Dalam masyarakat India yang didominasi lelaki di mana berita mengenai pembunuhan janin perempuan berleluasa, sebuah negeri kecil di bahagian utara-timur India, Meghalaya, adalah satu-satunya pengecualian. Di sini, apabila seorang bayi perempuan dilahirkan, dia disambut meriah dengan perayaan. Suku-suku yang hidup di Meghalaya diiktiraf sebagai satu-satunya masyarakat di India di mana wanita memainkan peranan yang lebih penting dalam sistem sosial berbanding lelaki.. Masyarakat Khasi, Jaintia dan Garo di rantau itu mengikuti sistem matrilineal.

Dalam masyarakat India yang didominasi lelaki di mana berita mengenai pembunuhan janin perempuan berleluasa, sebuah negeri kecil di bahagian utara-timur India, Meghalaya, adalah satu-satunya pengecualian. Di sini, apabila seorang bayi perempuan dilahirkan, dia disambut meriah dengan perayaan. Suku-suku yang hidup di Meghalaya diiktiraf sebagai satu-satunya masyarakat di India di mana wanita memainkan peranan yang lebih penting dalam sistem sosial berbanding lelaki.. Masyarakat Khasi, Jaintia dan Garo di rantau itu mengikuti sistem matrilineal.

Asal-usul Penindasan Wanita

Posted by

Sejak beribu-ribu tahun lalu, ketidaksamaan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai intrinsik atau sebahagian daripada sifat manusia. Banyak hujah berdasarkan biologi digunakan untuk mewajarkan penindasan wanita sebagai semula jadi dan sebagai satu bentuk pembahagian kerja. Banyak juga pergerakan feminis yang sentiasa memberi tumpuan kepada struktur biologi atau sosial dan teori mereka berkisar bahawa ketuanan lelaki merupakan sesuatu yang universal dan telah sentiasa wujud. Namun, sosialis berhujah bahawa penindasan wanita tidak sentiasa wujud dan ia bermula dengan penswastaan harta dan permulaan masyarakat berasaskan kelas hampir 12,000 tahun yang lalu.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah kepentingan mempelajari sejarah penindasan terhadap wanita? Sesungguhnya, ia tidak penting selagi kita mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memansuhkan struktur patriarki dalam masyarakat. Teori dan amalan mempunyai hubungan dialektik dan bagi memansuhkan patriarki, kita perlu memahami puncanya. Mengikut teori-teori arus perdana yang wujud, patriarki adalah struktur sosial yang wujud bebas daripada masyarakat berasaskan kelas dan merupakan struktur sosial yang semulajadi. Marxis berhujah bahawa ketuanan lelaki harus dikaitkan dengan struktur dan ketidaksamaan yang wujud antara rakyat dalam masyarakat kelas. Dalam usaha kami untuk menghapuskan masyarakat berasaskan kelas, kami juga akan memperjuangkan kebebasan bagi golongan wanita.

Terdapat banyak bukti antropologi dan arkeologi yang membuktikan bahawa masyarakat awal membina struktur sosial tanpa penswastaan harta dan pemecahan masyarakat mengikut kelas. Dalam masyarakat pra-kelas, tidak ada bukti penindasan sistematik terhadap wanita dan hubungan sosial yang eksploitatif antara lelaki dan wanita. Struktur masyarakat pra-kelas biasanya dirujuk sebagai masyarakat ‘pemburu-pengumpul’ (hunter-gatherer), sepadan dengan aktiviti ekonomi mereka. Asas organisasi sosial masyarakat adalah kumpulan persaudaraan (clans) dimana saiznya berbeza-beza bergantung kepada alam sekitar. Sistem ekonomi mereka berfungsi untuk memenuhi keperluan setiap ahli dan pembahagian tenaga pekerja adalah berdasarkan jantina, di mana lelaki umumnya akan memburu dan wanita akan mengumpul hasil makanan seperti buah, bijirin, ubi, kacang dan sebagainya. Friedrich Engels dalam bukunya The Origin of The Family, Private Property and The State menyampaikan hujah bahawa masyarakat berasaskan kelas dan penindasan wanita telah mula membentuk pada masa yang sama. Tetapi walaupun terdapat bukti saintifik, tidak semua yang bersetuju dengan analisa ini. Ramai yang berpendapat bahawa wanita dan lelaki mempunyai peranan yang berbeza dari segi ekonomi, dan pembahagian tenaga ini mempunyai asas biologi. Jadi ia adalah semula jadi untuk lelaki yang agresif, dominan, berdaya saing akan memburu dan perempuan, yang lembut dan bersifat pasif akan mengumpul buah-buahan dan menjaga anak.

