Seramai 320 ahli CWI, dari 32 buah negara (Eropah, Asia, Afrika dan Latin Amerika) telah menyertai persidangan ini.

Seramai 320 ahli CWI, dari 32 buah negara (Eropah, Asia, Afrika dan Latin Amerika) telah menyertai persidangan ini.

Ke arah perjuangan sosialisme antarabangsa!

Posted by

Laporan persidangan antarabangsa anak muda CWI oleh wakil dari Malaysia

Perjuangan gerakan sosialis menekankan organisasi sosialis dibina bersandar perspektif antarabangsa. Pertimbangan ini mengambil kira proses globalisasi yang memboleh negara-negara yang berjauhan didekatkan dengan teknologi dan infrastruktur yang moden. Secara tidak langsung, dari segi perdagangan setiap negara saling berkait rapat dengan barang keperluan domestik masing-masing. Setiap Julai, Jawatankuasa Untuk Pekerja Antarabangsa atau CWI mengadakan persidangan di Belgium bagi mengumpulkan pengalaman dan hasil kerja cawangan atau kumpulan gabungan lebih daripada 50 buah negara di seluruh dunia. Sosialis Alternatif (Malaysia), wakil tunggal dari rantau Asia Tenggara turut berpeluang menyertai persidangan ini.

Perjumpaan yang penuh dengan perbincangan dan perdebatan ini telah mengambil tempat di Leuven, Belgium. Seramai 320 peserta yang hadir, dari 32 buah negara (Eropah, Asia, Afrika dan Latin Amerika).

Persidangan CWI pada kali ini telah dibuka dengan perbincangan mengenai referendum Brexit ( rakyat BRitain mengambil keputusan untuk keluar dari pertubuhan EU ) yang telah berlaku pada 23 Jun yang lalu. Situasi ini benar-benar telah mencabar kedudukan kapitalis-imperalis British dan seluruh dunia. Perbincangan telah dipimpin oleh Peter Taaffe, Setiausaha Antarabangsa CWI.

Kejadian yang berlaku di Nice, yang telah menyaksikan seramai 84 orang terbunuh dalam amukan seorang anak muda yang bertindak melanggar orang awam dengan trak dan percubaan rampas kuasa di Turki juga turut menjadi perbincangan hangat ketika perjumpaan yang berlangsung. Sistem kapitalisme dunia sudah semakin tenat dan masih belum sembuh sejak krisis ekonomi 2007-08. Pendapatan kelas pekerja seluruh dunia semakin mengecil dari tahun ke tahun. Ini menwujudkan kemarahan kelas pekerja dan menambah minyak pada gerakan-gerakan populis.

Eropah terutamanya Britain, termasuklah Amerika Syarikat dengan gerakan Bernie Sanders sekarang ini menjadi pendahulu dalam perkembangan kelas pekerja masa kini. Meskipun ia masih belum dirasai, tetapi kesannya akan dirasai seluruh dunia termasuklah negara negara neo koloni seperti Malaysia.

Wakil dari setiap negara memberitakan perkembangan yang hampir sama. Antaranya, perpecahan dalam parti kerajaan, program penjimatan perbelanjaan sosial, serta kadar hutang yang semakin meningkat di setiap negara. Sosialis Alternatif juga tidak ketinggalan dalam perbincangan ini. Perpecahan dalam parti UMNO, kemiskinan taktik dan strategi parti-parti pembangkang termasuk yang menggelar diri sebagai sosialis adalah antara perkara yang kami bincangkan. Situasi ini menyamai hampir semua negara, misalnya di Greece, parti Syriza yang mendapat sokongan massa pada awalnya, kini mengambil posisi untuk berundur dalam perjuangan membawa aspirasi kelas pekerja. Bagi kami anak muda Sosialis Alternatif, dengan situasi yang mirip di seluruh dunia, sangat jelas bahawa sebuah parti massa tidak akan bertahan lama tanpa program, prinsip dan taktik yang jelas untuk kelas pekerja.

