Pemandu Uber di New York yang berpiket menentang pemotongan kadar bayaran dan memperjuangkan hak-hak mereka yang lain

Pemandu Uber di New York yang berpiket menentang pemotongan kadar bayaran dan memperjuangkan hak-hak mereka yang lain

Bagaimana hendak mengorganisasi pemandu-pemandu Uber

Posted by

Temubual bersama Don Creery oleh ahli Socialist Alternative USA ( CWI USA ). Don Creery merupakan seorang pemandu sepenuh-masa Uber dan salah seorang pemimpin di Persatuan Pemandu Aplikasi ( ABDA ) di Seattle, Amerika Syarikat.

Soalan: Bagaimana anda bermula memandu untuk Uber?

Creery: Saya bermula apabila saya membaca artikel di Seattle Weekly pada musim panas 2013  berkenaan aplikasi Lyft. Di mana saya melihat bahawa ia lebih baik daripada memandu teksi. Lalu saya bermula memandu dan pengalaman pertama saya agak positif dan memberansangkan. Waktu saya bermula dulu saya dapat jana wang dalam 30$ sejam selepas tolak kos minyak! Lalu saya fikir : “Ini memang lumayan!”

Lagipun saya memang berasal dari keluarga dimana semua ahli keluarga saya ialah ahli kesatuan pekerja, pada hari pertama saya kerja untuk aplikasi Lyft, saya dalam perjalanan ke rumah, saya terkesima dan berfikir bahawa : tidak akan ada syarikat perniagaan di Amerika Syarikat akan bayar saya  30$ sejam untuk jangka panjang, dan saya memang jangka bahawa hari itu akan datang, dan kami akan mula gerak kerja berorganisasi untuk membentuk kesatuan. Saya pasti dan saya tahu akan terjadi.

Waktu mulanya aplikasi sebegini diperkenalkan, banyak pemandu tengah menikmati ganjaran-ganjaran yang diberi, masa mereka di gunakan sebaik-baiknya untuk mencari rezeki. Penuh di komen-komen Facebook, komen yang optimistik dan bersemangat.

S: Encik bermula sebagai kontraktor independen? Syarikat seperti Uber dan Lyft pada mulanya mempamerkan perkhidmatan mereka sebagai “ride sharing atau tunggangan perkongsian“ dan bukannya memandu teksi?

C: Mereka cakap ibarat bahawa kita pemandu merupakan seorang kawan kepada penunggang. Semua masalah penunggang hadapi apabila menggunakan perkhidmatan teksi akan selesai apabila menggunakan perkhidmatan aplikasi sebegini.  Ini merupakan alternatif kepada teksi dan banyak komen positif ditunjukkan oleh penunggang kepada pemandu: “Wah, kalian datang ambil penunggang dengan cepat, saya dapat duduk di tepi pemandu, dan awak sebagai pemandu pun teramat mesra.”

Saya pernah memandu teksi pada waktu 80-an dahulu dimana seorang pemandu teksi itu dipandang rendah, dan hubungan peribadi anda kepada penunggang agak hambar dan tegang. Uber dan Lyft memberi nafas baru kepada kami pemandu-pemandu: “Keadaannya amat jauh berbeza, saya ibarat seorang kawan kepada pemandu.”

Pada waktu itu juga tiada pusuan syarikat untuk mencari pemandu. Situasi kini di Facebook juga sudah jauh berbeza dengan dahulu, kini sudah banyak aduan dan keluhan dari pemandu.

S: Apakah aspek-aspek yang paling sukar untuk ditempuhi apabila bekerja untuk Uber dan Lyft?

