Akhbar
Solidariti Pekerja
Akhbar Solidariti Pekerja adalah pelantar pembinaan perjuangan rakyat. Suara pekerja perlu diangkat sebagai langkah ke arah pembinaan kuasa politik yang mandiri. Langganan yang akan anda lakukan ini – bukan hanya meletakkan anda sebagai pembaca, tetapi sebagai rakan seperjuangan yang memahami kepentingan matlamat organisasi kami. Bersama-sama kita berjuang mengangkat kepentingan pekerja, satu langganan pada satu masa.
TERKINI
Isu #32
Feb–Apr 2025
RM3 (harga kos) / 5 (solidariti)
oleh Kelvin Lai
Tidak dapat dibayangkan wajah keliru milik YB Menteri Dzulkefly Ahmad apabila beberapa kesatuan jururawat dan organisasi yang bersolidariti dengan lantang menentang arahan terbaru di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang melihat minggu kerja jururawat perkhidmatan awam dipanjangkan daripada 42 kepada 45 jam. Walaupun arahan ini telah secara senyap-senyap dikuatkuasakan di seluruh negara pada 1hb Disember — telah 2 minggu selepas pengumumannya — ia kekal sebagai subjek ketidakpuasan hati yang meluas, malah merentasi garis bipartisan. Kita harus bertanya, adakah kenaikan gaji penjawat awam pada Ogos lalu masih tidak mencukupi? Berbaloikah peningkatan gaji beberapa ratus ringgit kemudian dilenyapkan begitu sahaja dengan tambahan 3 jam waktu kerja mingguan tanpa bayaran? …
oleh Yuva Balan
Landskap politik Malaysia telah lama dikuasai oleh parti-parti borjuis yang berkhidmat untuk kepentingan kelas kapitalis. Sama ada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), atau Perikatan Nasional (PN), parti-parti ini tidak pernah menawarkan penyelesaian sebenar kepada masalah yang dihadapi oleh kelas pekerja. Mereka hanya mengekalkan sistem kapitalis yang menindas, sambil sesekali melontarkan janji-janji reformasi kosong untuk menenangkan rakyat. Namun, pengalaman telah membuktikan bahawa reformisme dalam kerangka kapitalis tidak akan membawa perubahan yang kekal dan bermakna…
oleh Hayatul Salleh
Sejak beberapa bulan yang lepas, rakyat di Malaysia telah mendapat berita akan sebuah titah addendum — yakni sebagai kenyataan tambahan ataupun penjelasan rasmi yang dikeluarkan oleh seorang raja ataupun pemerintah berkenaan sesuatu perkara tertentu. Titah baru-baru ini, secara khususnya berhubung kait dengan kes bekas PM Malaysia, Najib Razak; yang dirujuk sebagai satu dokumen yang kononnya memberi izin kepada Najib untuk menghabiskan baki hukuman penjaranya di rumah. Pada 23hb Ogos 2022, Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan juga denda sebanyak RM210 juta kerana didapati bersalah di dalam salah satu kes tuduhan. Melalui titah addendum, hukuman ini kemudiannya dikurangkan kepada 6 tahun dan denda RM50 juta. Tetapi ini hanya satu kes — yakni pecah amanah, salah guna RM42 juta dana SRC International. Ketika ini masih ada kes-kes yang lain yang dituduh. Antaranya terdapat 2 tuduhan yang sedang dalam proses menunggu perbicaraan iaitu wang 1MDB berjumlah RM2.3 bilion dan dana SRC berjumlah RM27 juta…
oleh Shaqirah Shauqi
