Banjir dan kapitalisme : Apakah jalan penyelesaian?
Sejak 16 Disember 2021, Malaysia digegarkan dengan banjir-banjir besar yang membawa satu malapetaka yang besar. Setakat ini, 52 nyawa telah terkorban dan sekurang-kurangnya 200 ribu rakyat mendapat kesan buruk akibat banjir ini. Mengambil kira jumlah kematian, kemusnahan harta dan keluasan kawasan terbabit, ini merupakan antara insiden banjir yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Rakyat semenanjung Malaysia terutamanya sudah sering menjadi mangsa banjir-banjir besar yang dikatakan melanda setiap 10 ke 15 tahun akibat hujan-hujan besar yang datang secara berkala. Antara fenomena banjir besar yang dirakam sejarah adalah seperti Banjir Kuala Lumpur 1971 yang memakan 32 nyawa dan juga memberi kesan kepada ratusan ribuan rakyat lain yang terpaksa mengalami kehilangan harta. Semenjak itu, ada beberapa insiden banjir besar yang lain berlaku pada 1990 an. Walaubagaimanapun, kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia sedang dilanda bencana banjir dengan lebih kerap dan merangkumi kawasan yang lebih luas berbanding sebelumnya. Pada Disember 2014, masyarakat negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu dan negeri Utara seperti Kedah telah di landa banjir besar yang telah menghancurkan kehidupan mereka. Hanya dalam 6 tahun selepas tragedi tersebut, rakyat Malaysia dilanda dengan satu lagi bencana banjir yang teruk dan masih sedang berterusan di beberapa negeri seperti Johor dan beberapa kawasan di Selangor. Mengikut beberapa pakar geologi, aktiviti pembalakkan dan pencemaran alam sekitar di skala dunia sedang menyumbang kepada perubahan iklim yang mempengaruhi cuaca yang tidak boleh di ramalkan dan sedang berubah-ubah dengan cepat. Akibat peningkatan karbon di udara akibat aktiviti manusia, dunia sedang mengalami bencana-bencana alam yang besar dan tidak terkawal. Pada waktu ini, selain Malaysia, negara-negara lain seperti Filipina, Australia, United Kingdom juga telah melihat bencana banjir yang besar pada tahun 2021. Selain itu, kebakaran hutan yang berlaku di California dan Australia pada 2 tahun lepas telah membawa kepada kehancuran ribuan spesis haiwan dan tumbuhan liar dan penempatan manusia. Aktiviti pembalakan, perlombongan dan pembangunan yang tidak terkawal Kalau mengambil fenomena di Malaysia, banjir yang berlaku pada 2014 misalnya adalah dengan jelas berkaitan dengan aktiviti pembalakan dan perlombongan di hutan-hutan Semenanjung Malaysia. Pada waktu itu, sumber-sumber kajian telah mendedahkan bahawa Semenanjung Malaysia telah mengalami kehilangan hutan dalam kadar yang kedua tertinggi di dunia, di belakang Bolivia. Di Malaysia, aktiviti pembalakan yang membotakkan hutan-hutan simpan negara berlaku tanpa kawalan. Tambahan pula, sebahagian besar daripada pembalakan yang berlaku di Pahang dan Kelantan adalah aktiviti haram yang beroperasi tanpa lesen atau kebenaran pihak berkuasa. Situasi ini mendedahkan tahap korupsi yang sangat berleluasa di industri pembalakan dan perlombongan di peringkat kerajaan negeri dan federal. Ahli-ahli politik dan para birokrat yang memegang kuasa sentiasa bersedia untuk menghancurkan hutan-hutan yang berharga bagi tujuan keuntungan yang lumayan. Pada masa yang sama, tapak hutan-hutan yang dihancurkan itu akan didagangkan dan projek-projek pembangunan akan didirikan untuk membawa lebih banyak keuntungan kepada ahli-ahli politik dan para kapitalis elit. Kawasan hutan di Semenanjung Malaysia juga mempunyai bahan galian yang bernilai seperti bauksit. Sebelum berlaku banjir pada hujung tahun 2014, hutan-hutan di negeri Pahang dan Kelantan telah ditoreh untuk menggali bauksit yang membawa nilai yang tinggi. Pada waktu itu, Indonesia yang menghentikan ekspot Bauksit bagi digunakan untuk industri tempatan telah menyebabkan harga Bauksit melambung tinggi. Semenjak itu, kehancuran hutan di Malaysia menjadi lebih ketara dengan para pengusaha industri perlombongan berebut-rebut untuk melombong Bauksit. Bukit-bukit diratakan dan hutan yang berusia jutaan tahun telah digondol licin. Beberapa kawasan yang terlibat dalam bencana banjir 2014 telah melihat air banjir berwarna merah. Ini merupakan kesan daripada lombong bauksit yang menghasilkan sisa yang dikenali sebagai ‘lumpur merah’. Malah pada waktu ini, gambar-gambar hutan yang digondol di Pahang dan Kelantan boleh dilihat di dalam carian ‘google imej’ dan sering dikongsi oleh rakyat di media-media sosial. Di Selangor, Perak, Johor dan beberapa kawasan dari negeri-negeri lain juga melihat peningkatan insiden banjir pada fenomena kali ini. Ini juga menunjukkan bagaimana pembangunan yang pesat dan tidak terkawal di beberapa kawasan ini juga sedang menyumbang kepada bencana banjir yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Para penghuni di Selangor terutamanya telah terkejut dan tidak bersedia apabila paras air naik di tempat tinggal mereka dengan tiba-tiba. Kemarahan rakyat Kegiatan para kapitalis dan kerajaan di hutan-hutan yang terpencil tidak didedahkan kepada rakyat umum. Hanya komuniti orang asli yang bergantung dengan kehidupan di hutan yang sering melancarkan perjuangan-perjuangan yang gagah. Bagi komuniti orang asli, mereka berhadapan dengan pengusiran paksa dan rampasan tanah yang sedang menghancurkan kehidupan mereka setiap hari. Tanpa perjuangan orang asli dan aktivis-aktivis alam sekitar dan hak asasi manusia, rakyat biasa langsung tidak berpeluang untuk menyedari bahawa hutan-hutan yang bernilai sedang semakin hilang setiap hari akibat kegelojohan segelintir orang kaya. Tetapi, apabila berlaku banjir-banjir yang besar yang memberi kesan yang meluas, rakyat menjadi semakin sedar dan kritikan-kritikan mula dilontarkan ke arah pihak kerajaan. Walaupun bencana-bencana alam seperti ini sering terjadi, masih lagi pihak kerajaan tidak bersedia menghadapi kecemasan tersebut. Kawasan perumahan rakyat tidak dirancang dengan baik dan ini menjadi antara sebab utama kepada kehilangan harta benda bagi ratusan ribuan rakyat. Selepas berlaku banjir, respon kerajaan adalah sangat lambat dan setakat ini belum memberikan bantuan yang mencukupi kepada mangsa-mangsa banjir. Walaupun sudah mempunyai pengalaman banjir-banjir besar berulang kali, pihak kerajaan masih tidak mempunyai mekanisme untuk menghadapi kecemasan banjir dengan efektif. Teknologi-teknologi ketenteraan yang canggih dan bernilai jutaan Ringgit juga langsung tidak dikerahkan untuk membantu mangsa banjir. Selain itu, rakyat biasa juga sudah semakin sedar mengenai hubungkait kelestarian pembangunan dan bencana-bencana alam seperti banjir. Akibat pembalakan yang berleluasa di negeri Pahang dan Kelantan dan akibat pembangunan yang tidak terkawal di Selangor, tempat-tempat tadahan air dan kawasan hutan yang sangat penting untuk menyerap air hujan yang berlebihan sudah tiada. Oleh itu, rakyat biasa tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa bencana-bencana seperti ini tidak akan berulang pada masa yang akan datang. Sebenarnya, pihak kerajaan sudahpun menerima kritikan dan ditekan oleh rakyat biasa untuk mengawal aktiviti pembalakan, perlombongan dan pembangunan yang akan membahayakan nyawa dan kehidupan mereka sejak 2014 lagi. Pihak Pakatan Harapan yang menjadi pembangkan kerajaan pada waktu itu merupakan salah satu suara yang vokal dalam mengutuk kerajaan Barisan Nasional yang dilihat sebagai korup dan sedang menggadaikan alam sekitar demi duit. Selain itu, ramai di antara aktivis-aktivis alam sekitar juga