C: Saya terpaksa kerja dua-kali sehari… Saya akan bermula pada waktu puncak ataupun rush hour pagi, pada waktu itu tidaklah stress sangat… Namun sekarang disebabkan potongan kadar tambang, saya terpaksa bekerja pada waktu puncak petang pula. Kalau waktu sebelum potongan kadar tambang itu berlaku, saya hanya akan memandu pada waktu pagi sahaja, kini saya terpaksa memandu dua kali sehari. Saya kadang-kadang letih, penat, dan kebarangkalian saya akan terjadi lebih tertekandan dan lebih cenderung untuk melakukan kesilapan pada waktu begitu. Itu, merupakan aspek yang paling susah, perlu kerja lebih lama untuk mendapat nafkah seperti dahulu.

Setahu saya ada peraturan berkenaan waktu bekerja, dan saya percaya peraturan itu tidak dikuatkuasakan di sektor ini, dan pada pendapat saya, kerja dalam keadaan sebegini adalah amat bahaya. Sistem ini menggalakkan kita kerja lebih jam dari yang sepatutnya. Pada pendapat saya, kerja dalam syif lebih 12 jam, adalah terlalu lama.

S: Sekarang Encik terlibat dalam pemacu pembentukan persatuan, pastinya encik kenal dengan banyak pemandu. Bagaimana encik pada mulanya berkomunikasi dengan pemandu lain? Proses itu bermula sebelum encik melakukan gerak kerja?

C: Tidak ada banyak komunikasi antara kami. Kebanyakan komunikasi berlaku hanya dalam laman Facebook sahaja. Kami adakan perjumpaan sekali-sekala namun, muka-muka yang sama sahaja yang selalu datang perjumpaan. Kadang-kadang kami mengalami kesulitan untuk berhubung dan berjumpa antara satu sama lain. Amat jarang untuk kami berjumpa di satu tempat dimana semua pemandu boleh berkumpul pada satu masa.

S: Bagaimana anda terlibat dengan gerak kerja persatuan pemandu-pemandu ‘ride-share’ seperti Uber dan Lyft?

C: Saya bermula memandu untuk Uber pada Disember 2013, mereka ada melancarkan satu usaha besar untuk menarik perhatian pemandu Lyft dan memandu untuk Uber pula. Mereka bawa kami ke pejabat mereka, mereka hidangkan jamuan kecil untuk kami dan mereka berikan kami sedikit hadiah seperti kad isi minyak sebanyak $50 dan mereka pujuk kami untuk memandu untuk Uber dan Lyft pada waktu yang sama. Lalu ramai pemandu setuju dengan cadangan tersebut, bukan sahaja itu, Uber akan beri kami bonus $500 sekiranya siapkan sebanyak 20 perjalanan.

Pada Ogos 2014, Uber telah ambil keputusan untuk memotong kadar harga tambang perjalanan. Sebelum potongan itu berlaku, saya boleh menjana pendapatan mencecah $200  dalam 8 jam kerja, minimum $150 sehari namun selepas potongan kadar harga tambang tersebut, saya hanya menjana $118 sahaja sehari. Apabila saya kerja sepanjang hari, dan ‘mileage’ kereta saya pun naik, saya terkejut melihat impak daripada pemotongan tersebut. Sebelum ini saya tidak mengambil perhatian faktor-faktor mileage dan kadar tambang, serta waktu bekerja saya. Kini, ia menjadi masalah besar.

Pada bulan Mei pula, saya ada ternampak satu catatan di laman sosial media berkenaan sekumpulan pemandu akan buat kesatuan dengan pertolongan Teamsters (jaringan kesatuan drebar bas). Apabila potongan kadar tambang itu berlaku, saya nampak persatuan tersebut lalu saya minat untuk menyertainya. Saya berjumpa dengan seorang penganjur dan kami berbincang tentang pembentukan persatuan ini dengan mendalam. Dia memberitahu saya bahawa, “Ya kami sedang bersiap untuk pembentukan kesatuan sekerja dan kami akan bersungguh-sungguh sampai berjaya.”

Persatuan Teamsters mengambil keputusan untuk memilih bandar Seattle sebagai permulaan gerak kerja mereka dikalangan pemandu-pemandu aplikasi, kerana Persatuan Teamsters mempunyai ahli yang ramai disitu serta sumber daya yang banyak. Pada waktu itu juga, peranan gerakan menuntut gaji minimum $15 juga wujud serta ahli Majlis Bandaraya Seattle juga sokong usaha kami.

