paling tinggi dalam sejarah negara, mampu menyelesaikan serta meningkatkan keperluan asas dan taraf hidup pekerja dan rakyat biasa ? Pendapatan per kapita yang bermakna jumlah wang yang seorang rakyat […]

Solidariti Global: Hentikan penindasan di Hong Kong – Lepaskan tahanan politik!

Kemerosotan negara Hong Kong yang menjadi pusat penindasan dan pemerintahan kuku besi telah mengejutkan masyarakat dunia. Kebelakangan ini, dan terutamanya sejak Carrie Lam menjadi Ketua Eksekutif pada bulan Julai 2017, Hong Kong sedang mengalami sebuah tsunami penindasan. Sehingga sekarang, seramai 16 aktivis demokrasi anak muda termasuk pemimpin penting Gerakan ‘Umbrella’ 2014 telah dipenjara dan seramai […]

Catalonia–Sepanyol: Aksi massa diperlukan untuk menjatuhkan kerajaan PP!

Untuk Sebuah Republik Sosialis Catalan! Pada 1 Oktober lalu, hampir di setiap pelosok, negeri Catalonia menjadi huru-hara seakan-akan berada di bawah pemerintahan tentera. Beribu-ribu polis dan penguat-kuasa sivil – yang dihantar oleh kerajaan Partido Popular (Partai Rakyat / PP) dan Jabatan Kehakiman Negara – telah menggunakan kekerasan yang melampau untuk menghalang pemungutan suara dalam referendum […]

Indonesia: 50 Tahun Selepas Pembunuhan Massal

Sempena memperingati lebih satu juta mangsa yang terkorban dalam peristiwa pembunuhan massal yang berlaku di Indonesia pada 1965, kami menerbitkan kembali artikel yang ditulis pada tahun lepas. Jika kita menyusun senarai tragedi kemanusiaan yang paling kejam pernah berlaku dalam dunia moden ini, maka pembunuhan besar-besaran terhadap orang-orang yang dituduh komunis di Indonesia sudah pasti berada […]

Skim Insuran Pekerja (SIP): Manfaat atau Beban?

Pada 1 Ogos, SIP dibentangkan di parlimen untuk dilaksanakan pada tahun 2019 di bawah pengurusan PERKESO (SOCSO) dengan sumbangan bulanan 1 peratus daripada kedua-dua pihak pekerja dan majikan. SIP bertujuan untuk melindungi seramai 6.5 juta pekerja swasta sekiranya diberhentikan kerja akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil. Antara perlindungan yang diberikan adalah menyediakan bantuan kewangan selama […]

Perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik!’

Kenyataan Gerakan Pembebasan Wanita untuk perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’. Keadaan ekonomi dan sosial negara sedang menjadi semakin teruk dari hari ke hari. Kemelesetan ekonomi global yang bermula pada tahun 2008 sedang memberikan kesan yang besar dalam kehidupan harian kelas tertindas dan perkara ini sedang merosot kondisi sosial wanita bukan sahaja di Malaysia malah di […]

Hentikan Kenaikan Yuran, Utamakan Kebajikan Pelajar!

Solidariti untuk Mahasiswa/i Universiti Malaysia Kelantan(UMK) Mahasiswa/i Universiti Malaysia Kelantan ditampar dengan kenaikan yuran yang mengejut sebaik sahaja balik dari perayaan Hari Raya Korban dan Kemerdekaan oleh pihak pentadbiran Universiti. Kenaikan yuran tersebut datang dalam bentuk yuran latihan industri yang telah dinaikkan daripada yuran asal RM 760 kepada RM 1380. Kenaikkan sebanyak 98% dari yuran […]