Seruan Kelas Pekerja dalam Menangani Krisis Covid-19
Coronavirus mendedahkan ketempangan sistem kapitalisme dalam menangani krisis! Kebajikan Kelas Pekerja haruslah di bela! Perkhidmatan Kesihatan Negara Tingkatkan peruntukkan dana perubatan, kecemasan dan kesihatan dengan segera. Bekalkan perlindungan yang mencukupi bagi semua pekerja barisan hadapan yang sedang berhadapan dengan tugas untuk membendung penyebaran wabak ini. Kerajaan harus mengambil alih infrastruktur dan kakitangan pusat perubatan swasta dan mana-mana kemudahan swasta bagi tujuan untuk menjaga, kuarantin dan menyediakan bekalan yang mencukupi untuk rakyat. Pemilik dan pemodal pusat-pusat kesihatan swasta yang telah menjana keuntungan bernilai berbilion-bilion ringgit dengan menjual kemudahan kesihatan haruslah mengorbankan sedikit keuntungan mereka demi keselamatan negara. Latihan yang mencukupi haruslah disediakan kepada setiap kakitangan kerajaan dalam menangani krisis covid-19. Sediakan sumber yang secukupnya untuk membuat ujian mengesan coronavirus kepada setiap orang yang ada simptom selsema dengan cepat. Beberapa negara seperti Korea Selatan telah mengimplimentasi langkah ini dengan kesan yang baik. Tingkatkan produksi untuk memenuhi kehendak utama pada masa ini seperti pengeluaran peralatan perlindungan seperti penutup hidung/mulut, cecair nyahkuman, bekalan perubatan, peralatan ujian virus dan sebagainya. Produksi haruslah ditukar mengikut keperluan dibawah kawalan demokratik kelas pekerja bagi menyesuaikan diri dengan krisis ini. Milik negara syarikat farmaseutikal besar bagi menjamin penyelidikan, pengeluaran dan pembekalan ubat-ubatan, vaksin dan rawatan bagi menangani pandemik seperti Covid-19. Mansuhkan sebarang jenis caj ubat atau khidmat bagi semua orang dalam pusat-pusat kesihatan, termasuk warga asing. Pembayaran gaji dan faedah Kelas pekerja tidak boleh dibebankan dengan kos untuk memerangi wabak Covid-19. Semua pekerja yang terpaksa mengambil cuti dari kerja disebabkan oleh penutupan sekolah, arahan kawalan pergerakan dari kerajaan dan sebagainya haruslah diberikan gaji penuh tanpa pemotongan. Pekerja ini tidak boleh dipaksa untuk mengambil cuti tahunan, cuti tidak berbayar atau cuti sakit. Semua pekerja berhak untuk mendapat gaji penuh dari hari pertama perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan diumumkan. Pekerja-pekerja kontrak bebas, freelance, sub-kontraktor dan pekerja ekonomi gig yang terpaksa kuarantin diri di rumah, haruslah di bayar gaji minimum oleh kerajaan dan sebuah dana khas untuk pembayaran gaji pekerja harus disediakan dengan segera. Pekerja tidak boleh dimangsakan oleh pihak majikan hanya kerana mereka gagal untuk pergi ke kerja di sebabkan oleh kekangan yang berlaku akibat penyebaran wabak Covid-19 dan perintah kerajaan untuk mengawal pergerakan. Bagi mengelakkan pembuangan kerja yang banyak, industri-industri besar haruslah dimilik negara dan di letakkan di bawah kawalan dan pengurusan kelas pekerja yang bergerak secara demokratik. Perkhidmatan awam dan perubatan Sediakan dana dan sumber untuk menghadapi kecemasan dan untuk melindungi pekerja, pesakit, pelajar dan rakyat biasa. Wujudkan majlis-majlis yang terdiri daripada perwakilan kelas pekerja seperti kesatuan sekerja dan organisasi masyarakat setempat untuk menyelaraskan segala bantuan dan respon kecemasan. Mansuhkan belanjawan yang sedia ada dan wujudkan majlis-majlis yang mengawal rizab negara dan mempunyai kuasa untuk memohon hutang bagi menyalurkan dana terhadap usaha menangani krisis Covid-19. Sediakan talian bantuan 24 jam untuk golongan terdedah dan warga tua yang terpaksa mengasingkan diri. Pertubuhan-pertubuhan komuniti dan kesatuan sekerja mengambil tanggung jawab untuk menguruskan pengagihan makanan, ubat-ubatan dan bekalan lain ke masyarakat. Beban kerja kelas pekerja haruslah di kurangkan dan aspek kesihatan harus diutamakan. Jika sekolah ditutup, semua kakitangan mesti menerima bayaran penuh. Kemudahan penjagaan kanak-kanak untuk keluarga yang terdedah dengan virus ini haruslah disediakan berserta kemudahan perlindungan yang mencukupi. Rakyat tidak boleh dibiarkan untuk kehilangan tempat tinggal mereka akibat krisis ini. Pembayaran gadai dan sewa rumah haruslah digantung sementara krisis Corvid-19 ini dapat diselesaikan. Dana yang secukupnya juga harus di sediakan kepada komuniti-komuniti setempat untuk menghadapi krisis ini. Segala pembayaran bil utiliti keperluan am seperti elektrik, air dan internet haruslah digantung untuk sementara waktu bagi memastikan kesinambungan kehidupan bagi semua rakyat. Dana yang secukupnya harus disediakan bagi memberikan tempat perlindungan untuk mangsa-mangsa keganasan domestik. Kesatuan Sekerja dan Kelas Pekerja Kesatuan-kesatuan sekerja yang ada harus menubuhkan jawatankuasa kesihatan dan keselamatan di setiap tempat kerja untuk menyusun tindakan bersama yang amat diperlukan bagi menjamin keselamatan semua. Jawatankuasa ini harus menyusun aksi-aksi mogok untuk memperjuangkan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang mencukupi. Kesatuan sekerja harus mengawasi dan memantau segala langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dan swasta dalam usaha mengawal penyebaran wabak Covid-19. Kerajaan dan pihak swasta tidak boleh dibenarkan untuk mempergunakan kesempatan ini untuk menghakis sebarang hak dan kebajikan kelas pekerja, kesatuan sekerja dan ahli-ahlinya. Kedua-dua pemerintah PN dan pembangkang PH yang membawa agenda kapitalisme tidak boleh dipercayai untuk menangani krisis ini. Parti-parti pro-kapitalisme hanya mementingkan keuntungan kelas kapitalis kaya dan hanya akan mengambil langkah-langkah yang terhad untuk menangani kedua-dua krisis Covid-19 dan krisis ekonomi yang sedang parah untuk melindungi kepentingan kelas kapitalis. Bina sebuah parti politik yang berlandaskan kepada kelas pekerja dan rakyat massa yang boleh menyatukan semua perjuangan rakyat tertindas dengan sebuah program yang kukuh dan hala tuju yang jelas. Bawa agenda untuk mencukaikan kekayaan dan keuntungan yang melampau bagi kelas kapitalis dan orang kaya 1% bagi menjamin kebajikan 99% daripada rakyat biasa. Sistem pasaran kapitalis yang mengutamakan keuntungan dan berasaskan kepada persaingan di antara kelas kapitalis tidak akan mampu untuk menjaga keselamatan masyarakat. Kita memerlukan sistem ekonomi sosialis demokratik bagi merancang pengeluaran dan pengedaran barangan atau perkhidmatan yang akan memenuhi keperluan majoriti rakyat dalam masyarakat. Kita juga harus menjalinkan solidariti dengan perjuangan kelas pekerja dari negara lain dan mengorak langkah ke arah pembinaan sebuah gerakan sosialis antarabangsa.