Bukan pertama kali dalam negara jawatan menteri dalam kerajaan diisi dengan individu elit yang mempunyai tuduhan jenayah wang dan rasuah. 1hb Januari yang lepas Musa Aman, bekas Ketua Menteri Sabah telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri tersebut. Musa Aman telah memegang jawatan sebagai menteri besar Sabah sejak 2003 dan hanya turun jawatan pada 2018 selepas PRU ke-14 dimenangi oleh pembangkang, Pakatan Harapan. Dan sebelum turun jawatan Musa Aman turut ditampar dengan tuduhan lebih 40 jenayah wang dan salah guna kuasa melibatkan lebih 60 dolar AS…
oleh Z JW
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah menandatangani memorandum dengan kerajaan Singapura mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), satu usaha sama dalam membangunkan ekonomi serantau. Kerajaan Malaysia melalui pimpinan neoliberal Anwar Ibrahim dalam usaha untuk meningkatkan pelaburan asing (FDI) telah meluluskan langkah ini bersama dengan pimpinan peringkat negeri iaitu kerajaan Negeri Johor dengan keluarga diraja Johor. Persoalan yang jelas adalah, adakah faedah atau hasil dari usaha sama ini akan memberi manfaat yang baik kepada rakyat negeri Johor? …
oleh Shaqirah Shauqi
Laporan Tahunan 2017 Bank Negara Malaysia menyatakan kadar gaji kehidupan wajar bagi individu bujang dewasa yang menetap di bandar adalah RM2,700, manakala pasangan tanpa anak adalah RM4,500 dan pasangan dengan dua anak adalah RM6,500. Ini berita lama, kelas pekerja harus menyusun bantahan terhadap kebiasaan kerajaan daripada terus mengabaikan hak gaji minimum yang adil untuk menjalani kehidupan yang bermaruah…
oleh Shaqirah Shauqi
Laporan State of Scam Report pada Oktober 2024 yang diterbitkan oleh Global Anti-Scam Alliance (GASA), menunjukkan peningkatan penipuan dalam talian yang membimbangkan di Malaysia. Pada tahun lalu sahaja, kehilangan berjumlah US$12.8 bilion akibat penipuan dalam talian. Ini adalah bersamaan 3% daripada KDNK negara. Situasi ini diterukkan lagi dengan eksploitasi teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) untuk memperdaya mangsa…
oleh Hayatul Salleh
Pada September 2024, sebuah berita telah melaporkan lebih 200 pekerja dari Bangladesh di Syarikat Perkilangan Kawaguchi di Klang telah dieksploitasi dan ditindas oleh pihak majikan. Penindasan ini telah dibalas oleh pekerja dengan melakukan aksi protes dan mogok. Pekerja menuntut pembayaran gaji yang tidak dibayar semenjak bulan Mei…
oleh Liam
Pelatih industri di Malaysia merangkumi hampir 5% tenaga buruh di dalam negara. Namun mereka tidak dilindungi di bawah Akta Pekerja 1955 dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Ini menjadikan mereka tidak secara sah berhak menerima gaji minimum dan perlindungan mengikut akta sebagai pekerja. Situasi ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada budi bicara majikan, dan ramai di kalangan majikan yang mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi semaksima mungkin untuk keuntungan mereka…
oleh Shaqirah Shauqi
Oktober lepas lebih 600 pekerja TikTok di Malaysia telah dibuang kerja. Ini berikutan langkah syarikat untuk menggantikan kaedah penapisan maklumat dalam platform media tersebut kepada teknologi kecerdasan buatan. Pembuangan kerja dijangka akan meningkat lagi pada masa akan datang. Melalui laporan Kementerian Sumber Manusia, kira-kira 600,000 pekerja dalam tempoh 5 tahun akan datang akan kehilangan pekerjaan disebabkan perkembangan kecerdasan buatan, digitalisasi, dan ekonomi hijau. Maksudnya lebih 110,000 setiap tahun akan berhadapan dengan risiko hilang tempat pergantungan pendapatan. Nah, apakah jaminan kerajaan agar setiap pekerja yang terkesan akan terbela nasib mereka? …
