Di ibu kota Madrid sahaja, lebih 60 ribu pelajar bersama dengan ribuan guru-guru telah membanjiri jalan-jalan utama.

Di ibu kota Madrid sahaja, lebih 60 ribu pelajar bersama dengan ribuan guru-guru telah membanjiri jalan-jalan utama.

Spain: Mogok umum pelajar yang bersejarah

Posted by

Dibawah kami menerbitkan terjemahan kenyataan pertama dari Kesatuan Pelajar Sepanyol ( Sindicato de Estudiantes ) berkenaan mogok pelajar yang bersejarah pada 26 Oktober. CWI dan Sosialis Alternatif menyokong penuh aksi mogok ini dan telah menganjurkan aksi solidariti di lebih 20 negara.

Sebuah mogok umum yang dipanggil oleh Kesatuan Pelajar (Sindicato de Estudiantes) di Sepanyol pada 26 Oktober merupakan satu kejayaan bersejarah. Hampir dua juta pelajar dari sekolah-sekolah di seluruh negara telah mengosongkan bilik darjah. Ia bukan sekadar sebuah mogok besar, tambahan pula lebih daripada 60 demonstrasi yang dipanggil oleh Kesatuan Pelajar tersebut semuanya berjaya. Lebih daripada 200,000 pelajar telah berarak di jalan raya di seluruh Sepanyol. Di ibu kota Madrid sahaja, lebih 60 ribu pelajar bersama dengan ribuan guru-guru telah membanjiri jalan-jalan utama.

Ini merupakan angka-angka yang hebat dan golongan pelajar sekolah telah mencetuskan sebuah gerakan yang bukan sahaja tertumpu pada isu pendidikan malah meluahkan masalah lain yang dihadapi oleh kelas pekerja dan rakyat biasa di negara tersebut.

Mogok ini merupakan satu kejayaan yang kukuh dan telah mendedahkan penindasan daripada kerajaan Popular Party (PP) dan pihak Kementerian Pendidikan. Para pelajar telah membawa tuntutan untuk memansuhkan langkah-langkah penjimatan yang sedang diamalkan oleh kerajaan dalam sektor pendidikan. Tambahan pula Kesatuan Pelajar menuntut supaya Menteri Pendidikan sementara Inigo Mendez meletak jawatan dengan serta-merta.

Kerajaan sayap kanan PP telah mengisytiharkan perang terhadap pendidikan awam dan cuba menswastakan segala institut awam yang ada. Pada masa yang sama, ia juga benar-benar memalukan apabila PSOE (Parti “Sosialis”) tanpa sebarang pendirian telah menyerah diri di Parlimen dan memberikan kuasa balik kepada Rajoy (pemimpin PP). Pemimpin-pemimpin PSOE telah mengkhianati  pendokong asas mereka, pengundi mereka yang merupakan berjuta-juta kelas pekerja dan belia, gerakan pendidikan dan semua pihak yang berjuang mempertahankan pendidikan awam.

spainstudent

Klik GAMBAR untuk melihat gambar-gambar dari aksi mogok dan demonstrasi tersebut

Mogok itu juga mendapat sokongan CEAPA (Persatuan Ibu Bapa kebangsaan) dan beberapa Kesatuan Guru lain. Malangnya, pemimpin Majlis Kesatuan Sekerja dan Kesatuan-kesatuan lain yang penting seperti UGT dan STE tidak memberikan sokongan penuh mereka. Hanya di kawasan Madrid dan di Andalucia kita dapat saksikan mogok yang turut disertai oleh golongan pendidik atau guru.

Sikap pemimpin-pemimpin kesatuan langsung tidak mencerminkan sebarang semangat perjuangan. Mengapa mereka tidak menyeru kepada guru-guru untuk keluar mogok bersama pelajar dan ibu bapa? Bukankah mereka juga menghadapi serangan yang sama? Pemimpin-pemimpin kesatuan mesti dengan segera membetulkan hala tuju mereka dan mendengar teriak ahli-ahli biasa mereka. Mereka seharusnya berjuang dengan segala kekuatan, bukan sekadar memberikan sokongan yang terhad di atas kertas.

Kami ingin mengatakan dengan kuat dan jelas bahawa perjuangan ini belum selesai. Hari ini merupakan satu kejayaan besar, tetapi kami tidak akan berhenti selagi undang-undang penjimatan perbelanjaan pendidikan tidak dimansuhkan dengan sepenuhnya. Majlis Mogok Pelajar yang dibentuk oleh Kesatuan Pelajar akan mengadakan perjumpaan dengan segera. Jika kerajaan sementara masih belum memansuhkan undang-undang tersebut pada 31 Oktober ini, kami akan menyusun satu lagi mogok gergasi – lebih besar dan kuat – pada minggu-minggu yang akan datang. Kami juga akan menyeru kepada semua kesatuan guru dan ibu bapa yang dianjurkan oleh CEAPA untuk menyertai mogok tersebut.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan tahniah kepada beribu-ribu aktivis Kesatuan Pelajar di seluruh negara yang membolehkan mogok besar ini berjalan dengan lancar. Lebih daripada 100,000 risalah telah diedarkan di sekolah-sekolah dan puluhan ribu poster telah dipasang. Kami juga ingin tabik hormat kepada lebih 2,000 ahli Kesatuan Pelajar baru yang menyertai kami dalam minggu-minggu terakhir ini. Bersama-sama kita akan membina organisasi pelajar yang terbesar, yang paling kukuh dan yang tidak memecahkan gerakan pelajar mengikut garisan bangsa, agama, jantina atau mazhab. Kami percaya pada kekuatan sendiri dan keupayaan belia untuk berjuang menentang polisi-polisi sayap kanan dan menentang sistem yang menjana ketidakadilan sosial yang dihadapi semua : kapitalisme.

whatsapp-image-2016-10-26-at-15-29-59

Mesej solidariti dari Sosialis Alternatif Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*