Pilihanraya UK: Tamparan hebat kepada Parti Konservatif!

Bersatu dan berjuang untuk polisi-polisi Corbyn! Parlimen tergantung Sebuah pilihanraya yang bersejarah telah berlangsung di United Kingdom (UK) pada 8 Jun lalu yang menyaksikan satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri Theresa May yang gagal untuk mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan di Parlimen. Sejak pilihanraya ini diumumkan, para elit di UK mengimpikan satu mandat yang besar […]

Venezuela: Majlis Perlembagaan dan tugas-tugas revolusioner

Pada 1 Mei, Presiden Nicolas Maduro mengumumkan rancangan untuk memanggil sebuah Majlis Perlembagaan bagi “mencapai keamanan di Republik, mengalahkan cubaan untuk rampasan kuasa oleh fasis dan untuk mempertahankan kedaulatan rakyat. “ Deklarasi ini muncul dalam konteks krisis ekonomi dan sosial yang tenat, dengan kadar inflasi melebihi 700% (3,000% untuk harga makanan) dan juga kemerosotan kondisi […]

Kongres Anak Muda Malaysia 2017

Kongres Anak Muda Malaysia 2017 yang dianjurkan oleh gabungan anak muda dan aktivis seperti Demi Malaysia telah berlangsung dengan berjaya pada 13 dan 14 Mei lepas. Bermula pada hari yang signifikan bagi Malaysia (ulang tahun peristiwa Mei 13 1969), kongres ini telah berjaya membawa anak muda dari pelbagai negeri dan latar belakang dalam bilangan yang […]

Kekayaan Kelas Jutawan Malaysia Meningkat!

Kelas pekerja dan rakyat biasa Malaysia sedang menghadapi keadaan ekonomi dunia yang sedang meleset dan akibatnya terpaksa memikul beban yang berat dalam kehidupan harian mereka. Kos kehidupan yang meningkat termasuk harga makanan dan tempat kediaman, gaji yang tidak seiring dengan peningkatan inflasi dan ditambah dengan beban cukai GST dan penjimatan perbelanjaan sosial kerajaan yang merosot […]

Pekerja Atlas Membongkar Satu Lagi Penipuan Majikan!

Pekerja Atlas Kepong dan Batu Caves membongkar Satu Lagi Penipuan Majikan Ke Atas Komisen….Mahkamah Denda Majikan Atlas! Pada 9 Mei 2017, pihak Jabatan Tenaga Kerja dibawah Kementerian Sumber Manusia telah mengheret majikan Atlas Edible Ice Sdn. Bhd. ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi beberapa kesalahan melanggar undang-undang buruh. Majikan Atlas yang terlibat daripada cawangan Kepong […]

Kesatuan RUM Bantah Perjanjian RNAA!

Kesatuan Pekerja Kereta api Tanah Melayu (KTMB) yang dikenali sebagai Railwaymen Union of Malaysia (RUM) membantah sekeras-kerasnya perancangan kerajaan untuk membuat perjanjian baru diantara Perbadanan Aset Kereta api (RAC) di bawah Kementerian Pengangkutan dan KTMB. Perjanjian Akses Rangkaian Kereta api (RNAA) ini bertujuan untuk memberikan kawalan urus tadbir KTMB kepada Kementerian Pengangkutan untuk diswastakan kepada […]

Hari Mei 1 dan Kesatuan Sekerja

Satu perarakan Hari Mei diadakan di Kuala Lumpur, di mana Sosialis Alternatif dengan membawa slogan “Mantapkan Perjuangan…Kukuhkan Kesatuan, Lawan Kapitalisme…Bina Alternatif” juga telah melibatkan diri dalam perarakan tersebut yang diorganisasi di bawah Jawatankuasa Satu Mei dengan tuntutan ‘Laksanakan Tabung Pemberhentian Pekerja’. Di kebanyakan negara, perarakan-perarakan sebegini dengan penglibatan pekerja yang lebih ramai akan dipelopori dan […]

Peringatan Hari Pekerja dan 100 Tahun Revolusi Rusia

Sambutan hari pekerja 1 Mei di seluruh dunia pada tahun ini bersamaan dengan peringatan seratus tahun Revolusi Rusia. Revolusi yang mencapai puncaknya pada bulan Oktober tahun 1917 di sebuah negara paling miskin di Eropah pada waktu itu tercatat dalam sejarah sebagai sebuah revolusi yang berjaya menjatuhkan kuasa raja zalim berdasarkan kepada kekuatan golongan miskin yang […]

China Menyerang Hak Demokrasi Hong Kong!

Leung Kwok-hung atau lebih dikenali sebagai ‘long hair’ merupakan seorang aktivis veteran yang memperjuangkan hak-hak demokrasi di Hong Kong. Dia juga menduduki dewan perundangan yang dikenali sebagai Legco dan kini sedang menghadapi ancaman perlucutan jawatan daripada pihak berkuasa Hong Kong yang dikawal oleh negara China. Bersama Leung, 3 lagi ahli Legco yang memenangi pilihanraya September […]

Bebaskan Siti Aishah!

 Satu lagi mangsa POCA dan SOSMA… Mansuhkan semua akta zalim ! Sosialis Alternatif membantah sekeras-kerasnya penganiayaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar sarjana Usuluddin UM, bagi kesalahan memiliki buku-buku yang berbahaya. Pihak polis telah menggunakan akta-akta yang tidak demokratik seperti POCA dan SOSMA untuk menindas seorang anak muda dari […]