Pertahankan Peserta Protes Jobstown!
Pada 24 April 2016, sebagai protes terhadap penswastaan air di Republik Ireland, sebuah komuniti kelas pekerja telah menghalang kereta bekas Timbalan Perdana Menteri Joan Burton dalam sebuah aksi duduk dan bantah di bandar Jobstown. Sekarang, para peserta protes tersebut sedang didakwa sebagai melakukan penculikan. Joan Burton yang juga adalah pemimpin Parti Labour merupakan antara orang […]
Protes Spontan di Lapangan Terbang telah Berjaya Menyekat Agenda Rasisme Trump!
Sebuah cetusan protes massa di lapangan terbang di seluruh Amerika Syarikat telah mengakibatkan salah satu daripada polisi Trump untuk mengharamkan kemasukkan golongan Muslim ke dalam AS telah berjaya dikalahkan untuk sementara waktu. Trump mengarahkan penyekatan terhadap semua pelarian perang daripada memasuki AS untuk 120 hari dan menolak visa bagi 6 negara majoriti Muslim. Penyekatan tersebut […]
Trump Mengancam Komuniti Imigran
Pertahankan Komuniti Imigran! Donald Trump sedang bergerak pantas untuk menunaikan beberapa janji kempen pilihanraya yang menindas golongan minoriti, terutamanya golongan migran dan Muslim. Pada hari kelima selaku Presiden AS, Donald Trump sudahpun memberikan ‘lampu hijau’ untuk memulakan kerja-kerja pembinaan sebuah tembok di sempadan negara Mexico. Bersama itu, dana untuk penguatkuasa imigresen ditambah dengan 5000 peronda […]
Hentikan Serangan Terhadap Perhimpunan Aman!
Kebangkitan bersejarah oleh kumpulan mahasiswa dan belia di Tamil Nadu yang menentang pengharaman ‘Jallikattu’ (tradisi petani Tamil yang menandakan musim menuai) oleh kerajaan pusat India sedang ditindas dengan teruk oleh pihak penguasa. Kebangkitan rakyat Tamil Nadu ini mencerminkan aspirasi rakyat biasa yang enggan ditekan oleh kuasa-kuasa besar dan tidak tunduk pada penindasan dari kerajaan pusat […]
SOSIALIS ALTERNATIF MALAYSIA MENDUKUNG HAK MENENTUKAN NASIB SENDIRI UNTUK WEST PAPUA!
Penipuan Sejarah Pada 27 Disember 1949, ketika pengisytiharan kedaulatan Negara Republik Indonesia oleh Belanda, West Papua masih merupakan jajahan yang tidak berpemerintahan sendiri. Hanya pada 1 Disember 1961, rakyat West Papua baru mendeklarasikan kemerdekaan mereka dan telah membentuk Dewan Nieuwgunearaad. Walau bagaimanapun, deklarasi tersebut tidak diakui oleh Soekarno yang menganggap ia sebagai negara boneka buatan […]
Protes Bantah Trump! : 40 ribu telah menyahut seruan kami!
Kenyataan dari Socialist Alternative USA (CWI Amerika Syarikat) Sesuatu yang tidak masuk akal telah berlaku – Donald Trump telah menjadi Presiden Amerika Syarikat ke 45.Selanjutnya, Parti Republikan telah telah mendapat kekuasaan di kedua-dua dewan Kongres. Bersama, mereka sedang menanti untuk melancarkan serangan demi serangan ke atas kehidupan rakyat biasa dan memecah belahkan perpaduan di kalangan […]
Bina gerakan massa menentang Trump dan bangunkan parti untuk rakyat biasa!
Rakyat Amerika Syarikat dan seluruh dunia terkejut dengan berita kemenangan jutawan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 45 baru-baru ini. Tahun ini menandakan kebangkitan politik rakyat Amerika dalam menentang parti-parti politik yang dianggap sebagai sebahagian daripada pertubuhan elit yang mengawal hidup mereka dan membawa polisi-polisi neo-liberalisme yang hanya menguntungkan segelintir elit. Ini dicerminkan dengan […]
Spain: Mogok umum pelajar yang bersejarah
Dibawah kami menerbitkan terjemahan kenyataan pertama dari Kesatuan Pelajar Sepanyol ( Sindicato de Estudiantes ) berkenaan mogok pelajar yang bersejarah pada 26 Oktober. CWI dan Sosialis Alternatif menyokong penuh aksi mogok ini dan telah menganjurkan aksi solidariti di lebih 20 negara. Sebuah mogok umum yang dipanggil oleh Kesatuan Pelajar (Sindicato de Estudiantes) di Sepanyol pada […]
Bagaimana hendak mengorganisasi pemandu-pemandu Uber
Temubual bersama Don Creery oleh ahli Socialist Alternative USA ( CWI USA ). Don Creery merupakan seorang pemandu sepenuh-masa Uber dan salah seorang pemimpin di Persatuan Pemandu Aplikasi ( ABDA ) di Seattle, Amerika Syarikat. Soalan: Bagaimana anda bermula memandu untuk Uber? Creery: Saya bermula apabila saya membaca artikel di Seattle Weekly pada musim panas 2013 […]
India: Mogok Umum Menuntut Gaji Minimum
Kenyataan oleh New Socialist Alternative ( CWI India ) Pada 2hb. September yang lalu, berjuta-juta pekerja telah mengambil bahagian dalam mogok umum di India, yang dipanggil oleh semua kesatuan sekerja utama. Di antara tuntutan mereka adalah, menuntut gaji minimum tidak kurang daripada Rs 18 000 (RM 1100) setiap bulan, pencen dipertingkatkan dan menamatkan semua serangan […]