Keputusan kes Jobstown – semua tuduhan digugurkan oleh juri!

Keputusan kes Jobstown – semua tuduhan digugurkan oleh juri!

Posted by
Dalam satu kekalahan yang besar bagi pihak kelas pemerintah, para juri dalam kes #jobstownnotguilty mendapati semua 6 yang tertuduh tidak bersalah dan dibebaskan tanpa disabit kesalahan. Semua 6 individu tersebut telah dikenakan tuduhan menggangu ketenteraman apabila komuniti setempat Jobstown telah menghalang kereta Joan Burton ( bekas Timbalan Perdana Menteri ) daripada bergerak sebagai tanda protes terhadap caj air yang bakal dikenakan terhadap mereka oleh kerajaan.
 
Ahli Parlimen Paul Murphy yang juga merupakan ahli Socialist Party ( CWI Ireland ) dan beberapa pemimpin koalisi Solidarity turut menyertai protes tersebut dan memberikan sokongan kepada rakyat biasa. Akibatnya seorang Ahli Parlimen Paul Murphy dan beberapa Ahli Majlis daripada Socialist Party bersama dengan beberapa rakyat biasa telah ditahan dan diheret ke mahkamah.
 
Kegagalan daripada penubuhan elit dan kelas pemerintah untuk menghukum perjuangan menentang caj air adalah kemenangan yang bersejarah bagi kelas pekerja dan juga bagi Socialist Party, koalisi Solidariti, CWI dan semua yang terlibat. Sosialis Alternatif (CWI Malaysia) juga telah mengadakan aksi protes di kedutaan Ireland dan memberikan solidariti dengan kempen #jobstownnotguilty.
 
Di bawah kami menyertakan sebuah rakaman pendek dari Paul Murphy yang memberikan kenyataan akhbar dan seorang lagi anggota Solidarity, Mick Barry yang melaporkan keputusan mahkamah.

Click here to read the article in English

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*