Revolusi Februari 1917: Apakah pengajaran bagi masa ini?

Revolusi Februari 1917: Apakah pengajaran bagi masa ini?

Posted by

Seratus tahun lalu, kelas pekerja Rusia dipimpin oleh pekerja Petrograd ( kini dikenali sebagai St. Petersburg ), bangkit menggulingkan rejim diktator Tsar yang bermaharajalela selama lebih 1000 tahun. Kebangkitan pekerja ini telah memulakan sebuah proses revolusi dan kaunter-revolusi yang berpanjangan selama 9 bulan sehingga ke Oktober 1917. Oktober 1917 menandakan titik bersejarah di mana kelas pekerja di bawah kepimpinan parti Bolshevik, telah berjaya membawa revolusi sosialis yang pertama dalam sejarah.

Revolusi Februari adalah contoh dimana proses perkembangan sosial tidak berlaku dengan garis yang lurus. Dengan latar belakang krisis ekonomi dan sosial, potensi untuk mencetuskan revolusi boleh timbul di kedua-dua negara maju dan mundur. Krisis ekonomi kapitalis global 2007-8 telah membawa kepada revolusi Utara Afrika dan Timur Tengah dimana sekurang-kurangnya empat diktator telah ditumbangkan di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman. Walaupun dalam bentuk-bentuk yang berbeza, krisis ekonomi 2007-8 telah mewujudkan semula kondisi sosial masyarakat yang mirip dengan Rusia 100 tahun lalu.  

Pada 1917, Rusia sedang mengalami krisis sosial yang paling besar dalam sejarahnya. Jika tiada sebuah parti yang memimpin kelas pekerja seperti Parti Bolshevik dibawah kepimpinan Lenin dan Trotsky, tenaga revolusi yang amat besar itu pastinya akan rugi dan dipergunakan oleh pihak lain. Kita dapat lihat kerugian besar dalam revolusi Arab 2011-12 yang berjaya menggulingkan rejim diktator yang kejam di beberapa buah negara tetapi tidak dapat menentukan nasib dan masa depan mereka sendiri. Ketiadaan sebuah parti revolusioner yang mampu memimpin gerakan politik massa telah menjadi penghalang kepada kemajuan sosial masyarakat.

Perjuangan kelas merupakan penggerak utama dalam sejarah tetapi ia perlu bersenjatakan program yang tepat, kepimpinan yang teguh, jelas, boleh dipercayai dan berani berjuang dengan kuasa-kuasa kapitalis sehingga ke akhir seperti yang telah berlaku di Rusia.

Rahmat merasmikan Revolusi Februari telah jatuh pada tangan golongan pekerja wanita dari Petrograd. Pada 22 Februari, jawatankuasa pekerja kilang Putilov (kilang utama di rantau itu) telah memanggil untuk mogok besar-besaran. Di Petrograd pada masa ini menghuni lebih 390 000 pekerja kilang dalam unit industri besar seperti kilang Putilov.

Kira-kira satu pertiga daripada pekerja-pekerja ini adalah wanita. Pada 23 Februari, pekerja tekstil wanita, tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada mana-mana pihak, keluar melancarkan mogok spontan di beberapa kilang yang membawa kepada demonstrasi besar-besaran di bandar. Ini mencetuskan sebuah revolusi yang akan berkembang dalam tempoh lima hari yang akan datang.

Salah satu ciri utama bagi Revolusi Rusia adalah keterlibatan secara langsung oleh kelas pekerja dan rakyat miskin yang telah berjaya di senyapkan pada zaman perkembangan kapitalisme sebelumnya. Dalam pertempuran diantara rejim Tsar dan kelas pekerja di jalan-jalan raya Petrograd, jentera kerajaan seperti askar dan polis rahsia terbubar dengan sendirinya dan mula memberikan sokongan kepada gerakan revolusi.

Revolusi Februari telah dicapai hasil gerakan pekerja, askar dan petani miskin dari bawah. Tetapi, mereka sendiri tidak menyedari kekuatan rakyat dan peranan mereka dalam sejarah. Berulang kali dalam sejarah, rakyat biasa berjaya menggulingkan rejim tetapi tidak dapat menikmati sebarang kemenangan akibat tidak sedar akan peranan mereka sendiri.

