Whatsapp atau Text ke +6-011-1285 9623 Isnin- Jumaat 10:00 - 22:00

SERTAI PERJUANGAN KAMI

Sertai Perbincangan dan Aktiviti Kami

Kami mengadakan perbincangan dalam kumpulan yang berbeza di sekitar Kuala Lumpur secara konsisten. Topik perbincangan adalah berkenaan dengan perjuangan wanita, isu semasa dan sejarah atau teori. Jika sesiapa berminat untuk menyertai siri diskusi ini, boleh layari laman sosial kami atau hubungi kami untuk butiran lanjut.

Kami menentang struktur ekonomi dan politik yang dikongkong oleh golongan minoriti elit dan berusaha membina sokongan daripada majoriti kelas pekerja dan rakyat tertindas. Oleh itu kami juga membuat kerja akar umbi seperti menyusun perjuangan kelas pekerja dan berkempen mengenai hak buruh dan wanita.

BERIKAN SOKONGAN ATAU SUMBANGAN ANDA

Kita perlu wujudkan sebuah gerakan yang boleh menyatukan perjuangan rakyat biasa dan memperjuangkan hak dan kepentingan kita sebagai mahasiswa, anak muda, pekerja dan golongan tertindas. Kita memerlukan sebuah gerakan yang demokratik yang berpihak kepada hak dan perjuangan pekerja, anak muda dan rakyat biasa, serta menguatkan kerja-kerja akar umbi di kalangan rakyat biasa.

Gerakan Pembebasan Wanita berazam untuk membina sebuah gerakan yang berlandaskan pada kekuatan rakyat dan berjuang untuk mempertahankan hak dan keperluan mereka.

Gerakan Pembebasan Wanita tidak sama sekali menerima dana daripada golongan kaya-raya atau korporat, dan adalah sebuah gerakan yang dibiayai sepenuhnya berlandaskan sokongan kelas pekerja dan anak muda. Penjanaan dana kami adalah melalui sumbangan ahli-ahli dan melalui Tabung Perjuangan oleh penyokong kami.

Jika saudara/i bersetuju dengan matlamat dan perjuangan kami dan ingin menghulurkan sumbangan dana, atau ingin sertai kami dan menyumbang tenaga dan dedikasi, sila tinggalkan butiran anda di ruang yang disediakan. Pihak kami akan berhubungan dengan saudara/i secepat mungkin.

HUBUNGI KAMI HARI INI

Share This