KENYATAAN HARI WANITA SEDUNIA 2020
Mantapkan hak wanita melalui pembinaan solidariti dan perjuangan kelas pekerja ! Lawan kapitalisme dan bina sosialisme untuk hak demokrasi, ekonomi dan sosial yang adil dan saksama ! Tahun 2020 sudah menampakkan titik suram dengan suasana politik dan ekonomi negara yang semakin pincang. Ketidaktentuan dalam ekonomi di peringkat global, dan wabak COVID 19 yang semakin merebak, terus melemahkan ekonomi negara dan dijangka akan memberikan tekanan kepada taraf hidup rakyat biasa. Keretakan dalam kerajaan akhir Februari lepas tidak pernah disaksikan oleh rakyat Malaysia sebelum ini. Dengan pembubaran kerajaan yang kemudian digantikan dengan kerajaan baru yang berkomposisikan parti-parti lama seperti parti UMNO dan PAS ; yang sebelum ini telah digulingkan oleh rakyat melalui pilihan raya pada tahun 2018, memungkinkan peningkatan eksploitasi dan penindasan terhadap golongan wanita dan kelas pekerja. Titik suram ini juga menandakan keperluan solidariti di kalangan rakyat yang di tindas melalui pembinaan organisasi akar umbi yang berprinsipkan anti pasaran bebas, anti sistem yang berasaskan keuntungan, dan anti kapitalis. Pemerintahan Pakatan Harapan sebelum ini juga telah terbukti gagal menunaikan janji yang diharapkan oleh rakyat apabila memegang tampuk kuasa. Golongan wanita terutama wanita kelas pekerja dan miskin masih berhadapan dengan diskriminasi dalam sistem kapitalisme negara. Jurang pendapatan antara jantina untuk kerja yang sama, stereotaip pekerja wanita sebagai buruh kelas kedua, keganasan rumah tangga yang pada tahap membimbangkan, kes pembuangan bayi, perkahwinan bawah umur, dan gangguan seksual, adalah sebahagian dari bentuk-bentuk penindasan terhadap wanita yang terbit secara sistemik. Malah dikatakan tidak ada perbezaan bagi wanita dan seluruh rakyat biasa dalam kedua-dua pemerintahan. Baik Pakatan Harapan, mahupun Barisan Nasional, masing-masing tidak dapat memberi jaminan kepada kehidupan wanita dan kelas pekerja. Sistem kapitalisme global sedang retak menanti belah. Di setiap benua dalam peta dunia sedang wujud kebangkitan rakyat dalam skala besar-besaran. Indonesia, India, China, Hong Kong, Lebanon, Iraq, Sudan, dan Amerika Syarikat antaranya, sedang melakarkan sejarah perjuangan rakyat yang ditindas dalam sistem kapitalisme. Situasi ini adalah disebabkan krisis ekonomi global yang telah melahirkan generasi yang tidak mampu mencapai impian untuk memiliki kehidupan seperti ibu bapa mereka. Bagi golongan wanita pula, dianggarkan 86% beban program penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan akan di tanggung oleh wanita melalui kerja-kerja dalam rumah seperti memasak, mengemas, menjaga anak, golongan tua dan OKU. Justeru, kebangkitan pejuang wanita dan organisasi yang memperjuangkan hak wanita telah berkembang selari dengan perkembangan krisis ekonomi global. Pada hari ini, semakin ramai anak muda dan wanita dari seluruh dunia telah bangkit dan melibatkan diri dalam menyusun aksi-aksi perjuangan yang bersejarah. Gerakan perjuangan wanita sedunia Pada tahun 2018 misalnya, pekerja Mcdonald’s melancarkan mogok di 10 negeri di Amerika Syarikat, dan pada hari yang sama, pekerja Mcdonald’s di Tokyo, Zurich, dan London juga turut serta atas tujuan membantah keganasan seksual di tempat kerja, diskriminasi jantina, dan rasisme. Beratus-ribu para wanita telah menjadi asas kepada gerakan massa di India yang telah berjuang menentang pindaan terhadap Akta Civic yang akan diskriminasi masyarakat minoriti di negara itu. Aksi beberapa mahasiswi di universiti Jamia Millia yang berhadapan dengan keganasan pihak polis untuk mempertahankan rakan mereka daripada dipukul telah menjadi viral di media-media sosial. Di Jerman dan di Austria, mogok-mogok gergasi di industri yang di dominasi oleh pekerja wanita seperti perkhidmatan kesihatan dan sosial telah melihat kejayaan-kejayaan yang bersejarah. Di Austria misalnya, pekerja penjagaan kanak-kanak dan orang tua telah berjaya mengurangkan jam kerja ke 35 jam seminggu dengan gaji dan kebajikan yang sama melalui aksi-aksi mogok yang hebat. Fenomena ‘MeToo’ yang tercetus di seluruh dunia juga telah mendedahkan keparahan jenayah seksual yang wujud di setiap lapisan masyarakat. Bagi wanita yang telah terseksa memendam kezaliman yang telah berlaku ke atas dirinya, gerakan ‘Mee Too’ ini telah memberikan keyakinan dan ruang untuk bersuara. Perjuangan wanita adalah juga perjuangan kelas Namun, kita harus sedar bahawa perjuangan yang berlandaskan identiti semata-mata tanpa mengaitkannya dengan perjuangan kelas, pasti akan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat biasa. Bagi kami Sosialis Alternatif dan Jaringan Solidariti Pekerja, penindasan terhadap wanita bukannya sesuatu yang muncul dengan tiba-tiba. Tetapi, ianya berakar dalam perkembangan struktur masyarakat kelas yang kemudiannya diwarisi ke dalam sistem kapitalisme. Bermakna, perjuangan wanita mesti digabungkan dengan perjuangan kelas untuk melawan kapitalisme dan digantikannya dengan alternatif sosialisme dengan struktur masyarakat yang demokratik dengan hak sosial dan ekonomi yang adil dan saksama. Meskipun representasi wanita adalah penting, namun, parlimen negara tidak akan mampu memenuhi hak dan demokrasi wanita memandangkan wakil-wakil rakyat termasuk wakil-wakil rakyat wanita sama ada daripada BN atau PH biasanya akan mempertahankan agenda sistem kapitalisme. Justeru, kerajaan berteraskan kepada prinsip demokrasi dan berpusatkan hak kelas pekerja, anak muda dan wanita perlu dibina. Wakil-wakil dari kesatuan sekerja, komuniti setempat dan institusi pendidikan dari setiap lapisan masyarakat mesti mengambil peranan dalam tadbir urus negara. Ertinya, perjuangan untuk pembebasan wanita sahaja tidak cukup, ia haruslah digabungkan dengan perjuangan kelas pekerja dan golongan lain yang di tindas dalam sistem kapitalisme. Sejarah perjuangan wanita Kelas pekerja dan wanita yang telah menjalin solidariti dan menyusun tenaga berserta idea dalam perjuangan menentang sistem kapitalisme. Di Rusia pada tahun 1917 misalnya, masyarakat dunia telah menyaksikan para kelas pekerja wanita yang telah memimpin sebuah gerakan massa yang berjaya menumbangkan sistem kapitalisme di negara itu. Mereka secara umumnya mengimpikan masyarakat yang progresif dan berpaksikan keperluan rakyat terbanyak, iaitu kelas pekerja dan rakyat miskin. Pada masa yang sama, kepimpinan politik gerakan kelas pekerja juga sedar akan kepentingan untuk memberikan sebuah kejelasan hala tuju agar memudahkan idea perjuangan rakyat untuk disebarkan kepada setiap rakyat yang merasai penindasan kapitalisme. Sosialisme, sebuah sistem ekonomi yang berpandukan kepada perjuangan kelas pekerja kolektif sebagai kuasa untuk mengambil alih dan menguasai sistem ekonomi dan politik, menjadi tunggak perjuangan kelas pekerja dan wanita di Russia pada waktu itu. Hak mengundi bagi wanita, hak bercerai, pembinaan pusat jagaan awam 24 jam, klinik-klinik komuniti adalah sebahagian dari kemenangan yang berjaya di peroleh melalui perjuangan kelas hasil revolusi Russia 1917. Malah ia merupakan masyarakat pertama yang menerajui kebajikan dan hak untuk wanita yang kemudiannya menjadi inspirasi perjuangan wanita di negara-negara berbeza. Malangnya, akibat keterasingan masyarakat Russia dengan negara-negara Eropah, kegagalan kepimpinan kelas pekerja di negara-negara maju untuk membawa sosialisme pada masa itu, serangan ketenteraan daripada negara-negara kapitalis lain, kemunduran peralatan produksi di Russia
Berjuang Demi Sosialisme Demi Kesejahteraan Manusia
Oxfam (NGO yang mengkaji jurang kaya miskin global) telah mengeluarkan sebuah laporan yang mendedahkan bahawa hanya 2153 orang jutawan kaya di dunia kini memiliki lebih banyak duit berbanding 60% daripada populasi global, iaitu 4.6 bilion orang biasa. Golongan kaya 1% teratas kini memiliki dua kali ganda lebih daripada jumlah harta bagi 99% rakyat. Jurang kekayaan di antara orang kaya dan miskin sedang berkembang setiap tahun dan kerajaan-kerajaan dunia tidak berupaya untuk melakukan sebarang regulasi yang mampu memulihkan keadaan ini. Walaupun kemelesetan ekonomi kapitalisme yang bermula dengan krisis kewangan global pada tahun 2007 merupakan punca utama kepada kadar kemiskinan yang sedang bertambah, pada masa yang sama, para kapitalis kaya tidak menghadapi sebarang kekangan untuk meningkatkan kekayaan mereka. 