oleh Shaqirah Shauqi
Kesinambungan daripada protes Gempur Rasuah yang dianjurkan mahasiswa dan anak muda di Sabah dalam menutup tirai 2024, kini mahasiswa dan anak muda di semenanjung pula sedang mengorak langkah. Ketika penulisan ditulis, mereka sedang mengatur protes berupa perarakan di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Protes yang dinamakan Rakyat Benci Rasuah merupakan satu refleksi dalam krisis ekonomi kapitalis yang diterukkan lagi dengan krisis politik yang tidak berkesudahan…
oleh Kelvin Lai
Kekecohan tercetus sejam sebelum tengah malam pada 3hb Disember lalu, apabila bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengisytiharkan darurat atas alasan “ancaman daripada kuasa pro-Korea Utara dan pemberontakkan anti-negara”. Tindakan umpama kudeta ini ternyata satu kesilapan besar oleh ketua parti konservatif People Power Party (PPP) yang kini telah dihina dan disingkirkan oleh partinya sendiri. Cetusan kemarahan yang besar di kalangan rakyat terutamanya pekerja dan anak muda yang akhirnya berjaya menjatuhkan Yoon dari tampuk kuasa menjadi tumpuan utama di Korea Selatan…
oleh Kelvin Lai
Jerman yang merupakan industri yang gemilang prestasinya di Eropah Barat kini berdepan dengan krisis yang belum pernah dilihat sebelum ini. Secara zahirnya, kenaikan kos tenaga yang sebahagiannya akibat perang Rusia di Ukraine dan kebangkitan pesat industri kenderaan elektrik (EV) di China serta pendekatan “lembut” terhadap perebutan kuasa di pasaran dunia yang semakin terpolarisasi, telah pun menyumbang kepada kemerosotan industri Jerman. Namun, faktor-faktor ini sahaja tidak cukup untuk membawa kita kepada akar permasalahan sebenar…
oleh Liam
Banjir pada tahun ini dijangkakan akan melanda lebih buruk berbanding pada tahun 2014 dengan mencatatkan lebih 300,000 penduduk yang perlu dipindahkan pada tahun itu. Pada tahun ini hampir 200,000 telah menjadi mangsa. Banjir di Sabah telah mencatatkan hampir 3,000 mangsa, manakala di Sarawak, banjir yang dikatakan terburuk dalam sejarah telah mencatatkan jumlah yang sedang meningkat ke hampir 7,000. Pola perubahan iklim dunia yang melihatkan hujan yang semakin bertambah, seperti pada tahun 2022 banjir terburuk di Lembah Klang yang menyebabkan kematian 19 orang, kerajaan seharusnya lebih bersedia pada tahun ini. (Banjir masih sedang berlaku di Sabah dan Sarawak pada waktu penulisan ini ditulis.) …
oleh Shaqirah Shauqi
Menurut laporan UNICEF pada akhir tahun 2023, dalam kalangan ketua keluarga wanita, tahap kemiskinan adalah pada kadar 60%, bermakna 6 daripada 10 ibu tunggal hidup di bawah garis kemiskinan. Kemudian pada akhir tahun lepas, menurut laporan media-media utama, yuran bulanan pusat penjagaan kanak-kanak akan meningkat sehingga 30%. Purata yuran bulanan sudahpun mencecah RM800. Jika dibandingkan dengan gaji minimum RM1,700, sebanyak 48% perlu dibelanjakan bagi ibu-ibu tunggal yang memerlukan perkhidmatan penjagaan untuk satu anak. Ini tidak termasuk kos-kos lain untuk menampung kehidupan ibu dan anak-anak seperti kos perumahan, pengangkutan dan kesihatan.
