Aksi ahli Dewan Perundangan Hong Kong (Legco) Leung Kwok-hung yang membuka 'Payung Kuning' yang merupakan simbol gerakan demokrasi anak muda Hong Kong pada 2014 pada upacara angkat sumpah dewan. Aksi ini dikatakan melanggar peraturan Dewan Perundangan dan Leung bersama 3 orang lain telah dibuang daripada Dewan tersebut tanpa sebarang perbicaraan atau undi.

Aksi ahli Dewan Perundangan Hong Kong (Legco) Leung Kwok-hung yang membuka 'Payung Kuning' yang merupakan simbol gerakan demokrasi anak muda Hong Kong pada 2014 pada upacara angkat sumpah dewan. Aksi ini dikatakan melanggar peraturan Dewan Perundangan dan Leung bersama 3 orang lain telah dibuang daripada Dewan tersebut tanpa sebarang perbicaraan atau undi.

China menyerang hak demokrasi Hong Kong!

Posted by

Leung Kwok-hung atau lebih dikenali sebagai ‘long hair’ merupakan seorang aktivis veteran yang memperjuangkan hak-hak demokrasi di Hong Kong. Dia juga menduduki dewan perundangan yang dikenali sebagai Legco dan kini sedang menghadapi ancaman perlucutan jawatan daripada pihak berkuasa Hong Kong yang dikawal oleh negara China. Bersama Leung, 3 lagi ahli Legco yang memenangi pilihanraya September lalu sedang dimangsakan atas alasan tidak mengikuti prosedur pada upacara mengangkat sumpah di dewan perundangan dan isu-isu lain yang remeh.

Ancaman yang sedang dihadapi oleh 4 orang ahli dewan perundangan dengan jelas mempunyai motif untuk menghadkan sebarang gerakan menuntut hak demokrasi daripada kawalan politik China. Daripada 4 yang terlibat, Leung merupakan aktivis daripada parti League of Social Democrats ( LSD ) yang dipilih ke dewan perundangan bagi kali ke empat dan 3 orang lain merupakan anak muda yang memasuki arena politik daripada perjuangan menuntut demokrasi di revolusi payung ( umbrella revolution ) yang berlaku 3 tahun lalu.

Keempat-empat pembangkang kerajaan ini akan diheret ke mahkamah oleh kerajaan di bawah arahan Jawatankuasa Kongres Kesatuan Rakyat China ( NPSCS ) yang mempunyai kuasa muktamad dalam hal ehwal politik Hong Kong. Mengikut undang-undang sebelum ini, seorang ahli Legco hanya boleh dikeluarkan jika terdapat tuduhan berat seperti korupsi dengan mendapat persetujuan daripada 2/3 ahli dewan. Tetapi, NPSCS telah menggubal undang-undang tersebut pada Oktober lalu dan memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk memecat mana-mana ahli dewan bagi apa sahaja kesalahan yang remeh tanpa persetujuan atau undi ahli dewan yang lain. NPSCS membuat tuduhan bahawa 4 ahli Legco yang digantung telah membuat kesalahan prosedur mengangkat sumpah dan akibatnya akan dibuang daripada dewan tersebut.

Serangan ini merupakan sebahagian daripada serangan yang lebih luas terhadap hak demokrasi rakyat Hong Kong. Rejim China sedang cuba untuk meletakkan satu sistem penyaringan bagi pemilihan dewan perundangan supaya dapat mengelakkan calon-calon yang membawa aspirasi demokrasi rakyat. Langkah yang boleh dilihat sebagai rampasan kuasa kehakiman ( judicial coup ) ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha yang diambil demi kepentingan elit dan rejim China.

Serangan terhadap empat ahli Legco ini akan menyediakan ruang untuk pengenalan semula Rang Undang-undang Artikel 23 – undang-undang keselamatan negara yang kejam yang telah berjaya dimansuhkan hasil perjuangan rakyat dan bantahan besar-besaran hampir 14 tahun lalu. Ini adalah sebahagian daripada agenda Carrie Lam Cheng Yuet-Ngor, yang menjadi pilihan utama bagi jawatan kerajaan tertinggi Ketua Eksekutif yang boleh ‘dipilih’ dengan hanya beberapa ratus undi elit. Jika berjaya dipulihkan, Artikel 23 akan menyekat demokrasi, kebebasan bersuara dan hak untuk membantah bagi rakyat biasa. Organisasi politik kelas pekerja antarabangsa dan independen seperti kami di CWI Hong Kong atau dikenali sebagai Socialist Action akan dilabel sebagai ‘organisasi asing’ dan boleh diharamkan sepertimana yang berlaku di China sekarang.

Kami menyeru kepada semua organisasi kelas pekerja, kiri atau progresif untuk mengangkat isu ini dan meluahkan bantahan terhadap serangan rejim China ke atas hak-hak demokrasi rakyat Hong Kong. Bersama dengan kenyataan ini, kami juga menuntut rejim China untuk :

  • Hentikan serangan ke atas hak-hak demokrasi rakyat Hong Kong.
  • Hentikan pemecatan 4 orang ahli dewan perundangan dengan tidak adil.
  • Berikan hak demokrasi sepenuhnya kepada rakyat Hong Kong untuk memilih perwakilan politik mereka tanpa dikongkong oleh rejim China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*