Tetapi, kajian sains telah membuktikan berulang kali bahawa teori ini langsung tidak tepat. Manusia dalam sejarah panjang hampir 200 ribu tahun telah menyusun dirinya dalam pelbagai susunan sosial yang berbeza mengikut kondisi persekitaran yang ada. “Sifat manusia” bukanlah sesuatu yang universal dan bergantung kepada persekitaran yang selalu berubah-ubah. Keupayaan manusia untuk menghasilkan dan mengawal alam semula jadi telah membezakan kita daripada haiwan lain dan juga merupakan faktor yang paling penting dalam mempengaruhi sifat manusia.

Dalam masyarakat kapitalis, tanggungjawab utama wanita adalah untuk melahirkan dan menjaga kanak-kanak di samping terlibat dalam kerja-kerja produksi sosial. Ini merupakan kelemahan ekonomi dan sosial yang besar. Tanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan anak tidak lagi diletakkan pada masyarakat tetapi pada wanita individu yang terperangkap dalam institusi perkhawinan. Dengan langkah ini, kerajaan boleh fokus kepada kerja-kerja menimbun kekayaan bagi kelas pemerintah dan melepaskan tanggungjawab untuk membawa generasi pekerja baru di tangan golongan wanita. Hak reproduktif mereka juga terhad tanpa akses kepada perancangan kehamilan atau hak pengguguran. Mengambil cuti untuk semata-mata untuk menjaga kanak-kanak boleh merosakkan kerjaya. Ramai di kalangan wanita kelas pekerja terpaksa hidup dalam rumah tangga yang menindas tanpa sebarang jalan keluar disebabkan oleh kondisi yang wujud. Paling kurang, tiada sebarang jaminan kewangan dan sekuriti bagi mereka dan anak mereka.

Sesetengah feminis juga berhujah bahawa kerana terdapat pembahagian tenaga pekerja dalam masyarakat awal, maka, secara semula jadinya wanita tetap ditindas. Walaupun lelaki dan wanita menjalankan tugas yang berbeza dan menyumbang secara berbeza dari segi ekonomi, tidak ada sebarang bukti bahawa pergantungan wanita terhadap lelaki wujud dalam masyarakat pra-kelas. Hasil wanita tidak pernah dianggap lebih rendah daripada lelaki dan dan dihormati. Wanita dan kanak-kanak tidak bergantung dari segi ekonomi kepada seorang lelaki tunggal, seperti di dalam masyarakat kapitalis. Menjaga kanak-kanak dilihat sebagai tanggungjawab semua dan sesuatu yang memberi manfaat kepada keseluruhan persaudaraan, bukan hanya seorang individu.

Dalam kajian anthropologi, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pemburuan merupakan aktiviti yang memberikan hasil yang sedikit berbanding pengumpulan makanan dan masyarakat ‘pemburu-pengumpul’ lebih bergantung dengan hasil pengumpulan wanita berbanding hasil buruan. Wanita juga mempunyai peranan intelek yang tinggi kerana diamanahkan untuk mengenalpasti beribu-ribu jenis makanan yang sesuai untuk masyarakat. Peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam masyarakat pra-kelas ini menunjuk kepada kesamarataan sosial antara jantina yang dinikmati oleh manusia zaman itu.

Dalam sistem berasaskan kelas, golongan lelaki yang diamanahkan untuk mengatur pengeluaran dan mentadbir masyarakat, merupakan asas kepada penindasan sistemik wanita. Lelaki (mengikut dasar sifat manusia dan biologi) dikatakan sesuai untuk melakukan pekerjaan yang bermanfaat, yang menyumbang kepada masyarakat di mana wanita dibiarkan untuk bergantung kepada lelaki. Pembangunan jentera kerajaan sebagai alat pentadbiran masyarakat telah mengangkat dan menegaskan penindasan ini dalam bentuk struktur sosial patriarki.

Kesimpulannya, penindasan wanita dan masyarakat kelas tidak berkembang sebagai struktur penindasan yang berasingan tetapi berakar daripada perkembangan ekonomi dan sosial sejarah manusia. Kapitalisme, yang juga merupakan sebuah masyarakat kelas telah mengambil aspek masyarakat-masyarakat kelas lain (perhambaan dan feudalisme) seperti institusi keluarga dan status kelas kedua wanita bagi mengekalkan perpecahan sosial di kalangan manusia. Aspek-aspek ini adalah penting dalam kesinambungan penguasaan sistem kapitalisme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*