3 individu terkaya dunia, Mark Zuckerberg, Bill gates dan Jeff Bezos telah berjaya mengumpul sebanyak 231 bilion USD (RM 947 bilion) dalam hanya satu dekad. Laporan Oxfam ini dikeluarkan sebelum persidangan Davos 2020 yang dihadiri oleh 120 orang jutawan yang mempunyai jumlah kekayaan melebihi 500 Bilion Dolar Amerika. Dalam persidangan tersebut, kapitalis-kapitalis besar membawa cadangan-cadangan untuk menangani krisis ekonomi yang sedang melanda dunia selama lebih sedekad dan merancang untuk memelihara kadar keuntungan mereka di samping mempertahankan sistem ekonomi kapitalisme. Selama lebih dari 12 tahun semenjak krisis ekonomi melanda dunia, ratusan perancangan dan pelan para kapitalis masih gagal untuk mengemudi ekonomi ini balik ke tahap pra-krisis. Tambahan pula, pelbagai institut kapitalisme yang berbeza sedang meramalkan ketibaan satu lagi krisis kewangan global dalam masa yang terdekat selepas mengambil kira kadar hutang dunia yang sedang menggunung. Walaupun krisis demi krisis melanda sistem ekonomi kapitalisme, sistem ini akan sentiasa mewujudkan ruang untuk golongan berada untuk meneruskan kehidupan mewah sambil mengalihkan segala beban ekonomi ke bahu jutaan rakyat biasa. Laporan Oxfam juga mendedahkan bahawa golongan wanita sedang menyumbang kerja bernilai 10.8 trilion USD (RM 44.3 trilion) dengan melakukan tugasan yang tidak dibayar seperti kerja penjagaan anak, pengurusan rumah, kerja pembersihan dan penjagaan warga tua. Nilai kerja ini adalah 3 kali ganda lebih besar daripada industri teknologi, dan golongan kapitalis tidak mungkin boleh menggondol kekayaan yang berlimpah-limpah jika kerja-kerja domestik seperti penjagaan kanak-kanak dan warga tua dibayar dengan setimpal. Kelas pekerja bukan sahaja menyumbang untuk masyarakat dengan mencurah tenaga mereka di tempat kerja bagi menjana keuntungan bagi para majikan, mereka juga diberikan tanggung jawab penuh untuk mewujudkan tenaga kerja masa hadapan supaya kesinambungan sistem ini dijamin. Sistem kapitalisme gagal untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang sedang mengorbankan kehidupan mereka untuk menggerakkan sistem yang tidak adil ini. “Sistem ekonomi kita sedang menyumbat kekayaan di poket jutawan dan peniaga besar sambil mengorbankan rakyat biasa. Tidak hairanlah bahawa rakyat sudah mula mempersoalkan logik dibelakang kewujudan para jutawan yang kaya raya.”, kata seorang jurucakap Oxfam. Kenyataan ini menggambarkan kekecewaan yang dihadapi oleh populasi dunia yang ditindas dengan teruk sehingga tercetusnya gerakan-gerakan massa yang mencabar aturan masyarakat di bawah sistem yang hanya memanfaatkan segelintir golongan kaya. Kekayaan yang sedang dinikmati oleh kelas kapitalis adalah berdasarkan kepada penindasan terhadap kelas pekerja dan majoriti populasi dunia dan perkara ini tidak boleh berterusan tanpa meraih reaksi dan kemarahan daripada rakyat massa. Pada waktu ini, lebih daripada 30 buah negara sedang dilanda protes-protes massa pada skala yang bersejarah. Sistem kapitalisme yang mengatur pergerakan ekonomi dunia juga menentukan sistem politik yang akan mengukuhkan penguasaan mereka terhadap masyarakat. Oleh itu, di dalam situasi krisis global yang sedang menimbulkan pelbagai ancaman kepada rakyat biasa, kerajaan-kerajaan dunia di dapati tidak mampu untuk memberi sebarang solusi atau menangani masalah ini dengan berkesan. Parti-parti politik yang menabur pelbagai harapan kepada rakyat jelata sebelum menjadi kerajaan seringkali meminggirkan aspirasi rakyat biasa dan berpihak kepada kehendak para kapitalis dan pemodal kaya. Sistem ‘Demokrasi Parlimen’ atau ‘Demokrasi Perwakilan’ yang diguna pakai di kebanyakan negara kapitalis merupakan sebuah sistem yang tidak demokratik dan di reka oleh para kapitalis bagi mengekang hak dan suara kelas pekerja dan rakyat biasa. Oxfam juga melaporkan bahawa salah satu jalan penyelesaian yang mampu memberi impak adalah untuk meningkatkan cukai ke atas golongan kaya bagi membiayai dana kebajikan yang boleh membantu warga miskin. “Cuma 0.5% cukai ke atas golongan 1% kaya akan dapat menampung pelaburan yang boleh mewujudkan sebanyak 117 juta pekerjaan berbayar di sektor penjagaan warga tua dan kanak-kanak, kesihatan, pendidikan dan sektor domestik” kata jurucakap Oxfam. Tetapi, sepertimana yang diketahui umum, kerajaan-kerajaan dunia sedang mengurangkan kadar cukai korporat dan perniagaan besar, kononnya untuk menarik modal asing dan menggalakkan sektor perniagaan di negara masing-masing. Bukan sahaja pihak kerajaan gagal untuk meregulasi penggondolan harta pihak kapitalis yang melampau, malah, kerajaan memainkan peranan utama dalam menghakis hak rakyat biasa dan menyediakan ruang kepada kelas majikan untuk mengeksploitasi tenaga kerja mereka. Inilah yang sedang dirasai oleh rakyat biasa dari seluruh dunia termasuk di Malaysia. Kadar hutang dunia yang menggunung dan kemelesetan ekonomi yang berpanjangan merupakan hasil kerakusan segelintir pemilik syarikat gergasi dan kapitalis pemodal kaya dunia. Kelas kapitalis dengan bebas menyeleweng ribuan jutaan wang rakyat dan meneruskan penyelewengan mereka walaupun sudah terdedah ke pengetahuan awam apabila tercetusnya krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah kapitalisme pada 2007. Tetapi, tanpa mengakui kerakusan dan kegelojohan mereka, para kapitalis menggunakan kuasa wang dan pengaruh politik untuk meneruskan agenda mereka yang sedang memimpin umat manusia ke arah kesengsaraan. Pada masa yang sama, sistem kapitalisme juga sedang menghumban majoriti daripada populasi dunia ke dalam situasi perang yang tidak berkesudahan, keruntuhan ekonomi dan struktur sosial, krisis politik yang mewujudkan kecelaruan dan degradasi ekologi dan alam sekitar dalam skala yang tidak terkawal. Melalui pergelutan dengan golongan penguasa, rakyat massa yang terlibat dalam pelbagai gerakan yang sedang berkembang pada waktu ini sudah mula menyedari bahawa satu-satunya solusi bagi masalah mereka adalah untuk mencari jalan keluar daripada sistem ekonomi yang tidak adil ini. Oleh itu, melalui pengalaman perjuangan, kelas pekerja dan rakyat biasa sedang mencari sebuah sistem alternatif yang boleh menggantikan sistem kapitalisme yang sudah rakus ini. Sebarang jenis reformasi dalam sistem kapitalisme hanya akan bersifat sementara dan hak rakyat akan terus terhakis jika tidak mencapai satu solusi yang mampu membawa perubahan yang kekal. Oleh itu, kelas pekerja, anak muda dan rakyat biasa yang sedar mengenai hakikat ini haruslah berusaha untuk menyusun tenaga massa
POLITIK KETIGA PERLU BERLANDASKAN HARAPAN DAN HAK KELAS PEKERJA DAN ANAK MUDA
Muafakat Nasional merupakan satu gabungan di antara parti UMNO dan PAS yang telah diumumkan dalam perhimpunan Penyatuan Ummah yang dihadiri oleh kepimpinan kedua-dua parti tersebut pada September lalu. Agenda utama perhimpunan tersebut adalah untuk mewujudkan kerjasama antara dua parti yang berasaskan bangsa Melayu-Islam terbesar di Malaysia, terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 bagi menentang kerajaan PH. Setakat ini, kerjasama antara UMNO dan PAS dalam ‘Muafakat Nasional’ telah membawa beberapa kemenangan dalam pilihanraya kecil bagi gabungan tersebut, seperti baru-baru ini di parlimen Cameron Highlands dan Tg. Piai di mana calon BN telah menang dengan majoriti besar hasil sokongan daripada kedua-dua pemimpin UMNO dan PAS. Walaupun pada awal penubuhan, Muafakat Nasional hanya tertumpu untuk menarik sokongan rakyat Melayu sahaja dengan membawa retorik-retorik berbentuk ketuanan bangsa dan agama, akhir-akhir ini, agenda dan hala tuju gabungan tersebut telah berkembang ke arah mengatur strategi untuk menghadapi PRU ke-15 nanti. Kepimpinan UMNO dan PAS sedar bahawa bagi memenangi pilihan raya umum, ianya mustahil untuk dicapai hanya dengan sokongan satu kaum sahaja, biarpun kaum tersebut merupakan majoriti. Tambahan pula, ramai juga di kalangan masyarakat Melayu sendiri terutama di kawasan bandar yang akan menolak sebuah gabungan yang dibina dengan agenda satu kaum sahaja yang boleh dilihat sebagai tidak adil bagi kaum-kaum lain di dalam masyarakat yang berbilang latar belakang seperti Malaysia. Oleh itu, kepimpinan UMNO sedang berusaha untuk menarik masuk komponen-komponen BN bukan Melayu yang lain seperti MIC dan MCA ke dalam gabungan Muafakat Nasional. Bermula dengan PRK Tg. Piai, di mana ketiga-tiga kepimpinan PAS, UMNO dan MIC telah memberikan sokongan penuh kepada calon dari MCA, dan telah bersetuju untuk menyertai gabungan Muafakat Nasional secara rasmi. Walhal pelbagai pihak dari dalam dan luar parti UMNO seperti ketua pemuda UMNO Asyraf Wajdi, sudah menggesa pihak kepimpinan untuk menginstitusikan Muafakat Nasional secara rasmi sebagai usaha untuk meninggalkan BN dan ke arah membina sebuah koalisi baru yang lebih mantap dengan kerjasama PAS, MCA, MIC dan komponen BN yang lain. Dengan pengumuman ketua UMNO Zahid Hamidi baru-baru ini, Muafakat Nasional dijangka akan diinstitusikan dan didaftarkan secara rasmi sebelum bulan Mei tahun hadapan. Ini mendedahkan strategi pilihanraya parti-parti pembangkang yang akan cuba membentuk sebuah koalisi baru dengan harapan ia dapat memulihkan sokongan mereka dari kalangan rakyat umum. Agenda Muafakat Nasional Apabila rakyat majoriti mengundi untuk kepimpinan PH pada PRU ke-14, mereka benar-benar menaruh harapan kepada pihak PH untuk memperbaiki ekonomi dan social rakyat, memberikan lebih banyak hak demokrasi dan untuk mengubah struktur politik negara yang berdasarkan pada perpecahan kaum-kaum yang berbeza. Malah, perkara itu telah tercermin di dalam manifesto PH yang telah menabur pelbagai janji untuk memperbaiki kondisi rakyat yang sedang merosot. Tetapi, selepas lebih setahun setengah memerintah, kerajaan PH telah gagal untuk melaksanakan janji-janji mereka dan kondisi kehidupan bagi rakyat biasa dan terutamanya bagi yang miskin sedang semakin merosot. Rakyat biasa yang kecewa dengan kerajaan baru dan pada masa yang sama tertekan dengan beban ekonomi yang teruk, mula menjadi mangsa kepada propaganda yang berbentuk perkauman daripada ahli-ahli politik. Situasi ekonomi dan politik yang tidak stabil ini dipergunakan oleh ahli-ahli politik bagi mewujudkan kesangsian di antara satu sama lain di kalangan rakyat berbilang kaum. Propaganda rasisme yang diwujudkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan ini menjadi racun yang tersebar di kalangan rakyat biasa yang sedang mencari-cari sebuah solusi untuk membaiki keadaan sosial dan ekonomi mereka yang sedang merosot. Oleh itu, situasi di Malaysia sedang semakin tidak stabil dengan ancaman rasisme dan pertelingkahan antara kaum-kaum berbeza. Pada awalnya, Muafakat Nasional merupakan salah sebuah usaha untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Melayu dengan hujah bahawa segala permasalahan yang sedang dihadapi oleh rakyat Melayu adalah disebabkan oleh agenda parti pemerintah yang