Sekreteriat Solidariti Rakyat tidak mempunyai kepimpinan yang jelas. Bina perjuangan berdasarkan keperluan dan kesedaran kelas pekerja dan rakyat biasa!
Masyarakat Malaysia sedang berperang dengan bencana Covid-19 untuk hampir 2 tahun tanpa sebarang jalan penyelesaian. Kes Covid yang berada pada sekitar 2 ribu pada waktu Darurat diumumkan pada Februari lalu kini sudah menghampiri 20 ribu kes sehari. Jumlah keseluruhan kes juga sudah mencecah 1 juta orang. Pihak kerajaan sedang gagal bukan sahaja untuk membendung penyebaran […]
Kempen ‘Bendera Putih’, ‘Bendera Hitam’ mencerminkan keadaan negara yang tenat. Bina alternatif sosialisme untuk menghadapi krisis kapitalisme
Kempen ‘Bendera Putih’ yang mula menular di media sosial pada akhir Jun lalu telah menjadi simbol kepada keadaan ekonomi rakyat yang semakin tenat. Rakyat yang tidak dapat menampung kehidupan akibat kekangan kewangan digalakkan untuk mengibarkan bendera putih di hadapan rumah mereka supaya masyarakat umum dapat mengetahui keadaan mereka dan menghulurkan bantuan. Pandemik Covid-19 dan sekatan […]
Pemerkasa+ tidak membawa solusi kepada jutaan rakyat : Bina perjuangan kelas pekerja dan massa untuk menuntut kebajikan yang berpatutan bagi rakyat
Berikutan jangkitan Covid-19 yang mendadak naik sejak beberapa bulan lepas, kerajaan telah terpaksa melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi menghadkan penyebaran virus. Akibat langkah-langkah kerajaan yang membuka ekonomi dan sekolah secara pramatang, kini, seluruh ekonomi negara terpaksa dihentikan secara tiba-tiba. Pelaksanaan PKP 3.0 ini akan memberikan impak negatif kepada jutaan pekerja yang bergantung […]
Peranan kesatuan sekerja dalam gerakan massa
Pandemik Covid-19 yang bermula lebih satu tahun lalu sedang mewujudkan penderitaan yang berterusan kepada jutaan kelas pekerja dan rakyat miskin di seluruh dunia. Kerajaan dan kepimpinan dunia yang diamanahkan untuk menangani pandemik ini sedang gagal untuk memikul tanggungjawab mereka. Projek vaksin mereka sedang menghadapi masalah bekalan untuk memenuhi keperluan rakyat dunia, terutamanya bagi rakyat di […]
Selamat Hari Pekerja Sedunia 2021 : Bina kepimpinan politik untuk menentang kapitalisme
Hari 1 Mei yang menjadi simbol perjuangan kelas pekerja untuk lebih 150 tahun terpaksa disambut di dalam keadaan yang penuh dengan ketidaktentuan dan huru hara pada tahun ini. Pandemik Covid-19 dan kemurungan ekonomi global sedang memberikan kesan yang mendalam kepada jutaan kelas pekerja dan rakyat miskin dari seluruh dunia. Tetapi, walaupun dalam keadaan ini, perjuangan-perjuangan […]
Vaksin tidak boleh menyelesaikan masalah ekonomi dan politik : Bina perjuangan untuk menuntut alternatif sosialisme!
Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan yang berharap untuk mengedarkan vaksin Covid-19 kepada seluruh penghuni Malaysia, termasuk warga asing, telahpun dilancarkan oleh PM Muhyiddin Yassin yang menerima dos pertama vaksin berjenama Pfizer baru-baru ini. Berikutan itu, sebuah risalah yang menggariskan semua butiran berkenaan program ini telah dikeluarkan ke masyarakat umum oleh kerajaan. Mengikut risalah tersebut, pihak kerajaan […]
Hari Wanita Sedunia : Bina perjuangan kelas untuk mempertahankan hak rakyat tertindas!
Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun menandakan perjuangan wanita dalam mempertahankan hak dan kebajikan mereka yang bermula lebih 110 tahun dahulu dan masih berpanjangan sehingga ke hari ini. Walaupun golongan wanita zaman ini sedang menikmati hak-hak yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini, penindasan terhadap wanita masih lagi menjadi isu yang […]
Sepuluh Tahun Sejak ‘Arab Spring’ – Pengajaran yang Penting bagi Sosialis di seluruh Dunia
Tahun 2011 bermula dengan tunjuk perasaan besar-besaran yang telah tersebar di Timur Tengah dan Afrika Utara dan menggegarkan rejim-rejim autokratik yang bermaharajalela di rantau ini. Para diktator – Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir – yang tampil teguh untuk berdekad-dekad lamanya, disingkirkan dari kekuasaan oleh gerakan anak muda dan kelas pekerja yang […]
2020 : Sebuah Dekad Pergolakan dan Ketidaktentuan Sudah Bermula
Ketika tahun 2020 berakhir, kekecohan dan kucar-kacir yang telah menggegarkan kapitalisme global sedang terus berlanjutan. Tahun ini menjadi titik perubahan dalam sejarah yang mempengaruhi setiap aspek masyarakat. Pengulas dan sejarahwan masa hadapan akan merujuk tahun 2020 dan 2021 sebagai ‘pra-COVID’ dan ‘pasca-COVID’. Pandemik COVID 19, yang telah membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada jutaan orang di […]
Perjanjian RCEP : Solusi kepada kemelesetan ekonomi?
Selepas hampir 8 tahun dalam rundingan, sebuah Perjanjian Perdagangan yang dinamakan sebagai Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah dipersetujui oleh 15 buah negara di Summit ASEAN ke 37 yang berlangsung di atas talian akibat kekangan pandemik Covid19. Perjanjian RCEP merangkumi 10 negara ASEAN (Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) dan 5 […]