Join

Sertai Perjuangan Kami

mayday4

Sosialis Alternatif berkempen untuk membawa satu perubahan sosialis di Malaysia dan antarabangsa di mana masyarakat akan diorganisasi secara demokratik untuk menampung keperluan sejagat dan bukannya berpaksikan kepada nafsu keuntungan segelintir kapitalis.

Sosialis Alternatif pada ketika ini sedang melibatkan diri dalam kempen bagi meningkatkan penglibatan anak muda dan warga pekerja dalam pembinaan politik kelas pekerja  sebagai alternatif kepada politik pro-kapitalisme yang dicanangkan oleh BN dan Pakatan. Ini adalah sebagai landasan ke arah membentuk satu masyarakat berbilang kaum dan agama yang mampu berkongsi kekayaan dan pembangunan negara bersama secara demokratik serta memelihara alam sekitar untuk keharmonian dan kesejahteraan sejagat.

Kita sedang melalui krisis ekonomi yang terburuk sejak ‘the great depression’ atau ‘kemelesetan hebat’ 1930-an yang sekali lagi membuktikan bahawa kapitalisme bukannya satu sistem yang unggul tetapi penuh dengan konflik dan percanggahan akibat kediktatoran pasaran bebas. Keruntuhan ekonomi biasanya akan membawa pelbagai kesengsaraan kepada berjuta-juta rakyat miskin, anak muda dan juga kelas menengah. Masalah pengangguran, perumahan, infrastruktur asas dan banyak lagi masalah akan timbul dan para kapitalis pula akan terus menindas rakyat biasa bagi memaksimumkan keuntungan dan kuasa mereka.

Malahan puluhan ribu rakyat biasa terbunuh dalam peperangan-peperangan yang dilancarkan semata-mata untuk bersaing untuk mengondol sumber dan kekayaan alam, ini termasuk peperangan Palestin-Israel. Kapitalisme bukan sahaja menghancurkan kehidupan rakyat biasa tetapi juga sedang menghancurkan alam sekitar akibat aktiviti perindustrian dan pembangunan yang tidak mampan dan tidak terkawal.

Anak muda dan kelas pekerja perlu bergabung dan meningkatkan perjuangan untuk membina alternatif kepada sistem kapitalisme. Sosialis Alternatif juga berhasrat untuk membina solidariti antarabangsa di kalangan anak muda, kelas pekerja dan golongan tertindas yang lain melalui pembinaan sosialis Internasional.

Sertai Sosialis Alternatif dalam usaha membina sosialisme berlandaskan perspektif sosialis dan marxis sebagai alternatif kepada sistem kapitalisme di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Klik gambar untuk membaca pendirian kami

pendirian

Jika anda bersepakat dengan pendirian kami dan berminat untuk sertai perjuangan kami, sila isi borang di bawah.