Oleh itu, matlamat kami pada waktu itu adalah untuk menubuhkan kesatuan pemandu-pemandu untuk perjuangkan hak perundingan kolektif atau ‘collective bargaining’ seperti kesatuan sekerja yang lain.

Namun, masalah besar yang menghantui semua bandar-bandar di Amerika waktu itu ialah bahawa Majlis Bandaraya dan Datuk Bandaraya takut akan tindakan syarikat Uber. Mengikut pandangan saya, syarikat-syarikat sebegini akan melanggar undang-undang dan tidak gentar dengan tindakan Majlis Bandaraya waktu itu. Bandar Seattle juga menerima nasib yang sama dari syarikat-syarikat sebegini.

Pihak Persatuan Teamsters merangka satu strategi bagi kami, dan saya mula hadir perjumpaan yang dianjurkan mereka dan berjumpa dengan pemandu-pemandu lain, ada juga dari pihak yang sebelum ini mencuba untuk mewujudkan kesatuan. Kemudian kami mula menjemput atau merekrut pemandu-pemandu yang lain untuk sertai persatuan. Di mana, ia merupakan proses yang leceh dan memakan masa.

S: Ceritakan bagaimana anda menjemput atau merekrut pemandu-pemandu lain ke Persatuan Pemandu Berdasarkan Aplikasi yang dikenali sebagai App-Based Drivers Association (ABDA) di Seattle?

C: Saya bermula dengan pergi di tempat-tempat panas atau ‘hotspot’ dimana ada pemandu-pemandu Uber atau Lyft dengan mengenal pasti kenderaan mereka melalui pelekat Uber dan Lyft. Lalu kami akan menegur mereka dan bertanya “ Encik seorang pemandu Uber ke?” Lalu kami borak, dan cuba merekrut mereka. Kami akan lepak dan berkenalan di kedai minum dan terus berbincang untuk memulakan satu dialog  antara mereka. Ia merupakan proses yang perlahan dan leceh. Tapi itu sajalah cara alternatif yang kami boleh buat. Kadang-kadang kami lepak di masjid, dan tunggu selepas pemandu-pemandu habis solat dan kami mulakan gerak kerja merekrut. Di sana biasanya kami dapat merekrut tiga ke empat orang.

Kemudiannya, saya akan pergi ke Pusat Sokongan Uber atau PSC dan kami cuba dekati pemandu-pemandu di sana. Ada dua jenis pemandu kami jumpa di sana, ada yang baru bermula memandu dan ada yang punyai syak wasangka pada kami. Kadang-kadang kami jumpa pemandu yang memang tidak puas hati dengan Uber, pemandu yang sebegini agak senang untuk kami dekati.

Kemudian Uber buat keputusan untuk buat satu lagi potongan kadar tambang. Potongan sampai ke tahap hingga 25 sen untuk setiap kilometer perjalanan. Seterusnya kami menganjurkan sebuah perjumpaan dan bangunan Persatuan Teamster telah dibanjiri dengan panggilan telefon pemandu-pemandu yang bertanya perihal persatuan. Setiap perjumpaan dan mesyuarat  yang saya hadiri, penuh dengan pemandu dalam lingkungan 75 ke 100 orang setiap mesyuarat. Pada waktu itulah, pemandu bersatu, dan semuanya berjalan dengan lancar. Kami berjaya mengadakan perjumpaan yang bagus.

Matlamat kami adalah untuk memenangi status kesatuan tetapi ia harus berlaku langkah demi langkah. Kami perlu bawa isu ini ke Majlis Tempatan sebelum ke pihak Kementerian Negeri dan sebagainya. Kami mengatur rancangan untuk berbincang dengan ahli majlis dan pihak Teamster telah mengatur semua yang diperlukan.