lebih mementingkan kaum lain. Walaupun unsur-unsur rasisme juga wujud di kalangan komponen parti pemerintah, tetapi, kedua-dua BN dan PH didapati hanya mementingkan agenda golongan kaya dan korporat besar tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah pemerintahan BN sebagai kerajaan dan juga dibawah negeri-negeri naungan PAS, masih lagi golongan kaya dari pelbagai latar belakang menjadi semakin kaya dan rakyat biasa yang terdiri daripada pelbagai kaum sama-sama ditindas dan dieksploitasi oleh mereka. Dalam isu ini, tidak mempunyai perbezaan yang ketara di antara BN, PH dan mahupun PAS yang sama-sama mendokong sistem ekonomi kapitalis yang mementingkan golongan kapitalis dan elit kaya 1%. Politik perkauman merupakan alat bagi kelas atasan untuk memecahkan perpaduan di kalangan rakyat biasa. Oleh itu, hujah Muafakat Nasional bahawa hak kaum Melayu sedang dicabar oleh kerajaan baru bagi memberi kelebihan kepada kaum lain tidak berlandaskan kepada isu asas dan keperluan rakyat biasa, tetapi ianya semata-mata bertujuan untuk menarik sokongan dengan mempergunakan sentimen perkauman dan agama. Ini kerana kedua-dua BN dan PH adalah pendokong sistem kapitalisme dan di bawah pemerintahan mereka, majoriti rakyat tertutama kelas pekerja dan anak muda pelbagai kaum dan agama akan terus ditindas dari segi keperluan ekonomi dan sosial. Hujah-hujah perkauman dipergunakan hanyalah untuk mengelakkan rakyat biasa daripada bersatu tanpa mengira kaum dan agama yang mampu melancarkan sebuah perjuangan menentang politik dan sistem yang tidak adil di bawah pemerintahan BN atau PH. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, kedua-dua BN dan PH mempergunakan struktur politik negara tinggalan penjajah British yang menegaskan perbezaan antara kaum, bagi menjamin posisi politik masing-masing dengan melontarkan propaganda berunsur perkauman dan agama. Kerajaan PH juga boleh dilihat sebagai mempergunakan rasisme sebagai senjata untuk merebut sokongan kaum-kaum tertentu. Misalnya pada Oktober lalu, seramai 10 orang lelaki India termasuk 2 orang wakil rakyat daripada parti DAP telah ditahan oleh pihak polis bagi tuduhan menyokong LTTE. Hakikatnya, organisasi tersebut sudah tidak beroperasi selama hampir satu dekad dan tidak menampakkan sebarang ancaman bagi keamanan negara pada waktu ini. Tambahan pula, tiada sebarang bukti bahawa individu tersebut telah menyertai organisasi LTTE dan hanya ditahan berdasarkan kehadiran mereka di dalam beberapa acara yang dianjurkan oleh penyokong perjuangan rakyat Tamil di Sri Lanka. Dengan jelas, tindakan parti pemerintah ini mendedahkan motif politik yang ingin menggambarkan bahawa kerajaan PH tidak takut untuk menghukum kaum-kaum lain yang didapati bersalah (walaupun dari dalam koalisi sendiri) dan tidak berat sebelah atau sedang menghakis hak kaum Melayu. Semua parti politik arus perdana dan koalisi politik terbesar seperti PH, BN dan Gagasan
West Papua: Mass demonstrations erupt against Indonesian repression
The Indonesian government has sent more than 3,700 police and military forces into West Papua following nearly three weeks of protests and mass demonstrations in the region. These were triggered when the Indonesian National Army (TNI) and right-wing vigilantes targeted several Papuan students in Surabaya in East Java, after allegations that they tried to destroy a flagpole flying the national flag during celebrations for Indonesia’s Independence Day on 17 August. Forty three students were arrested after tear gas was fired into their dormitories by paramilitary Islamic organisations, alongside police. They chanted vile racist slurs against the ethnic Papuan students, labelling them “monkeys”, “drunks” and “womanisers”. The internet was suspended by the central government and the situation remains tense. Mass protests are spreading across Papua even reaching the Indonesian capital Jakarta and the island of Bali. Journalists and activists involved in the struggle of the Papuan people report that these have been the largest mass protests and demonstrations in the region for decades. The origins of oppression in Papua The island of New Guinea, situated in Oceania, and rich in minerals, raw materials and natural resources, has been fought over by rival imperialisms for decades. The eastern half of the island achieved its independence in 1975, becoming Papua New Guinea. Dutch imperialism finally relinquished its colonial rule over the western side of the island (then known as West New Guinea) in 1962, transferring the territory to Indonesian control. The deal included a provision that within seven years the Papuan people should be permitted to vote on whether they wished to pursue self-determination, i.e. become an independent state or stay under the rule of Indonesia. The ironically named, Act of Free Choice, took place in August 1969, and was a grotesque caricature of a democratic vote. Just 1,025 West Papuans were chosen by Jakarta and coerced at gunpoint to vote the ‘right way’. This sham referendum involved the participation of less than 0.2% of the population, but sought to obtain international legitimacy for Indonesia’s rule. The United Nations noted the result in Resolution 2504 and expressing a mere squeak of protest about the abusive procedure. Indonesia subsequently declared that these two western provinces, which lie more than 4,000km from Jakarta, were to be known as Irian Jaya. But in 2003 it was renamed Papua and West Papua and granted a largely illusory semi-autonomous status. Indonesia maintains that Papua has self-governance rights through this special autonomy status and democratically elected leaders who participate in the Indonesian political system. The regime asserts that in the 2019 elections, the turn-out in the province of Papua and West Papua was 88%, with 94% being in favour of president Jokowi’s administration. According to Indonesia, this reflected the contentment of the Papuan masses with its support for their political aspirations and trust in Jakarta’s democratic credentials! Resources Almost the size of Spain, West Papua possesses huge areas of rainforest and is rich in gold, copper, timber and natural gas. Foreign, multinational and national capitalists favoured autocratic rule in Indonesia under the previous dictatorship of Suharto (1967-1998). They continue to exploit the natural resources in Papua through the Indonesian military power. Here, as everywhere else, imperialism is incapable of bringing economic and social benefits to the masses. Any liberation struggle by the Papuan population that could complicate the process of this exploitation is evaded by stuffing millions of US dollars into the Indonesian political structure and by lobbying for the occupation to continue. Both indigenous and international capitalists are major contributors to ensuring that the working class and poor peasants are not free to decide their own economic matters, which include the management of highly profitable natural resources. The Grassberg mine, owned by the US Freeport Company, began operating two years before the 1969 New York treaty and before the Indonesian government’s forced occupation of Papua. It has contributed hundreds of millions of dollars towards the costs of the Indonesian army’s operation. Freeport, which owns the world’s largest gold mine and the world’s third-largest copper mine, is also Indonesia’s largest taxpayer and has maintained close ties with the government. Apart from mining companies like Freeport, many other giant natural gas companies from the UK, Canada, Sweden, Norway and Japan have exploited Papua’s resources for corporate profit. British Petroleum recently announced a giant liquid natural gas (LNG) project which is producing over 7.6 million metric tons of LNG a year in Tangguh, West Papua. Efforts to double the volume of this production have already begun. In recent years, a number of Indonesian giant corporations have started to own and invest in the mines and the natural gas rigs in Papua. But the billions of dollars of profit produced are enjoyed only by the wealthy capitalists and business owners. Part of this profit is also spent on military operations and other government apparatus, which, in return, guarantees a smooth ride for these giant companies. The resulting profits from the Papua region are the main cause for violent actions by the Indonesian authorities over any movement demanding national liberation and the right for self- determination by the people. Oppression of the people of Papua Papua is bursting with natural resources, but is Indonesia’s poorest region. The poor live in abysmal conditions, struggling to survive. Toxic waste is dumped by giant corporations that destroy the environment, undermining health and livelihoods. Massive deforestation and uncontrolled mining creates enormous levels of pollution. Even before the recent outbreak of struggle, Indonesian government oppression over Papua has increased in recent times. According to one report, nearly 6,400 people were detained as political prisoners, in 2016, alone, many being brutally tortured. Thousands more have been detained and harmed in the ongoing demonstrations. The people of Papua have continually been subjected to severe persecution and have suffered racist attacks from right-wing nationalist organisations that support the Indonesian ruling class. The incident which sparked the mass demonstration by the Papuan masses not only reflects anger against oppression and racism. It also signals the aspirations of the people to fight
15% RAKYAT BERADA DI DALAM SITUASI KEMISKINAN…BN DAN PH TIADA PENYELESAIAN.