Oleh itu, di Rusia juga, selepas Tsar berjaya digulingkan, kuasa pemerintahan negara jatuh ke tangan kapitalis. Sebuah kerajaan sementara ditubuhkan dengan kepimpinan dari Demokrat Konstitusi (liberal kapitalis) yang disokong oleh Menshevik (kepimpinan Soviet buruh) dan Revolusioner Sosialis (kepimpinan borjuis kecil yang berasaskan gerakan petani).  

Kerajaan sementara ini adalah mirip dengan ‘barisan popular’ (popular front) yang mengakibatkan kegagalan Revolusi Spanyol (1931-37) dan digunakan oleh Stalin di situasi revolusi di Peranchis, China dan lain-lain di masa akan datang.

Hakikatnya, Revolusi Februari sememangnya sebuah pencetus bagi revolusi sosialis sedunia. Tetapi hanya Lenin (pemimpin Bolshevik) dan Trotsky yang telah dibuang dari negara, telah dapat menyedari kenyataan tersebut. Malah pemimpin Bolshevik yang berada di Petrograd pada masa itu telah memberikan sokongan kepada kerajaan sementara kapitalis daripada luar tanpa melibatkan diri. Beberapa pemimpin Bolshevik seperti Stalin, tanpa memahami situasi, telah mula berkempen untuk memberikan sokongan penuh kepada pihak liberal kapitalis.

Ketibaan Lenin ke Petrograd pada April 1917 telah berjaya membawa balik hala tuju parti Bolshevik ke pangkuan revolusi. Setiba di stesen tren, Lenin membelakangkan perwakilan dari kerajaan sementara dan beralih kepada para pekerja Soviet untuk mengistiharkan dengan tegas “ Revolusi Rusia yang telah dicapai oleh kamu semua telah membuka satu zaman baru. Hidup revolusi sosialis pekerja!”

Dengan program yang dipimpin oleh Lenin dan Trotsky, selepas sembilan bulan, tercetus Revolusi Oktober – “sepuluh hari yang menggegarkan dunia” – dan dengan itu kerajaan pekerja demokratik yang pertama. Berita ini telah bergema di perjuangan kelas pekerja seluruh dunia.

Pihak Bolshevik yang memimpin gerakan tersebut merupakan golongan minoriti. Pada April 1917, mereka hanya mempunyai 4% daripada sokongan di dalam Soviet (jawatankuasa pekerja), tetapi dengan program yang tepat dalam situasi revolusi dimana kesedaran rakyat biasa sedang meningkat, Bolshevik berjaya mendapat majoriti sokongan Soviet sebelum Oktober 1917. Soviet itu sendiri wujud secara organik hasil pertempuran antara kelas pekerja dengan jentera kerajaan dan majikan yang menindas, dan sangat berkuasa sehingga mampu menggulingkan Tsar, tetapi pertubuhan itu memerlukan kepimpinan yang jelas bagi mengambil alih tanggungjawab kerajaan dan membawa perubahan sosial.

Sudah tentu, peristiwa Revolusi Rusia berlaku dalam situasi yang tidak wujud di kebanyakkan negara pada masa ini. Walau bagaimanapun, persiapan untuk menghadapi perubahan yang mendadak dalam pertempuran kelas harus dijalankan seawal mungkin. Ini adalah peranan kepimpinan organisasi Marxis yang berpandangan jauh.  

Revolusi Oktober Rusia tidak berlaku dengan sendirinya. Parti Bolshevik selama sembilan bulan telah bertungkus-lumus meyakinkan para pekerja untuk melakukan perubahan sosial dengan mengatur program-program yang tepat. Program yang diatur oleh Bolshevik bukan sahaja berjaya menyatukan semua perjuangan rakyat yang wujud, malah ia berjaya meningkatkan kesedaran rakyat biasa.

Peristiwa Revolusi Februari dan perjuangan pekerja-pekerja Petrograd belum lagi dilupakan oleh para revolusioner. Kami ingin memberikan penghormatan kepada pejuang-pejuang pekerja yang hebat dengan mengambil teladan dan pengajaran daripada perjuangan lepas bagi melanjutkan perjuangan kami pada masa ini.

Terjemahan dari artikel Peter Taafe dari socialistworld.net. Klik untuk baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris.

Juga layari laman web khas kami bagi merayakan ulang tahun Revolusi Rusia 1917. /1917revolution.org/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*