Whatsapp atau Text ke +6-011-1285 9623 Isnin- Jumaat 10:00 - 22:00

Pekerja sektor kesihatan seperti jururawat dan para bidan sedang melancarkan aksi mogok nasional di selatan Ireland untuk menuntut gaji yang berpatutan dan kondisi tempat kerja yang lebih baik. Pada waktu ini, pihak Kesatuan Sekerja bersama dengan para pekerja sedang berhimpun di bandar Dublin untuk merancang dan mengatur aksi mogok ini untuk minggu ketiga berturut-turut.

Tindakan mogok ini mencerminkan keadaan pekerja sektor kesihatan dan pekerja-pekerja lain di Ireland yang terpaksa berhadapan dengan gaji yang tidak setara dengan kenaikan kos kehidupan dan tidak cukup untuk menjalani kehidupan harian.  

Aksi mogok ini mendapat sokongan yang besar daripada organisasi dan pertubuhan kelas pekerja yang lain. Polisi penjimatan dari kerajaan sedang memberi kesan kepada kebanyakkan kelas pekerja di Ireland dan kemarahan terhadap kerajaan sedang memaksa mereka untuk melancarkan gerakan atau tindakan mogok bagi mempertahankan kebajikan bersama. Tujuan mogok ini adalah untuk menekan pihak kerajaan untuk meningkatkan gaji  pekerja dan menambah peruntukkan dana bagi membantu sektor kesihatan yang sedang merosot.

Kerajaan yang degil

Socialist Party (CWI di Ireland) menyokong penuh tindakan para jururawat dan kesatuan mereka yang telah melancarkan beberapa aksi industri dan sedang merancang untuk sambung aksi mereka di bulan-bulan yang akan datang sehingga tuntutan mereka ditunaikan. Wakil-wakil rakyat dari Socialist Party dan Solidarity (parti yang membantah penjimatan dana sosial dari kerajaan) juga menggunakan kapasiti di platform mereka untuk memberi sokongan kepada pekerja yang sedang mogok.

Kelas pekerja sektor kesihatan tidak boleh berganjak dari tuntutan mereka dan harus menekan pihak kerajaan sehabis-habisnya. Walaupun ekonomi negara dikatakan sedang pulih, tetapi segala kekayaan baru yang dihasilkan oleh pekerja sedang diserap oleh pemaju hartanah, peniaga besar, korporasi gergasi dan para kapitalis kaya. Rakyat biasa pula diberikan upah yang sekadar cukup makan sambil menghadapi pelbagai pemotongan kebajikan sosial.

Perpaduan di kalangan pekerja adalah sangat mustahak

Setiap bahagian dari gerakan Kesatuan Sekerja harus dikerah bagi memastikan puluhan ribu pekerja dapat menyertai aksi massa yang sedang disusun oleh para jururawat, bidan dan pekerja kesihatan. ICTU (Kongres Kesatuan Sekerja Ireland) perlu memberikan sokongan penuh mereka dan membantu untuk memobilisasi demonstrasi besar-besaran.

Ini akan memastikan penjalinan perpaduan yang erat di kalangan pekerja dari sektor-sektor berbeza bagi bersatu dan memperjuangkan nasib bersama. Setiap tindakan pemotongan kebajikan sosial, pembekuan kenaikan gaji, pengenalan polisi yang tidak memihak kepada rakyat dan sebagainya harus diberikan penentangan yang hebat dan tersusun oleh semua sektor pekerja dan kesatuan sekerja.

Secara praktikal, pihak Kesatuan Sekerja harus menubuhkan jawatankuasa tindakan aksi di setiap tempat kerja dan di komuniti setempat bagi menyusun dan merancang aksi-aksi massa. Mogok pekerja kesihatan yang sedang berlangsung ini boleh menjadi titik permulaan bagi mengukuhkan gerakan massa yang boleh berkembang untuk mempertahankan hak dan kebajikan rakyat terbanyak. Kemenangan bagi para jururawat, bidan dan pekerja kesihatan dan mendapatkan peruntukkan dana yang cukup bagi sektor kesihatan merupakan kemenangan bagi semua pekerja.      

Leave a Reply

Close Panel
%d bloggers like this: