Protes Bantah Trump! : 40 ribu telah menyahut seruan kami!

Protes Bantah Trump! : 40 ribu telah menyahut seruan kami!

Posted by
Kenyataan dari Socialist Alternative USA (CWI Amerika Syarikat)

Sesuatu yang tidak masuk akal telah berlaku – Donald Trump telah menjadi Presiden Amerika Syarikat ke 45.Selanjutnya, Parti Republikan telah telah mendapat kekuasaan di kedua-dua dewan Kongres. Bersama, mereka sedang menanti untuk melancarkan serangan demi serangan ke atas kehidupan rakyat biasa dan memecah belahkan perpaduan di kalangan rakyat biasa. Ini tidak boleh dibenarkan untuk berlangsung! Kita harus berdiri sebagai satu kuasa dan memulihkan semangat solidariti di antara rakyat biasa dan kelas pekerja. Kita harus membina penentangan yang hebat terhadap kepimpinan Trump dan kuncu-kuncunya yang ingin memangsakan rakyat biasa demi keuntungan harta benda bagi segelintir di atas.

Dalam beberapa jam selepas pemilihan Trump sebagai Presiden, Parti Socialist Alternative (CWI Amerika Syarikat) bersama dengan Socialist Students (Mahasiswa Sosialis) dan Gerakan 99% telah memanggil sebuah protes besar-besaran di seluruh negara untuk bersatu menentang rasisme dan seksisme. Pada masa yang sama, protes ini juga harus menjadi asas bagi membina sebuah gerakan menentang Trump dan kelas jutawan di Amerika Syarikat. Dalam 24 jam sahaja, hampir 40 ribu rakyat telah menyahut seruan kami!

Bilangan rakyat yang menyertai protes ini di setiap bandar amat memberangsangkan : di New York 10 ribu, di Philadelphia 6 ribu, di Boston 10 ribu, di Seattle 6000 dan di Oakland seramai 5 ribu telah hadir. Aksi protes yang dihadiri majoriti anak muda ini menjadi berita hangat di media arus perdana dari seluruh negara dan juga di media antarabangsa. Dari CNN ke Guardian, hampir semua media massa besar telah melaporkan protes ini.

Ini hanyalah sebuah permulaan.

Langkah-langkah awal sedang diambil untuk melancarkan sebuah aksi protes gergasi pada hari pertabalan Trump sebagai Presiden pada 20 dan 21 Januari tahun depan untuk menghantar mesej yang jelas bahawa kita menolak agenda Trump yang ingin membawa dasar-dasar pro-korporat dan berunsur memecah belahkan rakyat biasa. Kita harus membina sebuah gerakan akar umbi bagi menentang ancaman Trump terhadap golongan minoriti, termasuk ancaman pengusiran berjuta-juta imigran asing dan juga penindasan terhadap komuniti Muslim dan pelarian dari negara-negara miskin. Socialist Alternative akan berada di barisan hadapan dalam membina demonstrasi ini dan untuk mengorganisasi masyarakat yang lebih luas untuk bersatu padu melawan ketaksuban dan kebencian yang dianjurkan oleh pihak Trump!

Tetapi untuk mencabar agenda Trump, kami memerlukan bantuan anda. Kami memerlukan berjuta-juta orang yang pernah berdiri untuk revolusi politik Bernie Sanders sebelum ini untuk menyertai dalam pembinaan gerakan akar umbi independen yang mampu membalas serangan-serangan elit dan pihak Trump. Buat masa ini, Socialist Alternative sedang dalam proses mengumpulkan sebanyak 10 ribu dolar Amerika bagi menjayakan protes di upacara perasmian Trump yang sedang dirancang di setiap bandar di Amerika. Jika anda ingin menyumbang, sila ke laman web ini untuk maklumat lanjut.

antiitrump1

antiitrump-philly

antiitrump-oakland

antiitrump-nyc

antiitrump-trumptower

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*