BINA PARTI PEKERJA SEBAGAI LANDASAN POLITIK PEKERJA DAN RAKYAT BIASA Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang telah melakukan sebuah kajian di Malaysia telah mendapati bahawa angka rasmi yang diberikan oleh pihak kerajaan mengenai kadar kemiskinan negara merupakan angka yang tidak berpatutan dan tidak selari dengan realiti. Laporan dan hujah kerajaan bahawa Malaysia mempunyai kadar kemiskinan yang paling rendah di dunia pada hanya 0.4% adalah palsu dan dilaporkan bahawa hampir 1 daripada 6 rakyat Malaysia ataupun 15% rakyat berada di dalam situasi kemiskinan. Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa lapisan miskin ini berada dalam situasi krisis dan memerlukan bantuan sosial dengan secepat mungkin. Di kalangan rakyat miskin dan masyarakat terpinggir ini adalah juga termasuk orang asli, pekerja migran, pelarian perang atau ekonomi, golongan miskin bandar dan penduduk kawasan pedalaman. Laporan ini juga mendapati bahawa walaupun kekayaan negara meningkat berdasarkan pendapatan tahunan negara (KDNK) pada kadar 5% setahun, kerajaan Malaysia masih gagal untuk menangani masalah kemiskinan yang sedang semakin parah. Malah, pihak kerajaan seperti Menteri Ekonomi Azmin Ali terus menafikan hasil kajian tersebut sebagai tidak benar dan bertegas bahawa statistik yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan adalah lebih tepat. Ahli politik di Malaysia sedang beranggapan bahawa jumlah RM980 adalah cukup untuk menampung perbelanjaan sebuah keluarga yang mengandungi 4 orang untuk sebulan! Ini mendedahkan bahawa bukan sahaja ahli-ahli politik ini tidak memahami sejauh mana krisis kemiskinan sedang melanda negara ini, malah mereka sanggup menafikan kajian-kajian pakar dengan begitu angkuh sekali bagi mempertahankan naratif palsu mereka. Solomon, pemimpin MTUC yang merujuk kepada kajian PBB, dan maklumbalas daripada ahli politik, menyuarakan bahawa “masa telah berubah, dan sekiranya ahli politik terus mengabaikan suara kelas pekerja, ini boleh menyebabkan kemungkinan lahirnya Parti Buruh yang baru dalam politik Malaysia…ini akhirnya boleh menjadi jawapan paling mujarab untuk memenuhi kepentingan 15 juta pekerja yang keluarga mereka membentuk kebanyakan penduduk Malaysia ”. Sosialis Alternatif bersetuju dengan hujah Solomon tentang keperluan segera dalam pembinaan Parti Buruh memandangkan hak dan kebajikan kelas pekerja terus terhakis dan parti-parti politik berhaluan kanan gagal untuk membawa perubahaan dalam kehidupan kelas pekerja. Solomon dan MTUC Bersama kesatuan-kesatuan sekerja yang lain perlu menerajui inisiatif pembinaan Parti Buruh untuk merealisasikan hak dan kebajikan kelas pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan PH yang dipilih oleh rakyat untuk memulihkan keadaan hidup mereka yang sedang merosot didapati langsung tidak mengendahkan keluhan rakyat biasa. Bagi kerajaan PH, sama seperti kerajaan BN sebelum ini, keuntungan para pemodal kaya dan kestabilan sistem pasaran bebas merupakan perkara yang lebih penting daripada menangani masalah yang sedang dihadapi oleh sekitar 7 juta rakyat miskin di Malaysia dalam kategori masyarakat B40 yang sedang menghadapi kesukaran untuk mengharungi kehidupan harian akibat pendapatan yang kecil. Pada masa yang sama, gaji pengarah dan CEO syarikat-syarikat besar termasuk GLC seperti Petronas, TNB terus meningkatkan kekayaan mereka. Misalnya, gaji bulanan CEO TNB adalah dalam RM 600,000, iaitu lebih 500 kali ganda daripada gaji minimum bulanan pekerja iaitu RM1100. Kelas pekerja dan rakyat biasa harus menentang aturan ekonomi negara yang hanya menguntungkan segelintir para pemodal kaya dan membawa keseksaan bagi jutaan rakyat miskin. Walaupun kelas pemerintah berubah wajah, jika sistem kapitalisme masih di kekalkan, kekayaan negara yang dihasilkan melalui usaha bersama tidak akan dapat dinikmati oleh rakyat jelata. Kelas kapitalis yang mendominasi sistem ini akan menggondol sebahagian besar daripada kekayaan ini sebagai harta peribadi dan rakyat biasa akan terpaksa berebut dan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan serpihan yang tinggal. Bagi membolehkan kekayaan negara di bahagi secara adil, sistem kapitalisme yang menindas haruslah digantikan dengan sistem sosialisme yang demokratik, berfungsi untuk memenuhi keperluan rakyat biasa dan bebas dari kongkongan golongan minoriti kaya yang tamak. Sebuah alternatif sosialis hanya boleh di bawa melalui sebuah kerajaan yang di pimpin oleh jutaan kelas pekerja secara demokratik dan terdiri daripada pelbagai komposisi kaum dan latar belakang. Kelas pekerja yang sedang mengawal segala produksi yang dikeluarkan oleh negara kita juga merupakan penggerak ekonomi yang paling penting. Tanpa pengorbanan, usaha dan kerjasama dari jutaan kelas pekerja setiap hari, ekonomi negara ini tidak akan dapat berfungsi. Sebagai kuasa sosial yang paling mustahak, kelas pekerja mempunyai tugas dan tanggung jawab untuk membina sebuah parti massa yang mampu memimpin semua rakyat tertindas ke arah penubuhan sebuah sistem ekonomi dan politik yang mampu menyelesaikan segala masalah ekonomi dan sosial yang sedang dihadapi oleh rakyat pada hari ini. Pembinaan Parti Buruh boleh menjadi landasan ke arah pembinaan politik alternatif kepada kelas pekerja dan rakyat biasa.
