India : Mogok Umum Menuntut Gaji Minimum

India : Mogok Umum Menuntut Gaji Minimum

Posted by

Kenyataan oleh New Socialist Alternative ( CWI India )

Pada 2hb. September yang lalu, berjuta-juta pekerja telah mengambil bahagian dalam mogok umum di India, yang dipanggil oleh semua kesatuan sekerja utama. Di antara tuntutan mereka adalah, menuntut gaji minimum tidak kurang daripada Rs 18 000 (RM 1100) setiap bulan, pencen dipertingkatkan dan menamatkan semua serangan ke atas undang-undang buruh negara. Dijangka lebih 180 juta pekerja telah mengambil bahagian dalam mogok kali ini.

Setahun yang lalu, pada hari yang sama, lebih daripada 100 juta orang telah mogok di seluruh India. Pekerja dan kesatuan sekerja menentang dasar buruk kerajaan India di bawah pimpinan perdana menteri Modi yang telah gagal dalam semua bidang kehidupan ekonomi, sosial dan politik rakyat biasa di negara ini. Mereka hanya mewakili kelas kapitalis dan tuan tanah dan kepentingan mereka. Mereka bukan sahaja tidak mengendahkan warga pekerja dan golongan yang tertindas tetapi telah mengeksploitasi mereka untuk mewujudkan dan menjadi jutawan kaya-raya. Golongan elit pemerintah berbangga dan melaung-laungkan angka kekayaan di tengah-tengah kemiskinan rakyat biasa, yang menunjukkan bagaimana mereka dengan sewenang-wenangnya melayan pencipta sebenar kekayaan iaitu warga pekerja. Walaupun kerajaan neo-liberal ini sering bermegah tentang penciptaan kekayaan, tetapi senyap mengenai isu kemiskinan, penghinaan, penyakit, malnutrisi, pengangguran, kebuluran dan upah murah.

Walaupun bilangan jutawan telah meningkat, kebanyakan rakyat miskin di bandar dan di luar bandar di India masih merengkok dalam kemiskinan di mana 75 peratus daripada isi rumah luar bandar di India memperoleh pendapatan kurang daripada Rs. 5000 (RM300) sebulan. Pekerja perlu bersatu dalam perpaduan untuk merealisasikan semua tuntutan mereka, dan boleh menang jika pekerja menyedari potensi besar kelas pekerja, jika bersatu. Perpecahan pekerja dipergunakan oleh kelas pemerintah di negara ini sebagai landasan untuk mengalahkan tuntutan pekerja dengan sewenang-wenangnya, dan menentukan syarat-syarat mereka dengan memecahbelahkan pekerja selama-lamanya melalui pelbagai helah. Ini membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa kapitalisme telah teruk gagal dalam menyelesaikan masalah asas kemiskinan, buta huruf, penghinaan, pengangguran, penyakit, kemampuan memiliki tanah atau perumahan. Untuk menampung ketidakupayaan kerajaan kapitalis, mereka terus mendiskriminasi rakyat dengan kasta, kelas, bahasa, jantina dan seksualiti.

Elit pemerintah dan kapitalisme tidak akan menunjukkan jalan keluar. Perjuangan yang militan dengan pendekatan agresif adalah perlu dalam perjuangan sehari-harian kelas pekerja yang mana harus bekerjasama dengan perjuangan rakyat tertindas yang lain, wanita, rakyat bandar & luar bandar yang miskin, nelayan, untuk satu perikatan yang lebih kukuh dan dikaitkan dengan idea transformasi sosialis masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*