Sosialis Alternatif juga telah memberikan sumbangan dalam perbincangan mengenai perjuangan wanita. Kami membentangkan situasi golongan wanita di negara ini. Mereka berhadapan dengan institusi kerajaan kapitalis yang disulami dengan situasi yang lebih rumit, iaitu institusi agama yang bertunjangkan kerajaan birokratik. Dengan campur tangan kedua-dua institusi ini, isu-isu hak asasi dan kemanusiaan seperti rogol dalam perkahwinan menjadi amat sukar untuk diadili dan golongan wanita ditindas dengan berganda. Perdebatan antara majlis undang-undang syariah dan undang-undang sivil, masing-masing tidak mahu menuding kepada birokrasi kerajaan kapitalis yang lepas tangan dalam isu sosial di negara ini. Harga sebuah rumah yang tinggi dan tidak terkawal, polisi pekerja yang tidak terjamin, serta hak pendidikan berkualiti dan berpatutan tidak menjadi kunci utama untuk menjelaskan isu-isu sosial.

Namun, kami teladani perjuangan kelas pekerja di Britain. Jeremy Corbyn, yang kini menjadi pencabar terkuat kerajaan British, Tory Party, dan UKIP, telah mendapat sokongan massa, termasuklah dari anak muda, Kesatuan Sekerja dan parti-parti kiri independen seperti Parti Sosialis di UK. Idea-idea perjuangan kiri dan sosialisme kembali ke arena utama termasuklah dengan populariti Bernie Sanders yang telah mencabar Hillary Clinton di Amerika Syarikat dan di sambung oleh Jill Stein yang membawa program-program pro rakyat.

Hannah Sell, Setiausaha CWI telah menyimpulkan, dalam sejarah Brexit telah memberikan impak yang besar terhadap kapitalis-kapitalis dunia. Devaluasi sterling pada masa ini memberikan kesan yang lebih teruk jika dibanding dengan ketika Britain keluar dari ERM (European Exchange Rate Mechanism) pada tahun 1992. Ini akibat dari kemunduran industri British itu sendiri dan krisis pelarian yang kemungkinan akan membawa perpecahan dalam zon-zon Schengen. Kesedaran kelas pekerja terhadap keuzuran sistem kapitalisme dan keperluan bagi membina sebuah alternatif boleh dilihat dengan ketara di seluruh dunia. Namun, tanpa keterlibatan parti-parti kiri, agenda politik kanan akan mengisi kekosongan massa. Misalnya di Greece, Parti Golden Dawn, sebuah parti yang menyokong idea rasisme dan fasisme, telah mendapat sokongan oleh kelas pekerja. Ini hanya menandakan kegagalan parti kiri Syriza dalam membawa aspirasi rakyat kehadapan, walaupun diberikan sokongan padu oleh kelas pekerja.

Program dan taktik adalah amat penting. Di Perancis, suasana ‘mogok sampai menang’ amat dirasai, ini merupakan perkembangan positif dan patut dicontohi oleh kelas pekerja seluruh dunia. Namun ia tidak memadai tanpa mencabar kuasa politik. Jeremy Corbyn misalnya, program yang diusul meskipun tampil dengan reform yang memihak kepada kelas pekerja, namun ia tidak setanding dengan program yang dibawa oleh Tony Benn pada tahun 1970 dan 1980. Antaranya, beliau menuntut untuk memilik negarakan industri-industri utama Britain dan memperkenalkan tuntutan pengurusan kelas pekerja terhadap industri. Meskipun polisi Jeremy Corbyn lebih lemah dari Tony Benn, kuasa dari bawah untuk memaksa parti kiri untuk membawa aspirasi kelas pekerja tidak harus dipandang enteng.

Ini adalah fasa baru bagi kebangkitan kelas pekerja. Meskipun terdapat kelas pekerja yang masih keliru dengan perjuangan untuk mengubah sistem kapitalisme, namun situasi telah berubah, keadaan ekonomi tidak sama seperti dahulu, dan ini membuka ruang bagi parti kiri untuk melakarkan konklusi sosialisme sebagai alternatif kepada kelas pekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*