ORANG ASAL TERTINDAS DI BAWAH KAPITALISME
Masyarakat pribumi, lebih dikenali sebagai masyarakat Orang Asli atau Orang Asal, telah wujud di Malaysia sejak 60,000 tahun dahulu. Masyarakat ini kaya dengan pelbagai budaya, adat, bahasa, kepercayaan, malah ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai flora dan fauna. Bagi pengkaji perkembangan sosial dalam masyarakat seperti Karl Marx dan Engels, masyarkat pribumi selalu dijadikan contoh masyarakat yang hidup tanpa struktur kelas. Ertinya, tiada kelas atasan yang lebih berkelebihan, dan kelas buruh yang bekerja untuk kelas atas. Hasil lebihan seperti makanan, ubat-ubatan dan juga peralatan produksi di kongsi secara adil dalam masyarakat tersebut. Berbanding dalam masyarakat kita hari ini, dengan teknologi dan pengetahun-pengetahuan baru serta kekayaan yang melimpah ruah, jurang antara golongan kaya dan miskin dianggap menjadi biasa. Namun, masyarakat ini semakin diancam kepupusan akibat pembangunan yang tidak dirancang. Seperti aktiviti pembalakan hutan, satu kegiatan utama yang menyebabkan kekurangan sumber seperti makanan dan kesihatan bagi masyarakat pribumi. Ini memaksa mereka untuk keluar ke pasaran untuk membeli. Situasi ini pasti begitu janggal bagi mereka, kerana mereka hidup dalam ekonomi yang berasaskan perkongsian bersama. Untuk mendapatkan wang pula, mereka terpaksa meninggalkan tempat tinggal dan berhijrah ke bandar untuk menjual tenaga kerja mereka. Pemerasan terhadap masyarakat pribumi ini telah dilakukan sejak bermulanya masyarakat kelas 10 ribu tahun lalu. Bermula dari sistem perhambaan, sistem feudal, dan pada hari ini, sistem pasaran bebas kapitalisme, pemerasan terhadap masyarakat pribumi masih kekal, cuma terbit dengan wajah yang berbeza. Perjuangan masyarakat pribumi, telah menjangkaui lebih 500 tahun Sebagai satu masyarakat yang telah wujud sebelum zaman koloni, masyarakat pribumi telah berhadapan dengan perubahan-perubahan sistem ekonomi dan bentuk-bentuk kelas pemerintah terdahulu. Sabah misalnya, yang kini memiliki lebih 30 suku masyarakat pribumi dengan etnik Kadazan-Dusun yang membentuk hampir 30% daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri tersebut mempunyai sejarah yang boleh dikesan kembali kepada kira-kira 20,000 – 30,000 tahun. Sebelum bergelar Sabah, penjajah British menamakannya sebagai Syarikat Berpiagam Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga 1942. Sabah juga pernah ditakluk oleh kerajaan Srivijaya, Majapahit, dan Parameswara dalam sistem perhambaan sehingga abad ke 15. Sistem perhambaan ini adalah sistem kelas yang pertama wujud apabila wujud kelas kaya yang memiliki harta dan status lebih tinggi dalam masyarakat serta kelas pemerintah. Manakala dalam sistem itu juga, masyarakat pribumi adalah masyarakat yang ditukarkan kepada golongan hamba dalam bentuk paksaan. Tetapi dalam sistem kapitalisme pada hari ini, paksaan untuk menukarkan masyarakat pribumi kepada kelas pekerja masih berlaku, tetapi melalui cara yang lebih sistemik. Penukaran status masyarakat suku kepada Bumiputra, pembalakkan haram dan tidak haram melalui rasuah dan kronisme, penswastaan pusat-pusat kemudahan awam seperti klinik dan hospital, serta pemotongan dana terhadap masyarakat Pribumi antaranya adalah langkah licik pihak kerajaan kapitalis untuk menukarkan masyarakat Pribumi kepada tenaga pekerja. Tetapi berubahnya wajah pemerasan terhadap masyarakat pribumi oleh kelas pemerintah dari terang-terangan kepada sembunyi-sembunyi ini merupakan hasil perjuangan masyarakat pribumi sendiri yang menentang sistem pemerintahan yang mengancam kehidupan mereka sejak dari zaman perhambaan lagi. Masyarakat Bugis misalnya, pernah melawan penjajahan Belanda pada tahun 1667. Ontoros, pejuang suku kaum Murut yang menentang buruh paksa ketika penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara, dan Datu Tating, pahlawan Sulu yang digeruni oleh pihak British antaranya, merupakan contoh pejuang dan perjuangan masyarakat Pribumi yang bangkit menentang bentuk-bentuk penjajahan yang mengancam kehidupan mereka sejak dari dulu lagi. Kitaran yang membunuh flora dan fauna, dan usaha sulit melenyapkan masyarakat pribumi Bagaikan beliung dan asahan, begitulah masyarakat pribumi yang tidak dapat berpisah dengan flora dan fauna. Nipisnya hutan negara, tipislah juga peluang bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Peta Hutan Global dengan kerjasama Google mencatatkan Malaysia telah kehilangan 47,278 kilometer persegi hutan iaitu satu kawasan yang lebih besar daripada Denmark dalam tempoh tahun 2000-2012. Kebanyakkan dari penebangan ini dilakukan untuk penanaman kelapa sawit. Iaitu satu komoditi yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara melalui satu sistem negara yang dirancang segelintir elit atas motif keuntungan. Akibatnya, kehilangan hutan di Malaysia berlaku di hutan yang paling padat, yang umumnya menyimpan paling banyak karbon dan paling kaya dengan hidupan liar, termasuk orang utan yang terancam, gajah pygmy, badak sumatera, dan harimau dahan. Tentu sahaja masyarakat pribumi mendapat kesan dari keadaan ini. Bencana alam yang menyusul seperti hakisan tanah, dan ancaman penyakit dari luar seperti kes di Gua Musang, 17 suku kaum Batik Kuala Ko dikatakan mati akibat dari penyakit yang masih belum diketahui puncanya. Pada tahun 1939, dalam perang dunia ke – 2, pada ketika itu Jepun menyerang Malaya yang sedang berada di tangan pihak British. Pada masa yang sama, ketegangan antara kaum semakin meningkat, dan Parti Komunis Malaya (PKM) pula semakin popular di kalangan masyarakat pribumi. British dalam keadaan terdesak, sebelum rakyat biasa menyedari perpecahan antara kaum ini berpunca dari agenda pecah perintah pihak mereka, berkempen habis-habisan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan sokongan dari golongan biasa. Pada tahun itu juga, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) ditubuhkan selepas penguatkuasaan ‘Perak Aboriginal Tribes Enacment’, No.3 sebagai satu usaha British untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat Pribumi. JHEOA yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sudah melalui pelbagai perubahan dalam bentuk-bentuk pengurusan pentadbiran. Misalnya pada tahun 1950an, walaupun selepas kerjasama PKM dengan pihak British dalam peperangan tersebut, PKM masih lagi popular di kalangan masyarakat Pribumi. Malah menjadi komponen sokongan yang penting bagi PKM dalam perang darurat 1948. Menyedari ancaman yang akan dihadapi akibat perkembangan tersebut, kerajaan mula mengambil perhatian dengan mengadakan polisi penempatan semula Orang-orang Asli di kawasan yang jauh dari pengaruh komunis. Walaubagaimanapun, langkah ini tidak berjaya, sebaliknya Orang Asli semakin rapat dengan PKM dan mengambil sikap anti-kerajaan. Oleh itu pada tahun 1953, kerajaan mula membenarkan urusan-urusan pentadbiran dan perlindungan kepada Orang-orang Asli di pedalaman dan tidak lagi berusaha membawa mereka keluar dari kawasan pedalaman tempat tinggal mereka. Berikutan itu Pejabat Kebajikan Orang Asli mula diperbesarkan. Tahun 1953 boleh dianggap sebagai tahun ‘kegemilangan’ masyarakat orang Asli. Hak untuk menentukan nasib sendiri bagi masyarakat pribumi adalah satu kemenangan yang diidam-idamkan oleh banyak masyarakat pribumi lain di negara lain seperti masyarakat di Papua hari ini. Tetapi, di bawah pentadbiran kerajaan yang bekerja untuk sistem kapitalisme, keuntungan merupakan satu-satunya motif yang menentukan masa depan masyarakat Orang Asli. Pada tahun 1961, kerajaan menarik semula keistimewaan ini melalui satu dasar baru untuk Pentadbiran
MAHASISWA MENENTANG AGENDA PENSWASTAAN PENDIDIKAN