36 daripada daripada kami mengambil bas ke Olympia. Kami dapat merasakan kekuatan kami dengan angka yang terkumpul di belakang. The Teamsters memberikan serba sedikit pengumuman tentang cara pengendalian kami dan kami berjumpa dengan beberapa ahli majlis dan penggubal undang-undang.

3 minggu selepas itu kami telah mendapat beberapa berita baik dan kami telah memenangi hak untuk menubuhkan ABDA, persatuan kami. Berikutan itu, kami mengumumkan kemenangan ini, adakan sebuah perjumpaan besar-besaran dan merancang langkah seterusnya untuk bergerak ke hadapan.

S: Apakah yang dilakukan oleh Uber dan Lyft untuk menghalang kerja-kerja penyusunan organisasi ini?

C: Penyusunan organisasi ini akan jauh lebih sukar jika semua pemandu tidak bersatu hati kerana pihak Uber atau Lyft boleh mengenakan tindakan terhadap sesiapa sahaja. Misalnya, ada seorang pemandu yang memberikan kenyataan di televisyen dan terus dilucutkan dari aplikasi Uber. Walaubagaimanapun, apabila pihak kami menghubungi Uber, melibatkan media dan kesatuan lain, pemandu tersebut diaktifkan semula dalam 2 jam.  

S: Apakah yang telah dimenangi oleh persatuan ini?

C: Kami telah mendapat kekuatan untuk membuat tuntutan kolektif seakan-akan sebuah kesatuan sekerja daripada Uber atau Lyft. Jika terdapat sebarang isu, kami akan berbincang, mengatur rancangan dan bawa perjuangan kehadapan dengan jelas. Misalnya isu yang hangat buat masa ini adalah perlucutan pemandu berdasarkan rating. Buat masa ini, ia adalah satu sistem automatik di mana apabila markah pemandu turun ke paras tertentu, mereka akan dilucutkan secara automatik. Ada banyak sebab kenapa seseorang pemandu itu mendapat markah yang rendah. Isu-isu terperinci dan nasib juga menjadi penentu bagi rating tersebut. Ada kalanya, pelanggan itu sendiri bersifat rasis dan sengaja memberikan markah yang buruk. Ada juga pelanggan yang tidak berpuas hati dengan caj Uber atau khidmat aplikasi dan akan menghukum pemandu dengan memberikan markah yang teruk.

Terdapat pelbagai sebab untuk sesuatu perlucutan tetapi sistem perlucutan secara automatik adalah amat tidak adil. Sekurang-kurangnya pemandu harus diberikan notis dan dipanggil untuk siasatan sebelum sebarang perlucutan. Pihak kami menuntut untuk sebuah siasatan dan rundingan dibawah pengawasan dan penglibatan persatuan jika sesiapa dari ahli kami mengalami masalah perlucutan.

S: Apakah langkah seterusnya?

Matlamat kami adalah untuk diiktiraf sebagai pekerja dan dapatkan sebuah kontrak kerja dari Uber atau Lyft. Walaubagaimanapun, ia merupakan sebuah perjalanan yang masih jauh dan banyak lagi masalah-masalah kecil yang akan kami tempuhi sebelum memenangi matlamat akhir kami.

S: Apakah mesej anda kepada pemandu-pemandu kongsi yang lain seperti Uber dan Lyft?

Anda harus membentuk satu organisasi yang kukuh. Semua pemandu amat terdedah kepada eksploitasi dalam bidang kerja ini. Jika anda berdiri bersendirian, ia tidak akan membantu keadaan. Anda harus bersatu dan mengatur diri dalam satu organisasi. Buat masa ini, perjuangan adalah berkenaan pemandu, tetapi dalam jangka masa panjang, perjuangan ini akan membesar untuk menangani masalah kontraktor bebas yang semakin berleluasa di semua bidang kerja.

Boleh baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di sini :  http://www.socialistalternative.org/2016/01/30/organize-uber-interview-app-based-driver/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*