Wiji Thukul

Di Malaysia akhir-akhir ini kita sering melihat tekanan politik yang semakin kuat daripada pemerintah terhadap segala macam bentuk penentangan terhadap kekuasaan Barisan Nasional. Situasi ini sebenarnya bukan merupakan perkara yang luar biasa bagi sebuah negara yang dipimpin oleh sebuah kuasa yang telah terlalu lama di tampuk pemerintahan dan semakin takut akan kehilangan kuasanya. Apalagi kalau […]

Buruh Paksa Landasan Kereta Api Maut Siam-Burma 1942-1945

Orang Tamil di Malaya — golongan paling tertindas dan dieksploitasi — dipaksa Empayar Jepun menjadi buruh paksa membina landasan ini, korban kekejaman imperialis terhadap kelas pekerja dalam perang penaklukan.

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak kesan politik, ekonomi dan sosial. Salah satu kesan yang sentiasa menjadi ingatan pahit adalah tentang buruh kereta api maut Siam-Burma yang telah melibatkan ramai orang tanpa mengira bangsa. Setelah tentera Jepun berjaya menakluk Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, dibawah Jeneral Yamashita mereka juga telah berhasil menakluk Tanah Melayu pada tahun 1942. Rentetan itu, rancangan peluasan penaklukan ke India melalui Burma pula telah dilancarkan. Ia ada kaitannya dengan pembinaan landasan kereta api dari Siam ke Burma. Bahkan, ia juga kerana kepentingan ekonomi dalam aspek pengangkutan dan perdagangan.