Sumbangan

Kita memerlukan sebuah organisasi yang boleh menyatukan perjuangan rakyat biasa dan memperjuangkan hak dan kepentingan kita sebagai mahasiswa, anak muda, pekerja dan golongan tertindas. Kita memerlukan sebuah organisasi yang demokratik yang berpihak kepada hak dan perjuangan pekerja, anak muda dan rakyat biasa, serta melakukan kerja-kerja akar umbi di kalangan rakyat biasa.

Sosialis Alternatif berazam untuk membina sebuah organisasi yang berlandaskan pada kekuatan rakyat dan berjuang untuk mempertahankan hak dan keperluan mereka.

Sosialis Alternatif tidak sama sekali menerima dana daripada golongan kaya-raya atau korporat, dan adalah sebuah organisasi yang dibiayai sepenuhnya berlandaskan sokongan kelas pekerja dan anak muda. Penjanaan dana kami adalah melalui sumbangan ahli-ahli dan melalui Tabung Perjuangan oleh penyokong kami.

Jika saudara/i bersetuju dengan matlamat dan perjuangan kami dan ingin menghulurkan sumbangan dana, boleh hubungi kami melalui e-mel berikut: sosialisalternatif@gmail.com