BACA ISU LEPAS SEPENUHNYA
Isu #31
Okt–Dis 2024
oleh Z
Pada 10 Jun 2024, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim melalui Pakatan Harapan (PH) telah melancarkan satu program penyasaran subsidi diesel dimansuhkan dan harga berkuatkuasa mengikut harga pasaran bermula harga RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia, sementara di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal RM2.15 seliter. Kesan dari polisi kerajaan ini jelas akan meningkatkan kos bahan kehidupan rakyat terutamanya perbelanjaan isi rumahtangga. Dari barangan niaga harian hinggalah ke kos pengangkutan barangan tersebut akan dilemparkan beban tanggungnya kepada rakyat oleh peniaga-peniaga dengan menaikkan harga…
oleh Yuva Balan
Kerajaan Anwar di bawah naungan Anwar Ibrahim yang digelar sebagai pejuang reformasi masih belum berjaya membawa sebarang reformasi yang nyata dalam lebih setahun setengah pemerintahan. Sepertimana yang dilihat di dalam pilihanraya kecil Sg Bakap, koalisi pemerintah PH-BN belum lagi berjaya mengukuhkan sokongan mereka di kalangan rakyat. Para pengundi daripada etnik India dan Cina terutamanya telah memilih untuk menghukum PH dengan tidak keluar mengundi dan memberikan PN kemenangan dengan majoriti yang besar…
oleh Hayatul Salleh
Pada 6 Julai yang lepas, sebuah pilihanraya kecil telah diadakan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Pilihanraya kecil ini diadakan susulan kematian Yang Dipertua PAS Nor Zamri Latif pada 24 Mei yang lepas. Bekas ADUN PAS ini telah menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Ros pada pilihanraya negeri 2023 dengan jumlah majoriti sebanyak 1,563 undi. Untuk PRK yang baru ini, kita telah menyaksikan kemenangan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail yang telah berjaya mengekalkan kerusi yang disandang oleh arwah Nor Zamri Latif…
oleh Hayatul Salleh
Tarikh 15 Julai 2023 menjadi titik permulaan bagi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan juga Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk bekerjasama di dalam pilihanraya. Berikutan daripada hal ini juga, usaha dan juga inisiatif untuk membina ‘kuasa ketiga’ sebagai sebuah politik alternatif terhadap pilihan-pilihan koalisi sedia ada mulai dibincangkan dan dilaksanakan. Kita dapat lihat bagaimana kedua-dua parti ini membuat keputusan bersama dalam hal politik—sepertimana penentangan bersama oleh kedua-dua parti terhadap Akta Hasutan dan juga keputusan bersama di dalam persoalan pengagihan kawasan di dalam pilihanraya. Tindakan kerjasama ini juga telah menjurus kepada tindakan pengukuhan ideologi, terutamanya untuk MUDA yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengangkat ideologi Demokrasi Sosial sebagai asas perjuangan parti tersebut…
oleh Ameena
BRICS, akronim untuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, pada asalnya dilancarkan sebagai BRIC pada 2009 dan berkembang menjadi BRICS pada tahun 2010 apabila Afrika Selatan menyertainya. Berbeza dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), BRICS beroperasi tanpa piagam rasmi ataupun sekretariat dan berfungsi lebih sebagai sebuah gabungan tidak formal bagi mencabar perintah dunia yang dikuasai oleh Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya. Pada Januari 2024, BRICS mengembangkan keahliannya untuk merangkumi lebih banyak negara seperti Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dengan kemungkinan penyertaan dari negara-negara yang lain pada masa hadapan. Secara kolektif, negara-negara ini mewakili kira-kira 45 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia…
oleh Hayatul Salleh
