Protes Spontan di Lapangan Terbang telah Berjaya Menyekat Agenda Rasisme Trump!

Protes Spontan di Lapangan Terbang telah Berjaya Menyekat Agenda Rasisme Trump!

Posted by

Sebuah cetusan protes massa di lapangan terbang di seluruh Amerika Syarikat telah mengakibatkan salah satu daripada polisi Trump untuk mengharamkan kemasukkan golongan Muslim ke dalam AS telah berjaya dikalahkan untuk sementara waktu. Trump mengarahkan penyekatan terhadap semua pelarian perang daripada memasuki AS untuk 120 hari dan menolak visa bagi 6 negara majoriti Muslim. Penyekatan tersebut telah menimbulkan kekecohan di seluruh dunia.

Kesatuan Kebebasan Sivil AS menganggarkan bahawa seramai 100 ke 200 orang telah ditahan di lapangan terbang seluruh AS. Walaupun terdapat yang berpatah balik ke negara asal, ramai juga di tahan untuk di soal siasat. Pada 29 Januari lalu, pihak Kesatuan Kebebasan Sivil AS telah mewakili 2 orang Iraq yang ditahan di lapangan terbang antarabangsa New York dan memfailkan kes di mahkamah. Berita tersebut mula tersebar dan secara spontan, beribu-ribu orang membanjiri lapangan terbang tersebut dalam beberapa jam sahaja.

Kesatuan Teksi New York telah melancarkan boikot terhadap lapangan terbang dan memberikan solidariti dengan golongan Muslim. Mereka menulis di status facebook “ 19 ribu anggota kami berdiri teguh menentang pengharaman Muslim oleh Donald Trump’.

Aksi protes yang berlaku di lapangan terbang New York menunjukkan jalan bagi jutaan orang yang ingin turun membantah polisi-polisi rasis Trump. Lebih 80 ribu telah menonton kejadian yang berlaku di lapangan terbang secara langsung melalui internet dan beribu-ribu telah turun memberikan solidariti dan berkumpul di lapangan terbang di Chicago, Washington DC, Boston, Newark, Dallas, Los Angeles, San Francisco, Portland, Seattle, dan di tempat lain.

Dengan tekanan daripada protes yang sedang berkembang, kes Kesatuan Kebebasan Sivil tersebut diberikan perhatian utama oleh mahkamah dan protes tersebut juga merebak ke perkarangan mahkamah di Brooklyn. Akhirnya, hakim bagi kes tersebut telah terpaksa menyekat perundangan yang di buat oleh kabinet Trump dan ini merupakan sebuah tamparan yang hebat bagi kepimpinan Trump yang baru bertapak.
Pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang luar biasa ini adalah jelas: kita tidak perlu menunggu sehingga 2018 atau 2020 untuk menghentikan Trump, dan kita tidak perlu bergantung kepada ahli-ahli politik daripada penubuhan politik yang sedia ada. Kita boleh mengumpulkan tenaga kita semua sebagai imigran, kelas pekerja, mahasiswa, golongan minoriti yang tertindas untuk melancarkan mobilisasi massa yang mampu menyekat agenda rasisme Trump.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*