Solidariti Global: Hentikan penindasan di Hong Kong – Lepaskan tahanan politik!

Solidariti Global: Hentikan penindasan di Hong Kong – Lepaskan tahanan politik!

Posted by

Kemerosotan negara Hong Kong yang menjadi pusat penindasan dan pemerintahan kuku besi telah mengejutkan masyarakat dunia. Kebelakangan ini, dan terutamanya sejak Carrie Lam menjadi Ketua Eksekutif pada bulan Julai 2017, Hong Kong sedang mengalami sebuah tsunami penindasan. Sehingga sekarang, seramai 16 aktivis demokrasi anak muda termasuk pemimpin penting Gerakan ‘Umbrella’ 2014 telah dipenjara dan seramai enam anggota legislatif yang dipilih oleh rakyat telah disingkirkan dengan kaedah yang tidak demokratik. Dengan lebih banyak ancaman susulan yang boleh dijangka, hak-hak demokratik Hong Kong yang dimenangi oleh perjuangan rakyat sedang dihancurkan demi kepentingan pemerintahan diktator China. China pada masa ini sedang mengendalikan operasi anti demokrasi yang paling kejam sejak gerakan demokrasi massa 1989 yang juga berjaya dihancurkan.

Undang-undang Hong Kong yang semakin dipergunakan sebagai alat penindasan politik merupakan sebuah penyelewengan terhadap hujah kerajaan yang mendakwa sebagai ingin ‘mempertahankan undang-undang’. Hujah tersebut merupakan sebahagian daripada agenda untuk menghancurkan kebebasan politik dan hak demokrasi rakyat Hong Kong. Rejim China pastinya terasa terancam bahawa perjuangan demokrasi massa di Hong Kong dapat merebak ke tanah besar China dan mampu memberi inspirasi kepada tuntutan hak demokratik yang wujud seperti hak kebebasan bersuara, hak pemilihan kerajaan, hak kesatuan sekerja dan kebebasan untuk berserikat.

Kami yang bertandatangan di bawah ini menyatakan solidariti penuh kami dengan perjuangan untuk hak-hak demokratik di Hong Kong, China, dan di seluruh dunia. Kami menyeru untuk membebaskan tahanan politik dan menamatkan penindasan kerajaan dengan segera. Kami membantah penyingkiran penggubal undang-undang – atas dasar undang-undang palsu – yang dengan jelas mempunyai tujuan untuk menindas ahli penggubal undang-undang radikal yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya legislatif 2016.

Sebagai amalan biasa, pastinya kerajaan China dan Hong Kong akan menolak kritikan antarabangsa ini sebagai “tuduhan palsu” oleh “kuasa-kuasa asing”. Sila ambil perhatian bahawa semua pendokong petisyen ini tidak mewakili sebarang kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan elit. Kami mewakili rakyat: gerakan hak pekerja, sosial dan sivil yang berjuang bagi semua pihak yang tertindas. Oleh itu, dengan suara golongan tertindas, yang melampaui sempadan negara, kita menuntut untuk menamatkan penindasan politik di Hong Kong.

Beratus aktivis dari seluruh dunia telah menandatangani petisyen kami termasuk yang berikut:

IRELAND Members of Parliament (TDs) representing Solidarity-People Before Profit: Ruth Coppinger TD, Paul Murphy TD, Mick Barry TD, Richard Boyd Barrett TD, Brid Smith TD, Gino Kenny TD. INDONESIA Indonesian People’s United Resistance, political party, (PPRI – Pusat Perjuangan Rakyat Indonesia). KOBUMI (Komunitas Buruh Migran) Indonesian migrant workers’ organisation. MEXICO Lorenzo Rodríguez, General Secretary, Independent National Democratic Union of Agricultural Day Laborers. UNITED STATES Kshama Sawant, Seattle City Councilmember, Socialist Alternative. FRANCE Stuart Russel, Director of International Association of People’s Lawyers Monitoring Committee on Attacks on Lawyers. SPAIN Ana García Rubio, Secretary General of the Students’ Union (Sindicato de Estudiantes). PAKISTAN Tariq Shahzad, Secretary General of Barabri Party Pakistan (Equality Party). SRI LANKA Siritunga Jayasuriya, General Secretary, United Socialist Party. CANADA Jean Swanson, veteran anti-poverty campaigner. BRITAIN Paul Heron, Executive Committee member of Haldane Society of Socialist Lawyers. Dave Nellist, former Member of Parliament and Socialist Party National Committee. GERMANY Lucy Redler, Member of National Committee of DIE LINKE – Left Party. GREECENikos Kanellis, Volos City Councillor, Xekinima/CWI. HONG KONG “Long Hair” Leung Kwok-hung, former member of Legislative Council for League of Social Democrats. Elsa Au, mother of political prisoner Faning Yim Man-wa. Sally Tang Mei-ching, Chairwoman, Socialist Action. Ng Chi-Fai, Chairman, Hong Kong Chef’s Union. SWEDEN Christer Bergström, historian and author. Yonggang Cui, exiled Chinese dissident. TURKEY Irem Güven, LGBTI Peace Initiative.

Dari Malaysia : Sosialis Alternatif Malaysia, Imagined Malaysia, Gerakan Pembebasan Wanita, Projek Dialog, University of Malaya Association of New Youth (UMANY),

Link untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan gerakan demokrasi di Hong Kong : https://stophkrepression.net/

Link untuk video khas oleh Socialist Action Hong Kong sebagai kempen Aksi Global Solidariti : https://www.facebook.com/hkrepression/videos/1516954945009957/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*