Politik dari Penjara: Titah addendum untuk Najib
![Politik dari Penjara: Titah addendum untuk Najib 1 Situasi dengan Najib kini sekadar mencerminkan rebut kuasa antara elit bourjuis yang memangsa dan menghimpit politik rakyat — ia harus dihentikan melalui pembinaan politik kelas pekerja sebagai alternatif.](https://sosialisalternatif.org/wp-content/uploads/2025/01/2025-01-17_titah-addendum-najib_perhimpunan-umno-pas_sosialis-alternatif.webp)
Persoalan dan kedudukan Najib ketika ini akan dilihat sebagai cerminan kepada ketidakmampuan kepimpinan kerajaan Madani untuk memastikan golongan kleptokrat dan perasuah untuk kekal berada di dalam penjara… Selagi mana institusi-institusi kenegaraan itu berada di bawah pengurusan lapisan golongan elit yang mengangkat kepentingan kelas pemodal, selagi itulah kita tidak dapat mengharapkan akan sebuah proses yang telus dan adil mengikut kepentingan kelas pekerja.
Quo Vadis, Mahasiswa?
![Quo Vadis, Mahasiswa? 2 Sidang media Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) menentang rasuah di Sabah.](https://sosialisalternatif.org/wp-content/uploads/2024/12/2024-12-31_suara-mahasiswa_sidang-media-haram_sosialis-alternatif-e1735627640390-1024x576.webp)
Pada 5hb Julai 2024, lima kesatuan mahasiswa telah bergabung ke dalam sebuah organisasi yang bertujuan untuk merapatkan jurang di antara rakyat tertindas dan mahasiswa; serta bersolidariti sesama kepimpinan anak muda. Hal yang tercetus berikutan penentangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah terhadap pengurusan kerajaan negeri telah menjurus kepada inisiatif kesatuan mahasiswa di semenanjung untuk mula mengatur langkah dan membuat keputusan untuk turut berjuang bersama menentang hal yang sama. Maka tertubuhlah organisasi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) yang terdiri daripada Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Suara Siswa Universiti Malaya, Demokratik Siswa, Demokrat Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Kongres Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.