Pada 15 Mac yang lepas syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Khazanah telah membentuk sebuah konsortium yang bernama Gateway Development Alliance (GDA). Penubuhan konsortium ini bertujuan untuk menswastakan syarikat pengurusan lapangan terbang Malaysian Airports Holding Berhad. Terdapat dua syarikat luar yang turut terlibat di dalam konsortium ini, iaitu syarikat Global Infrastructure Partners dan syarikat pelaburan dari Abu Dhabi (ADIA). Astro Awani melaporkan penswastaan MAHB adalah untuk menambah baik infrastruktur lapangan terbang negara, memastikan pertumbuhan mampan dalam jangka panjang dan juga perkhidmatan yang lebih baik untuk para penumpang dan syarikat penerbangan. MAHB merupakan syarikat yang telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1991 setelah Parlimen Malaysia meluluskan sebuah akta yang memisahkan Jabatan Penerbangan Awam kepada dua entiti yang berbeza, di mana MAHB bertanggungjawab untuk melakukan servis penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang di keseluruhan negara. MAHB merupakan salah satu aset negara paling baru yang ingin diswastakan oleh pihak kerajaan dan merangkumi seramai 10,000 pekerja…
oleh Shaqirah Shauqi
Setelah penantian lebih 10 tahun, gaji penjawat awam telah diumumkan peningkatan kira-kira 7% ke 15%. Tetapi persolan yang membelenggu rakyat biasa dan kelas pekerja adalah mengapa penjawat awam sahaja? Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja swasta dan pekerja tidak formal yang turut menjadi nadi dan tulang belakang ekonomi negara? Adakah sumbangan mereka tidak sebaik penjawat awam? Bagi kami Solidariti Pekerja, ini merupakan “kemampuan” yang wujud dalam sistem kapitalisme kerana persoalan peningkatan gaji ini ditentukan oleh kerajaan yang dikongkong segelintir elit kapitalis, dan mereka sebenarnya taat kepada kuasa pasaran bebas…
oleh Ramlah Long
Hakikat menjaga kanak-kanak bukan hanya memerlukan susu dan lampin, tetapi tempat tinggal dan kawasan perumahan yang selamat, makanan yang berzat, pendidikan yang berkualiti, dan individu dewasa seperti ibu bapa dan guru sebagai pendidik, pendorong, dan tempat bergantung emosi. Bukan semua kanak-kanak dapat menikmati keperluan asas ini. Realiti kehidupan dalam masyarakat yang bergantung dengan pasaran bebas untuk mendapatkan keperluan menyebabkan kebanyakan kanak-kanak dari latar belakang ekonomi sosial yang lebih rendah tidak mempunyai akses atau kemampuan ekonomi untuk mendapatkan keperluan seperti pendidikan berkualiti…
oleh Liam dan Fajar
Bajau Laut, juga dikenail sebagai sea gypsies, adalah kumpulan etnik pribumi di Sabah, Malaysia, yang mengalami peminggiran dan tidak mempunyai kewarganegaraan. Jumlahnya mencecah ratusan ribu (jumlah penduduk sebenar tidak diketahui kerana kekurangan data banci), jiwa-jiwa yang kuat ini dinafikan kewarganegaraan Malaysia, menjerumuskan mereka ke dalam bayang-bayang kemiskinan tegar dan rampasan hak asasi manusia yang tidak dapat dielakkan. Di sini kita meneroka isu birokrasi yang dihadapi oleh Bajau Laut, meneliti konteks politik dan sejarah mereka, pengecualian sosial dan ekonomi, dan keperluan mendesak untuk advokasi dan perpaduan…
oleh Shaqirah Shauqi
Persidangan parlimen Mac yang lepas, ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah memberitahu Dewan Rakyat bahawa masalah air di Sabah berada pada tahap “kritikal” dan menggesa kerajaan persekutuan supaya memastikan projek untuk penyelesaian air itu diselesaikan segera. Ini tentu satu kelancangan bagi rakyat Sabah yang semestinya tahu bagaimana sumber alam dan kekayaan semula jadi seperti minyak dan gas telah diambil selama ini tanpa sebarang pembangunan yang benar-benar bermakna. Yang tinggal hanyalah janji-janji kosong dan sehingga kini masih kekal manjadi antara negeri yang termiskin dalam negara walaupun Sabah merupakan negeri keenam terbesar dari segi sumbangan KDNK…
oleh Shaqirah Shauqi
Naratif dalam konflik Israel-Palestin yang mengatakan ia berpunca dari kebencian antara Yahudi dan Islam sudah tidak relevan pada lagi tahap ini. Protes massa di seluruh dunia sejak konflik pada 7 Oktober lepas telah mencatatkan protes besar-besaran yang cukup bersejarah, termasuklah di Malaysia. Luapan kebencian terhadap perang yang tidak berkesudahan ini telah mendedahkan bahawa konflik jauh sekali untuk kepentingan mana-mana agama, tetapi merupakan sebuah konflik yang didanai oleh negara kapitalis terbesar iaitu AS untuk merebut kuasa politik di Timur Tengah dan sumber kekayaan alam gas asli di Gaza…