Manifesto PRU BN dan PH
Menjelang PRU 14, semua parti politik sudah mengeluarkan manifesto masing-masing untuk dipertimbangkan oleh rakyat sebelum hari mengundi. Sememangnya pilihanraya ini telah dijangka oleh semua parti politik yang telah membuat persiapan yang rapi dan mengemaskini segala jentera politik mereka bagi memastikan kemenangan, lama sebelum Parlimen diumumkan untuk dibubar oleh PM Najib pada 7 April lalu. Begitu […]
Perubahan Politik Melalui Kuasa Pekerja
Warga pekerja adalah golongan terbesar daripada pengundi dalam setiap pilihanraya umum, dan biasanya akan menjadi kuasa penentu untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan atau memenangi sesuatu kerusi parlimen atau dewan undangan negeri. Semua pekerja sama ada yang berkerja di kilang-kilang di kawasan perindustrian, pekerja perkhidmatan di kawasan bandar seperti pemandu bas, pekerja […]
Perarakan Hari Wanita Sedunia 2018 di Kuala Lumpur
Gerakan Pembebasan Wanita ( kempen Sosialis Alternatif ) bersama dengan organisasi yang memperjuangkan hak wanita dan gerakan akar umbi yang lain telah menganjurkan beberapa aktiviti menjelang sambutan Hari Wanita Sedunia di Malaysia. Pada kemuncak aktiviti tersebut adalah perarakan Hari Wanita Sedunia anjuran Jawatankuasa Hari Wanita ( gabungan organisasi hak wanita ) yang telah berarak di […]
Hari Wanita Sedunia 2018: Kapitalisme Menindas Wanita – Berjuang Demi Sosialisme!
Menjelang abad ke-21, anak muda wanita terutamanya dari negara-negara maju telah diberitahu bahawa mereka tidak lagi memerlukan gerakan feminisme dan sistem ekonomi kapitalisme akan memenuhi aspirasi mereka untuk mencapai kesaksamaan. Tidak lagi perlu berjuang untuk hak-hak mereka kerana sistem kapitalisme menawarkan kesejahteraan bagi semua dan menjamin masa depan yang bahagia. Hari ini, jelas bahawa hujah-hujah […]
Kempen Undi Rosak: Mampukah membawa perubahan politik?
Peningkatan populariti gerakan undi rosak di kalangan anak muda terutamanya di laman-laman sosial, telah mewujudkan berbagai-bagai reaksi. Sebilangan anak muda melancarkan kempen ini sebagai bantahan terhadap Pakatan Harapan, terutamanya selepas pengumuman Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang. Ini juga adalah reaksi daripada anak muda terhadap tingkahlaku dan sifat politik pembangkang yang semakin menyerupai acuan politik […]
Pekerja dan Anak Muda Mencabar Rejim Iran
Sejak hujung tahun lepas, sebuah kebangkitan massa telah tercetus di beberapa bandar di Iran disebabkan oleh bantahan rakyat terhadap kegagalan industri kewangan, kenaikan inflasi yang mendadak, korupsi dikalangan golongan elit, polisi neo liberal dari kerajaan dan penindasan terhadap kelas pekerja dan rakyat biasa oleh kelas majikan kaya selama berdekad-dekad lamanya. Bandar-bandar besar seperti Tehran, Mashhad, […]
Gelembung Ekonomi Robot, Teknologi Baru dan Krisis yang Menanti
IMF dalam ramalan terakhirnya memuji ekonomi kapitalisme yang nampak seperti seakan-akan sedang pulih dan kembali stabil. Mengikut analisa IMF, walaupun masih wujud beberapa krisis politik yang belum selesai, keadaan ekonomi telah pulih sepenuhnya dan akan menuju ke arah kemakmuran. Walaubagaimanapun, gambaran yang diberikan itu hanya dari segi permukaan dan realitinya, krisis kapitalisme masih sedang meruncing […]
2018 – Najibnomik atau Mahathirisme?
Kebanyakan rakyat Malaysia melangkah ke tahun 2018 dengan harapan, keazaman dan keyakinan baru supaya kehidupan mereka lebih baik daripada tahun sebelumnya. Ramai juga merasakan tahun demi tahun berubah, tetapi nasib mereka masih di takuk lama, dan hilang harapan untuk perubahan. Dengan pendekatan politik dan ekonomi negara masih menjadi landasan kepada pembentukan taraf sosial rakyat, persoalan […]
Acara Memperingati API: Perspektif dan Hala Tuju Anak Muda dalam Perjuangan Rakyat
Perspektif, Halatuju dan Prinsip Perjuangan Sebagai Landasan Kepada Anak Muda dalam Mencetuskan Perubahan Bersama Gerakan Massa Pada 23hb Disember ini, Malaysia Muda akan menganjurkan ‘perarakan dan pementasan semula Kongres Angkatan Pemuda Insaf (API), dan Pameran Jalanan Wajah Merdeka’ sempena memperingati ulang tahun ke-71 API, iaitu sebuah pertubuhan politik kiri anak muda pra-merdeka. Sosialis Alternatif akan […]
Israel–Palestine: Deklarasi Trump Mencetuskan Kemarahan Massa
Langkah Presiden Amerika Trump untuk mengiktirafkan Jerusalem sebagai ibu kota unilateral bagi Israel sambil mengabaikan kepentingan rakyat Palestin yang mempunyai hak ke atas bandar tersebut, telah mencetuskan gelombang protes di seluruh dunia dan sudahpun menaikkan jumlah kematian di kalangan rakyat Palestin. Seramai empat orang Palestin sudah terbunuh, beratus lagi tercedera, Israel sudah mula melancarkan roket […]