Sejak lima tahun yang lepas, kita menyaksikan pengurangan kadar peruntukan pendidikan, di mana secara keseluruhannya bajet Kementerian Pendidikan pada tahun 2017 telah berkurang sebanyak 9.3% daripada tahun sebelumnya manakala peruntukan keseluruhan bagi 20 universiti awam pada tahun yang sama, telah jatuh sebanyak 19.23%. Pengurangan peruntukan ini telah menjadi suatu penghalang yang besar terhadap kesinambungan pengurusan dan kualiti pendidikan tinggi. Lebih diterukkan lagi, pihak pengurusan terpaksa akur dengan hala tuju pengagihan ini dan mulai melakukan perancangan untuk memotong dana secara beransur-ansur. Ini sekaligus menjadikan mahasiswa sebagai mangsa kepada pengurangan bajet ini. Berhubungan dengan itu, kenaikan kadar yuran secara mendadak telah mendapat tentangan yang kuat daripada golongan mahasiswa, yang telah dimudaratkan lagi dengan peningkatan kos kehidupan yang tinggi, hutang pendidikan yang besar dan ketidaktentuan peluang pekerjaan. Kita dapat lihat bagaimana kenaikan yuran yang dibangkitkan oleh pelajar Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) di bawah urus selia telah meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 500% – dari RM 945 kepada RM 5000 bagi setiap semester. Dengan menggunakan alasan bagi meningkatkan kualiti aktiviti pelajar, kita juga dapat lihat kenaikan yuran sebanyak 300% oleh pihak pentadbiran Universiti Multimedia (MMU). Pihak pengurusan pentadbiran seperti Universiti Malaya dan juga Universiti Malaysia Kelantan juga tidak terkecuali dalam menaikkan yuran-yuran tertentu bagi mengurangkan beban yang ada dan meletakkannya kepada bahu-bahu mahasiswa. Oleh itu, tindakan menaikkan yuran secara mendadak menyaksikan tentangan oleh beberapa kumpulan mahasiswa – seperti mana yang berlaku di UTM dan juga di MMU, di mana mahasiswa melakukan himpunan bantahan secara kolektif sebagai tanda tidak setuju. Keupayaan mahasiswa untuk menyusun tenaga dan memobilisasi ke arah sebuah perjuangan yang lebih adil merupakan tindakan yang wajar dan harus dilihat sebagai titik permulaan bagi perjuangan mahasiswa pada krisis yang akan datang. Sekumpulan mahasiswa AATC (Allied Aeronoutics Training Centre) juga telah melancarkan aksi protes di ibu pejabat institut pengajian mereka pada 26 Ogos lalu. Reaksi pihak majikan adalah untuk memanggil polis dan pihak polis pula telah bertindak untuk mengasari mahasiswa ini dan mengheret seramai 7 orang daripada mereka ke balai polis. Para penuntut AATC merupakan mangsa penipuan oleh pihak pengurusan institut pengajian yang dimiliki oleh Kementerian Sumber Manusia. Pihak institut telah menjanjikan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk setiap pelajar di AATC. Tetapi selepas memasuki institut tersebut, mereka di arahkan untuk mengambil pinjaman bank yang mempunyai kadar bunga sebanyak 8%. Para mahasiswa yang tidak berpuas hati telah membawa isu ini secara individu kepada pihak pengurusan, tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan mereka sendiri bagi membawa isu ini secara kolektif dan dengan suara yang lebih lantang. Akibat desakan para mahasiswa yang bersatu dan disebabkan oleh layanan buruk pihak polis terhadap para mahasiswa telah tersebar luas dan mendapat cemuhan daripada masyarakat umum, pihak Kementerian telah terpaksa melayan tuntutan mahasiswa bagi menjaga imej mereka. Kos pendidikan yang meningkat Kos pendidikan meliputi ketersampaian para penduduk kepada infrastruktur yang mencukupi, teknologi yang membenarkan perkembangan ilmu berjalan lancar, buku rujukan dan material yang komprehensif, dan tenaga pengajar yang bersedia dan terjamin dalam menghasilkan sebuah modul pembelajaran yang benar-benar efektif. Namun, objektif ini tidak terlaksana dengan sepenuhnya, malah kualiti yang wujud berada di bawah paras yang tidak memuaskan. Ini kemudiannya menjurus kepada sebuah krisis yang memuncak, tanpa ada jalan penyelesaian. Kenaikan yuran yang meliputi hampir keseluruhan universiti di seluruh negara merupakan sebahagian daripada krisis ketidakmampuan kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sedang mencengkam realiti kehidupan rakyat. Perjuangan mahasiswa menentang kenaikan yuran ini menunjukkan kekuatan kolektif mahasiswa yang bangkit menentang ketidakadilan yang ada. Namun, pihak pengurusan yang merupakan sebahagian daripada aparatus kelas penguasa terus membungkam suara-suara anak muda yang tidak berpuas hati dengan krisis keadaan semasa. Pihak pentadbiran tidak berupaya untuk memobilisasi tenaga pengajar, pekerja pihak pengurusan dan juga mahasiswa sendiri bagi menentang dan menuntut sebuah jalan penyelesaian yang lebih adil bagi semua. Keakuran mereka merupakan sebuah pendedahan yang menunjukkan bagaimana institusi pendidikan turut menjadi sebahagian daripada jentera penindasan yang tidak dapat mengubah sistem sedia ada. Malah pihak pentadbiran universiti turut mengugut para mahasiswa yang menentang kenaikan yuran yang membebani mereka, tanpa segan silu menunjukkan kepada siapa mereka berpihak. Harus juga dimaklumkan bahawa pihak kerajaan sedang menuju ke arah penswastaan dan menolak kebergantungan universiti awam. PH yang telah menggantikan BN pada tahun lalu dengan janji-janji yang juga membawa aspirasi para mahasiswa sedang mengecewakan setiap lapisan masyarakat dengan kegagalan untuk menunaikan janji tersebut. Para mahasiswa bukan sahaja tidak mendapat sebarang harapan untuk pendidikan percuma, malah juga di paksa untuk menanggung beban PTPTN sama seperti kerajaan BN sebelum ini. Ini bermakna bahawa kenaikan yuran dan pengurangan peruntukan akan terus memangsakan mahasiswa jika pihak pentadbiran tidak dapat menjamin kebergantungan dana yang berterusan. Kita juga perlu fahami bagaimana penswastaan akan mengakibatkan hala tuju pendidikan dikawal di bawah kepentingan pihak pemodal dan segala penyelidikan hanya akan diberikan dana, jika objektifnya bersesuaian dengan kepentingan pihak pemodal mahupun korporat yang terlibat. Penswastaan yang pesat dalam sektor pendidikan sedang memberikan kesan kepada jutaan rakyat miskin yang tidak mampu menanggung kos pendidikan yang sangat tinggi pada masa ini. Para mahasiswa harus meneruskan perjuangan dan harus terlibat secara aktif dalam membantah sistem neo-liberal yang sedang menghakis hak pendidikan mereka. Kerajaan PH mahupun BN tidak mempunyai sebarang solusi yang terjamin untuk jutaan rakyat tertindas. Dalam Malaysia Baru dan Malaysia Lama, kelas majikan merupakan pemenang dan rakyat miskin akan sentiasa di pinggirkan. Kita perlu menyeru para mahasiswa dan mahasiswi untuk menyusun tenaga secara kolektif dan berjuang bersama-sama pekerja universiti bagi memastikan institusi pendidikan tinggi tidak dijual kepada pihak pemodal dan memastikan kualiti pendidikan berkembang mengikut kepentingan manusia – iaitu dengan memastikan bahawa institusi pendidikan tinggi perlulah menjurus kepada penyelesaian masalah krisis kemanusiaan yang sedang berleluasa seperti masalah kemiskinan, masalah pembangunan, perang yang berlanjutan dan juga masalah alam sekitar yang tidak terkawal. Tidak lupa juga, perjuangan ini perlu menjadi sebahagian daripada perjuangan yang lebih besar, iaitu dengan melihat ketidakadilan yang menimpa mereka ini sebagai sebahagian daripada punca yang bersifat sistemik, iaitu berpunca daripada struktur ekonomi kapitalisme. Perjuangan ke arah pendidikan percuma dan hala tuju pendidikan yang lebih manusiawi hanya dapat diselesaikan melalui kawalan dan rancangan sepenuhnya oleh rakyat kebanyakan yang terdiri daripada kelas pekerja, dengan memastikan
“GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG, PELANDUK MATI DITENGAH-TENGAH”
Perang dagang di antara negara Amerika dan China, yang sudah melebihi setahun masih berlanjutan tanpa sebarang titik noktah, dan ketegangan ini sedang mengkucar-kacirkan pasaran dan ekonomi dunia. Sebagai gergasi ekonomi dunia, Amerika dan China masing-masing menuding jari untuk menuduh punca kepada konflik ini, tetapi pada masa yang sama berlumba-lumba untuk menjadi jaguh ekonomi dunia. Donald Trump mengenakan tarif bagi barangan import dari China, selain meletakkan syarikat Huawei dalam senarai hitam untuk mendabik dada dan melaungkan bahawa Amerika sudah ‘kembali hebat’ seperti slogan yang dipegangnya. Sebagai tindak balas, Xi Jinping pula mengenakan tarif ke atas sebilangan barangan Amerika dengan menyatakan China tidak akan tunduk kepada Amerika. Sebenarnya, ekonomi kedua-dua negara ini sama-sama terikat dari segi ekspot, impot dan pelaburan, yang bermakna masing-masing akan berdepan dengan kesan ekonomi sekiranya tiada kesudahan kepada perang dagang ini. Jika ketegangan di antara dua gergasi ekonomi semakin memuncak, ianya bukan sahaja akan memberikan kesan secara langsung kepada kehidupan pekerja dan rakyat di Amerika dan China, malah kesannya boleh merebak kepada sebahagian besar negara dan rakyat di dunia. Ini disebabkan kebergantungan ekonomi kebanyakan negara termasuk Malaysia kepada ekonomi kedua-dua negara ini. China dan Amerika adalah rakan dagang Malaysia yang paling utama. Seperti bila ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk yang mati ditengah-tengah’, perang dagang ini mendedahkan motif elit-elit politik di kedua-dua negara ini yang sanggup berentap untuk menjadi jaguh tanpa mempedulikan akibatnya kepada ekonomi serta warga pekerja dan rakyat biasa. Dengan ketegangan ini, beberapa pakar ekonomi menyangkakan dunia kini sedang menuju satu lagi krisis ekonomi, kemungkinan pada tahun hadapan. Semua pergolakan ekonomi yang berlaku, adalah akibat kepincangan yang wujud dalam sistem pasaran bebas yang dikawal oleh segelintir golongan bilionar. Kerajaan kedua-dua negara ini sanggup berentap dalam perang dagang ini semata-mata untuk mempertahankan keuntungan golongan bilionar di negara masing-masing, dan tindakan ini bukannya berniat untuk memanfaatkan rakyat biasa dan warga pekerja. Hanya melalui solidariti dan perjuangan pekerja di Amerika, China dan negara-negara lain termasuk Malaysia, benteng ekonomi kuku besi yang dikawal oleh segelintir golongan bilionar ini mampu diruntuhkan dengan matlamat mendirikan ekonomi terancang yang memanfaatkan semua dengan berlandaskan kepada keperluan dan demokrasi rakyat terbanyak iaitu kelas pekerja, anak muda dan golongan tertindas yang lain.