Whatsapp atau Text ke +6-011-1285 9623 Isnin- Jumaat 10:00 - 22:00

Kenali Kami

Ketahui agenda, program dan gerak kerja kami dengan lebih lanjut

KESEDARAN

Kami ingin menyediakan platform bagi membincangkan isu isu yang berkaitan dengan hak wanita, penindasan berdasarkan gender dan sistem patriarki yang menindas semua kelas pekerja.

PERJUANGAN

Kami ingin membina gerakan akar umbi bagi memperjuangkan hak rakyat biasa dan kelas pekerja wanita yang sedang ditindas oleh sistem kapitalisme dan susunan masyarakat patriarki.

SOLIDARITI

Kami ingin menyatukan semua pejuangan yang wujud di kalangan rakyat tertindas di bawah garis kelas bagi membina gerakan yang mampu menuntut perubahan yang nyata dan demokrasi yang telus.

PENDIRIAN KAMI PENDIRIAN KAMI

Menuntut kesaksamaan gaji bagi semua pekerja yang melakukan kerja yang sama tanpa mengira jantina, kaum, agama dan kenegaraan.

Golongan wanita sering terlepas daripada mendapat peluang pekerjaan akibat diskriminasi gender. Ada majikan yang menganggap bahawa golongan wanita adalah liabiliti akibat kemungkinan mengandung dan terpaksa bercuti pada hari hari tertentu yang melibatkan kesihatan wanita.

Seorang suri rumah sedang berkerja keras bagi memastikan anak dan keluarganya berada dalam kondisi yang baik supaya dapat menyumbang kepada masyarakat. Tanggungjawab untuk menjaga anak supaya menjadi insan yang berguna bagi masyarakat juga jatuh ke bahu seorang suri rumah. Maka suri rumah atau kerja kerja domestik harus dianggap sebagai kerja yang bernilai dan harus diberikan pampasan yang secukupnya. Masyarakat kapitalisme langsung tidak menilai pengorbanan seorang ibu yang melakukan segala kerja domestik dan menanggung tanggungjawab kebajikan keluarga tanpa menerima sebarang ganjaran yang wajar.

Berikan hak reproduksi untuk menentukan haluan hidup sendiri secara demokratik kepada wanita

Wujudkan kemudahan kesihatan yang mencukupi untuk menjamin keperluan kebajikan dan kesihatan wanita

Cuti berbayar yang mencukupi bagi wanita untuk menghadapi kedatangan haid dan jika mengandung.

Pembesaran kanak-kanak adalah tanggungjawab masyarakat dan harus disediakan peruntukan secukupnya oleh kerajaan untuk membantu membesarkan mereka.

Hapuskan budaya seksisme di institusi pengajian dan di tempat kerja

Hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja bagi semua pekerja

Gaji minimum berlandaskan kepada inflasi bagi semua tidak kira kaum, agama dan jantina

Badan komuniti yang dipilih secara demokratik oleh rakyat harus diberikan kuasa dalam mengawal dan mengurus hal ehwal agama dan budaya.

Pengawalan produksi secara demokratik oleh kelas pekerja dan komuniti

Ubah sistem patriarki dan sistem kelas dan gantikan dengan alternatif sosialis untuk menjamin hak dan kebajikan majoriti kelas pekerja dan rakyat tertindas.

Share This