Sumbang kepada dana perjuangan kami.

Kami tidak menerima sebarang derma daripada kelas kapitalis dan pemodal.
Setiap ringgit datang daripada ahli parti dan penyokong seperti anda.

Pekerja Yang Enggan Di Vaksin Ditindas Kerajaan!

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, M.Saravanan telah menyatakan bahawa para pekerja yang belum lengkap dengan vaksin Covid-19 boleh dikenakan tindakan. Menurutnya, para pekerja yang menolak vaksin Covid-19 sebenarnya tidak melanggar undang-undang kerana pihak kerajaan tidak mewajibkan rakyat untuk menerima vaksin tersebut. Tetapi mengikut Menteri M.Saravanan, para pekerja yang menolak vaksin akan mengakibatkan suasana tempat kerja […]

Mampukah Perdana Menteri baru membawa penyelesaian kepada krisis kesihatan dan ekonomi?

Menjelang hampir 2 tahun bertarung dengan pandemik Covid-19, keadaan ekonomi rakyat Malaysia sedang bertambah teruk seiring dengan ekonomi negara dan global. Semakin ramai kelas pekerja sedang menjadi penganggur dan para majikan kaya pula sedang menikmati pelbagai bantuan dana daripada kerajaan. Wang bernilai berbilion-bilion ringgit sudahpun dilesapkan daripada rizab awam bagi membantu perniagaan yang tersungkur. Rakyat […]

Penyahwartaan hutan simpan negeri – Logik pembangunan kapitalisme di bawah Kerajaan Selangor

Isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara telah menjadi isu kontroversi sehinggakan pihak monarki, ahli politik dan juga beberapa organisasi alam sekitar turut mengeluarkan kenyataan dan kritikan terhadap hal ini. Penyahwartaan itu dibuat setelah keputusan dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan membabitkan kawasan seluas 536.70 hektar. Ini pada awalnya membabitkan kawasan seluas 991.90 […]

Hartal Doktor Kontrak

Baru-baru ini, para doktor yang diambil kerja oleh institut kesihatan awam di bawah kontrak tahunan telah melancarkan sebuah kempen media dan media sosial untuk berjuang menuntut hak mereka. Kempen yang bernama ‘Hartal Doktor Kontrak’ ini sedang bersiap sedia untuk melancarkan satu aksi mogok pada 26 Julai yang akan datang jika pihak kerajaan gagal untuk menyelesaikan […]

MAGERAN tidak menawarkan sebarang solusi kepada krisis politik negara : Bina perwakilan massa untuk memperjuangkan nasib rakyat biasa

Azizan Zainal Abidin, Salleh Ismail, Ghazali Shafie, V.T.

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text] MAGERAN ataupun Majlis Gerakan Negara ditubuhkan pertama kali selepas peristiwa 13 Mei 1969 apabila sebuah darurat diumumkan oleh perdana menteri Tunku Abdul Rahman. Akibat Darurat yang diumumkan sejurus selepas PRU, MAGERAN sudahpun diwujudkan sebelum kerajaan dan kabinet baru boleh dibentuk. Walaupun kerajaan baru akan dibentuk dan kabinet baru diumumkan pada 20 Mei […]

Sistem Kapitalisme Semakin Parah – Berjuang Ke Arah Pemerkasaan Gerakan Buruh

Baru-baru ini, akhbar Kosmo melaporkan bahawa selama berlangsungnya PKP, seramai 1700 lebih kematian penunggang yang terlibat di dalam perkhidmatan penghantaran makanan. Jumlah ini merangkumi sebanyak dua pertiga daripada total keseluruhan kematian penunggang motosikal yang terbabit. Seperti kita semua yang turut membaca berita sebelum ini, terdapat banyak kes kematian melibatkan faktor-faktor luaran seperti keadaan jalan raya […]

Bantah keganasan polis dan penindasan terhadap kelas pekerja dan rakyat biasa

Secara purata, seramai 18 individu didapati meninggal dunia di dalam tahanan polis setiap tahun sejak tahun 2000. Mengikut laporan dan kajian yang dikeluarkan oleh pertubuhan tertentu, sebahagian daripada kematian di dalam tahanan polis tersebut adalah berpunca daripada kelalaian dan keganasan pihak polis dalam melayan orang dalam tahanan mereka. Kenyataan ini bukan sekadar sebuah andaian semata-mata […]

Hentikan penindasan terhadap anak muda. Bekalkan kebajikan yang mencukupi kepada rakyat yang sedang tersepit dengan beban ekonomi!

Sosialis Alternatif membantah tindakan kerajaan yang telah menindas sekumpulan anak muda yang melancarkan protes aman untuk mendedahkan situasi kecemasan yang sedang melanda penduduk di Tawau selepas di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).  Penghuni Tawau yang sebahagian besar bergantung dengan gaji harian telah kehilangan punca pendapatan mereka apabila pihak kerajaan mengumumkan PKPD di tempat tersebut […]